Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof berkata walaupun beliau berpendapat artikel berkenaan berbaur hasutan, Felda gagal membuktikan bahawa Tan yang membuat kenyataan itu.
Katanya, Felda telah gagal memanggil wartawan Faizal Zakaria yang ketika itu wartawan akhbar Suara Keadilan untuk memberikan keterangan di mahkamah yang menulis artikel berkenaan.
"Berikutan ini, kes ditolak dengan kos,” katanya.
Tan yang menitiskan air mata kegembiraan kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada hakim dan berkata tindakan itu tidak akan membantutkan usahanya memperjuangan keadilan dan kebenaran.
Sementara itu, ketua PKR Johor dan juga naib presiden parti itu Datuk Chua  Jui Meng yang juga hadir di mahkamah berkata saman itu jelas bermatlamat  menjadikan Tan bankrap.
"Ramai yang berdoa mengharapkan saman itu  ditolak. Adalah baik bahawa mahkamah tidak ditekan atau dipengaruhi oleh pihak  tertentu. Kes ini membuktikan bahawa masih terdapat hakim yang baik,” katanya.  
Pada 25 Januari lalu, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures  Holdings Sdn Bhd menyaman Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara  Keadilan bertajuk 'Kontroversi' yang didakwa memfitnah mereka.
Artikel itu bersambung di muka tiga di bawah tajuk 'Bina  Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.
Mereka mendakwa  artikel itu telah memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna  tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di Kuala  Lumpur adalah untuk faedah kroni. 
Plaintif mendakwa artikel itu telah memfitnah mereka kerana perkataan  tersebut membayangkan bahawa pemilikan dan pembinaan Menara Felda di kawasan  Tiga Segi Emas Kuala Lumpur akan memanfaatkan gabungannya.
Tan dalam  kenyataan pembelaan berkata perkataan itu mengandungi komen yang adil mengenai  perkara melibatkan kepentingan awam.
Ketika menolak saman itu,  Zabariah mendapati bahawa perkatan memfitnah yang menuduh Felda dan syarikat  pelaburannya salah guna pengurusan dan  kedudukan kewangannya, telah menyerang Felda dalam perkara ia melaksanakan hal  ehwalnya.
Dalam alasan panjang lebarnya, bagaimanapun beliau  memutuskan bahawa Felda dan Felda Global Ventures tidak dapat membuktikan bahawa  Tan telah mengeluarkan kata-kata memfitnah itu kapada pemberita Suara Keadilan,  Faizal Zakaria.
Beliau berkata Faizal tidak dipanggil untuk memberi  keterangan semasa perbicaraan saman itu.
"Tidak pernah pada hakikatnya  dipersetujui bahawa defendan (Dr Tan) mengeluarkan kata-kata itu kepada  pemberita. Apa yang dipersetujui ialah defendan ditemu bual oleh Faizal," kata  beliau.
Zabariah berkata tidak dipertikaikan bahawa ada penerbitan  artikel itu kemudiannya mengenai temu bual tersebut tetapi ia tidak membuktikan  bahawa apa yang diterbitkan dalam artikel berkenaan adalah kata-kata Dr  Tan.
Hakim itu berkata bahawa saksi-saksi plaintif lain tidak ada semasa  Faizal menemu bual Tan dan sehubungan itu bukan mempunyai kedudukan untuk  mengesahkan sama ada dakwaan perkataan memfitnah itu semuanya diperkatakan oleh  Dr Tan.
Dr Tan menitiskan air mata ketika keputusan dibacakan.
Peguam Datuk Firoz Hussein Jamaluddin yang mewakili Felda dan syarikat pelaburannya berkata beliau akan mendapatkan arahan daripada anak guamnnya sama ada untuk membuat rayuan mengenai keputusan itu.
http://malaysiakini.com/news/173117
 
 
No comments:
Post a Comment