Ogos 16, 11
10:59am
"Saya percaya meneliti lapan tuntutan segera BERSIH mesti menjadi keutamaan. Kami berharap untuk melihat pembabitan masyarakat sivil dalam proses ini. Kami juga bersedia untuk membantu.
"Masih banyak yang perlu dilakukan sebelum pilihan raya umum ke-13," kata Ambiga dalam SMS dari UK, di mana beliau sedang bercuti.
Sementara itu, ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan  medianya mempersoalkan adakah cukup jika Najib cuma berhasrat memperbetulkan  sistem pilihan raya dengan cuma menggubal jawatankuasa terpilih  parlimen.
“Ironinya Perdana Menteri sendiri telah mengakui bahawa wujud  kepincangan dalam tatacara pengendalian sistem pilihan raya di  Malaysia.
“Penubuhan ini seperti baru sahaja terfikir di fikiran  Perdana Menteri setelah bukti demi bukti wujudnya senarai daftar pemilih yang  bertindih dan wujudnya bukti kukuh bahawa JPN dan SPR diperalat sepenuhnya oleh  Umno-BN untuk mendapat undi dari PATI (pendatang asing tanpa izin) yang  diberikan MyKad,” katanya.
Menurut Khalil Idham (kanan) yang  juga ketua penerangan PAS Perak, pilihan raya di negara ini tidak akan adil dan  bersih, selagi lapan tuntutan BERSIH 2.0 belum ditunaikan.
“Hal sebenar yang rakyat patut tahu ialah jika lapan tuntutan yang dikemukakan  BERSIH pada 9 Julai lalu ditunai, maka dengan sendirinya Umno-BN bakal  meletakkan mereka dalam kepastian bahawa BN bakal lenyap dari lanskap politik  Malaysia,” katanya.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/173120
 
 
No comments:
Post a Comment