Ogos 16, 11
5:30pm
1. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah, dan mencadangkan perubahan yang menyeluruh. Jawatankuasa mesti diberikan kuasa dan kewangan yang secukupnya.
2. Siasatan ke atas proses dan sistem pilihanraya sedia ada harus melibatkan badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young, dsb).
Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti dipertanggungjawab atas kesemua tindakan dan kenyataan bersifat partisan, yang telah menghakis kebolehpercayaan umum terhadap institusi tersebut.
Penambahbaikan mesti dilaksanakan ke atas SPR itu sendiri demi memulihkan kewibawaan institusi ini yang sebenarnya pelindung demokrasi negara.
3. Pengesahan harus melibatkan proses pengutaraan semua isu dan cadangan  terutamanya 8 tuntutan Bersih 2.0, dan melibatkan parti-parti politik,  masyarakat umum dan para akademik. Web 2.0 dan Media Sosial mesti diguna untuk  membolehkan orang ramai memberi maklumbalas.
4. Satu kajian bagi  membanding dan mengambilpakai amalan tatacara pilihanraya terbaik seluruh dunia  harus dibuat dan dibentang untuk
pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen. 
5. Oleh sebab perkara ini memerlukan penyelarasan, analisa, laporan dsb yang cukup meluar, satu unit  pengurusan program yang diambil dari sebuah firma yang boleh dipercayai harus  disediakan bagi kegunaan Jawatankuasa tersebut.
6. Semua  penambahbaikan ini mestilah ditamat, diumum, dan dilaksanakan secara menyeluruh  sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
Lebih dari itu, tambahnya, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan Rakyat.
Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan menyambut baik  kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib untuk menubuhkan jawatankuasa khas  Parlimen itu. 
"Ini mengesahkan isu-isu penambahbaikan sistem pilihanraya  seperti yang dibangkitkan Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 dan kami menganggap ini  satu kemenangan besar bagi pejuang demokrasi di Malaysia.
"Bagaimanapun,  demi bertindak jujur, kami meminta perdana menteri menyertakan tuntutan-tuntutan  berikut di dalam bidang tugas jawatankuasa khas berkenaan," tambahnya. 
Menurutnya lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya menghalang pihak Umno-BN  membenarkan lebih akses media - televisyen dan media cetak - kepada Pakatan  Rakyat.
Menurut kenyataan itu lagi, tiada apa-apa yang sebenarnya  menghalang kerajaan Umno-BN daripada memperbaiki kecacatan yang terdapat pada  senarai pengundi yang telah dibangkitkan hingga ke hari ini - yang telah  menghakis kebolehpercayaan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.
"Maka diseru kerajaan pusat mengadakan satu perbicaraan awam demi mendengar kes-kes di mana nama-nama pemastautin tetap telah dimasukkan ke dalam senarai pengundi, setelah dijadikan warganegara dalam masa yang amat singkat," katanya.
http://malaysiakini.com/news/173199
 
 
No comments:
Post a Comment