Ogos 16, 11
12:07pm
Penyelesaian global itu telah disebut beberapa kali tetapi  tidak pernah
didedahkan sejak Oktober lalu, apabila peguam Tajudin - Lim  Kean Leong - memohon penangguhan kes-kes tersebut yang sedang didengar di  Mahkamah Rayuan.
Bagaimanapun, tidak seorang pun peguam GLC terbabit,  telah dimaklumkan mengenai terma-terma penyelesaian tersebut, dan dengan siapa  Tajudin berunding.
Isu tersebut mendapat perhatian apabila Menteri di  Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, beliau telah  diberi mandat untuk berurusan berhubung "perkara tersebut" selepas mendapat  kelulusan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah.
Tajuddin,  yang menghadapi dakwaan menyebabkan MAS kerugian lebih RM8 bilion ketika beliau  menerajui syarikat penerbangan negara itu, berdepan dengan tindakan  undang-undang oleh GLC terbabit untuk mendapatkan semula hutang berkenaan.
Difahamkan satu pertemuan telah diadakan malam tadi, antara Khazanah  Nasional Bhd - cabang pelaburan kerajaan - dengan GLC terlibat,  untuk membincangkan perkara tersebut.
Pertemuan tersebut yang dipanggil oleh ketua bahagian  perundangan
Khazanah - Md Nasri Sallehuddin - dihadiri wakil Khazanah,  Telekom Malaysia, Celcom, MAS dan CIMB.
Ia diadakan seminggu selepas  Nazri mengeluarkan sepucuk surat
kontroversi, yang menyebut bahawa kerajaan  dan Kementerian Kewangan, telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian  tersebut.
Menurut Nazri, GLC yang mempunyai kes-kes terhadap Tajudin (kiri) dikehendaki  melantik firma guaman Hafarizam Wan Aishah Mubarak - firma yang rapat dengan  Umno untuk mewakili mereka.
Dalam pertemuan tersebut, GLC berkenaan dimaklumkan bahawa terma penyelesaian  global itu akan didedahkan kepada mereka hanya jika mereka bersetuju melantik  Hafarizam sebagai peguam mereka.
[Baca  berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/173137
 
 
No comments:
Post a Comment