Thursday, October 23, 2008

Lagi laporan polis terhadap Najib


Abdul Rahim Sabri Oct 21, 08 2:57pm

kemaskini 4:56pm Sekumpulan pemimpin pembangkang dan aktivis membuat aduan polis lagi terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung perolehan helikopter Eurocopter dan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kira-kira 10 orang yang menggelarkan diri Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM), bersama ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin dan setiausaha Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah Al-Jundi, membuat laporan itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Turut hadir bersama membuat laporan polis tersebut, penulis blog dan aktivis pemantauan pilihanraya bebas Amin Iskandar.

Mereka bergerak dari Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur ke balai polis itu dengan membawa kain rentang bertulis "Najib penuh skandal! Ketika menjadi menteri pertahanan."

Foto-foto Najib, isterinya Rosmah Mansor, Altantuya dan kapal selam turut dipaparkan di kain rentang tersebut.

Sepanjang perjalanan itu dalam jarak beberapa ratus meter, kumpulan ini diawasi oleh beberapa puluh anggota polis, termasuk yang berpakaian biasa.


Semalam, timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa membuat aduan polis berhubung kontrak Eurocopter Cougar EC-725 yang didakwa "lebih mahal" berbanding yang diperolehi oleh Brazil.

Bersandarkan surat syarikat Mentari Services Sdn Bhd kepada Najib awal bulan ini, yang telah diterbitkan di Internet termasuk Malaysiakini, SAMM mendesak polis menyiasat secara menyeluruh pembelian pesawat ini yang dibuka tendernya ketika timbalan perdana menteri masih lagi menjawat menteri pertahanan.

Najib kini menteri kewangan.

Mereka juga mendesak polis membuka semula siasatan terhadap pembunuhan wanita Mongolia yang didakwa berkaitan Najib.



"Kita telah mengemukakan 21 helai dokumen dan sokongan yang cukup untuk polis memulakan siasatan dan tindakan selanjutnya," kata Badrul Hisham selepas membuat laporan polis.

Menurutnya, dokumen lain yang dilampirkan termasuk transkrip khidmat pesanan ringkas (SMS) antara timbalan perdana menteri dengan peguam kanan Datuk Shafee Abdullah berhubung perbicaraan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, seorang kenalan Najib.

Selain menafikan beberapa kali pembabitan dengan Altantuya, Najib juga menolak dakwaan wujud salah guna kuasa seperti teks mesej SMS yang disebarkan itu.

Dalam suratnya 7 Oktober lalu, pengerusi Mentari Services Sdn Bhd Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan Kementerian Pertahanan mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Kementerian bagaimanapun menafikan perolehan helikopter itu melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan.

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Kelmarin, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri.

Badrul Hisham menambah, SAMM juga bercadang membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung perkara tersebut.

"Kita akan membuat laporan (kepada BPR) secepat yang mungkin, sama ada hari ini atau selewat-lewatnya esok," katanya.

http://www1.malaysiakini.com/news/91678

Rais: Saya diminta beli undi

Oct 20, 08 9:19pm

Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa beliau diminta memberikan wang untuk mendapatkan undi bagi pencalonan jawatan naib presiden yang menjadi sasarannya dalam pemilihan Umno, Mac tahun depan.

Beliau, yang juga menteri luar, berkata "majoriti" ahli parti itu lebih berminat mengejar wang ketika kempen berlangsung sekarang daripada memilihan pemimpin yang benar-benar layak, lapor agensi berita AFP hari ini.

"Kami didekati dengan berselindung sebalik bantuan dan sumbangan. (Tetapi) saya tidak bersedia (berbuat demikian), jadi anda lihat undi (pencalonan) saya tidak begitu banyak.

"Jika ada ingin turut serta (dalam perebutan jawatan), anda mesti mengiyakannya," beliau dipetik sebagai berkata kepada wartawan.

Dr Rais hanya memperolehi lima pencalonan daripada bahagian-bahagian yang bermesyuarat setakat ini, sejak 9 Oktober.

Beliau memerlukan 15 lagi sokongan untuk layak pertandingan.

http://www1.malaysiakini.com/news/91657

Musa Hitam mahu generasi muda dalam kepimpinan Umno


Khamis Oktober 23, 2008

KUALA LUMPUR: Generasi muda diperlukan bagi membantu memulihkan semula penyakit tua Umno yang kini sudah menginjak usia 61 tahun, kata bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam.


Katanya, penyakit tua Umno kini tidak boleh lagi dibaiki atau dirawat golongan tua kerana Umno kini memerlukan muka baru yang lebih muda untuk mengembalikan semula Umno serta keyakinan rakyat terhadap parti itu.


"Penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang tua-tua, jadi maksud saya mereka yang hendak bertanding pada pemilihan Umno Mac depan, yang ingin memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang mempunyai idea-idea yang baru," katanya kepada pemberita pada persidangan akhbar semalam.


Biarpun ramai yang beranggapan untuk memulihkan Umno, kombinasi antara generasi tua dan muda merupakan satu tindakan yang bijak, namun Musa berpendapat dalam keadaan Umno yang sudah berusia 61 tahun adalah lebih baik generasi muda mengambil alih parti itu sepenuhnya.


"Kalau kita lihat dalam senarai peringkat tertinggi, kita melihat calon Presiden dan Timbalan Presiden, yang senior dan yang berpengalaman menjadi pilihan, tapi pada saya tidak mengapalah itu pilihan mereka, tetapi jawatan lebih bawah daripada itu saya lebih suka golongan muda yang mengambil bahagian," katanya.


Musa berkata Umno harus sedar bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu kini telah menurun berikutan isu-isu yang ada kaitan dengan persepsi rakyat.


"Persepsi rakyat ialah Umno begitu lama berkuasa dan pada pendapat mereka dari hasil pilihan raya Mac lalu, ada kelemahan-kelemahan yang begitu serius yang Umno tidak dapat mengatasinya termasuk isu rasuah dan sebagainya," katanya.


Beliau berkata generasi kini merupakan orang terpelajar yang boleh berfikir dan tidak mahu lagi menerima amalan rasuah serta mendambakan akauntabiliti serta kredibiliti yang baik pada seorang pemimpin.


"Orang sekarang bukan seperti dahulu, macam zaman saya, kini kebanyakan masyarakat, orang terpelajar yang tidak mahu amalan rasuah, apa juga yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin jika pemimpin tersebut tidak ada kredibiliti, jika imej mereka tidak diterima maka apa jua yang diperkatakan pemimpin itu tidak mahu mereka terima," katanya.


Sementara itu, Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri turut mengulas mengenai proses pemilihan pemimpin yang sedang berjalan dan menyifatkan cara pemilihan calon yang dibuat berasaskan ukuran lama.


Setakat ini tiada seorangpun calon yang hendak bertanding dengan jelas menyebut bahawa sekiranya dipilih maka pemimpin itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani kesan akibat krisis ekonomi dunia, jelasnya.


Menurut Musa, ini membuktikan anggota Umno sibuk berebut kuasa untuk kepentingan diri sedangkan yang sepatutnya mereka fikirkan ialah masalah rakyat dan cara bagi mengatasinya. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/

Teresa tuntut Dr Khir minta maaf, bayar pampasan RM10 juta

Khamis Oktober 23, 2008


SHAH ALAM: Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok telah mengeluarkan surat tuntutan meminta bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana merosakkan nama baik beliau melalui dakwaan bahawa beliau menyokong petisyen yang meminta bunyi laungan azan diperlahankan.


Bercakap kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam, Kok berkata, beliau telah menghantar surat yang disediakan peguamnya itu bertarikh semalam, kepada Dr Khir melalui faksimili.


Salinan surat tuntutan itu, yang diedarkan kepada pemberita, mendakwa dalam jawapan kepada satu soalan yang disiarkan dalam laman blog Dr Mohamad Khir, bekas menteri besar Selangor itu menyatakan terdapat satu petisyen daripada masyarakat Cina di Kinrara, Puchong yang meminta bunyi laungan azan diperlahankan bunyinya dan petisyen itu disokong oleh Kok.


Perkataan yang digunakan Dr Mohamad Khir menggambarkan Kok bersikap anti Islam, anti Melayu dan telah melakukan kesalahan jenayah yang serius mengikut Kanun Keseksaan dan undang-undang lain di Malaysia, menurut surat itu.


Selain menuntut Dr Mohamad Khir menarik balik kenyataannya itu, memohon maaf dan membayar ganti rugi, Kok juga mahu Dr Khir menanggung semua kos perundangan yang timbul daripada perkara berkenaan. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/

Rithauddeen: Kempen panjang banyakkan kes politik wang


Khamis Oktober 23, 2008

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB




[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail tidak menolak kemungkinan tempoh kempen yang panjang boleh menyumbang kepada lebih banyak kes politik wang.


Beliau berkata, politik wang berlaku pada setiap kali pemilihan diadakan dan ia dilihat seperti sudah menjadi satu budaya yang disifatkan beliau lebih teruk daripada barah di dalam Umno.


"Saya rasa keadaan itu (tempoh kempen yang panjang) akan membawa kepada politik wang bertambah.


"Bagaimanapun, oleh kerana kita disiasat (kes politik wang)begitu, maka terpulanglah kepada tiap-tiap ahli dan orang yang nak bertanding nak bagi wang.


"Kalau tak bagi, politik wang tak akan berlaku. Kalau mereka tak terima tak berlaku," katanya ketika sidang media di ibu pejabat Umno, Menara Dato' Onn, di sini, hari ini.


Justeru katanya, pemikiran ahli-ahli Umno mesti diubah bagi memastikan gejala ini tidak terus berleluasa.


"Pemikiran ahli Umno mestilah ditukar...cara-cara...dah menjadi budaya. Dah 20 tahun nampak keadaan ini.


"(Tapi) bila nak tarik balik budaya tu, saya rasa sukarlah sedikit sebanyak tu," katanya.


Rithauddeen berkata, pihaknya tidak dapat mengambil tindakan kepada setiap kes yang berlaku jika tiada pihak yang membuat laporan.


Beliau berkata, untuk memastikan laporan dibuat oleh mereka yang mengetahuinya, Lembaga Disiplin akan memberi 'kekebalan' kepada mereka supaya identiti mereka dirahsiakan.


"Kita menghadapi masalah untuk mendapatkan bukti kerana mungkin orang yang nak mengadu tu takut dan sebagainya.


"Saya sekali lagi nak mengumumkan seperti mana pada (tahun) 2004, siapa yang bagi bukti kepada kita dan kita mengambil bukti-bukti daripada mereka akan diberikan 'imunity'(kekabalan).


"Kita mesti rahsiakan siapa dia. Tiap kali kita akan bagi 'imunity bar' kepada mereka (yang melaporkan) supaya identiti mereka tidak didedahkan dan kita dapat hapuskan gejala ini," katanya.


Ditanya sama ada Lembaga Disiplin boleh menangani gejala politik wang yang menular ini, Rithauddeen berkata, ia boleh dilakukan sekiranya mendapat kerjasama daripada ahli-ahli parti daripada pelbagai peringkat.


"Ia boleh dihapuskan jikalau mendapat kerjasama daripada ahli parti yang betul-betul nak menghapuskannya.


"Yang malangnya, aduan tiada. Orang yang terima duit tu mana nak cerita, masuk poket dialah.


"Tapi jikalau betul-betul jujur dan tiap-tiap ahli ada perasaan nak menghapuskan, ini kita dapat hapuskan," katanya.


Ditanya mengenai cadangan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Rais Yatim supaya jawatan tertinggi parti dipertandingkan secara tender, Rithaudeen berkata, beliau percaya Rais hanya berjenaka mengenai perkara itu.


"Saya rasa beliau (Rais) tidak serius dan menyatakannya dalam cara berjenaka. Saya tidak tahu betul atau tidak dan sejauh mana beliau serius ketika menyatakannya.


"Bagaimanapun, dalam perlembagaan kita (pemimpin) mesti dipilih dan (jika ditender) adakah kita akan dapat orang yang boleh memimpin parti dan negara," katanya.


Pada sidang media itu juga, Rithauddeen turut mengumumkan senarai nama ahli-ahli Umno yang dibicarakan dua minggu lalu atas laporan melanggar tataetika parti.


"Daripada 15 kes yang dibicarakan, lapan daripadanya didapati bersalah.


"Dua daripada lapan itu akan dicadang kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk dipecat keahliannya iaitu Isang Rawai dari Bahagian Kota Marudu kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum lalu dan Mohd Shamsuddin Dawam dari Ledang kerana bertanding mewakili parti PAS," katanya.


Rithauddeen berkata, sementara itu enam lagi telah diberi amaran iaitu Datuk Ishak Ismail dari Bahagian Seremban kerana melakukan sabotaj kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid dan Datuk Abdullah Abu Bakar dari Raub kerana terlibat dalam politik wang.


Turut diberi amaran adalah Ketua Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman kerana didapati menyalahguna kuasa dan Datuk Yunus Kurus serta Alias Hussin masing-masing Pengerusi Tetap dan Naib Ketua Bahagian cawangan Bahagian Labuan kerana tingkah laku yang melanggar etika semasa menjalankan mesyuarat parti.


Rithaudeen berkata, mereka yang didapati tidak bersalah dalam perbicaraan itu adalah Jelin Dasanap @ Jelani Hamdan, Majial Mangulizang dan Kampun Inok dari Bahagian Kota Marudu, Datuk Ahmad Yassin dan Ja'afar Ahmad dari Ledang serta Shahril Ismail dan Jamilah Endan dari Tanjong Piai.


Beliau berkata, sebanyak 632 laporan salah laku ahli telah diterima Lembaga Dispilin sejak pilihan raya umum lalu.


"Daripada jumlah itu, 185 kes adalah aduan baru yang diterima bermula 30 September lalu.


"Sementara itu, sebanyak 135 kes telah disiasat oleh panel penyiasatan, 40 kes belum dimulakan siasatan dan 51 kes perlukan dokumen tambahan (Borang A).


"Selain itu, jumlah aduan kategori tiada tindakan lanjut adalah 92; yang bukan di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin, 124 dan masih dalam perhatian (KIV) adalah lima kes," katanya.


Rithauddeen berkata, jumlah aduan yang telah disiasat tetapi tiada kes prima facie adalah 31; tertuduh yang dipanggil untuk tunjuk sebab, 30; tertuduh yang didapati bersalah, 18; tertuduh yang didapati tidak bersalah, tujuh dan tertuduh yang belum diputuskan, lima.


http://www1.mstar.com.my/

Nyaris dirogol ketika tidur di rumah sepupu

KUALA LUMPUR: Pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang lelaki durjana yang cuba merogol sepupunya ketika remaja perempuan terbabit menumpang tidur di rumahnya di sebuah pangsapuri di Melaka, baru-baru ini.

Difahamkan, lelaki berusia 20-an itu mengajak sepupunya yang berusia 19 tahun dengan menggunakan alasan menemaninya menghantar adik perempuannya pulang ke asrama.

Sumber itu berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di ibu kota itu tidak menghampakan permintaan sepupunya sebelum mengikuti sepupunya.

“Selepas menghantar adik perempuannya, suspek meminta mangsa tidur di bilik adiknya dan berjanji menghantarnya pulang ke ibu kota keesokannya,” katanya

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, remaja perempuan berkenaan mendakwa menerima SMS daripada sepupunya memberitahu dia mahu tidur bersamanya.

“Namun, mangsa tidak mengendahkan SMS itu sebelum terkejut apabila lelaki terbabit masuk ke biliknya.

“Suspek menghempap badan mangsa, tapi disebabkan badan suspek besar, perempuan terbabit tidak berdaya melawan,” katanya.

Katanya, perempuan itu terkejut apabila suspek menanggalkan bajunya sebelum buah dada dan kemaluannya diraba.

“Mangsa mendakwa, dia cuba melawan sekali lagi tapi tidak berdaya dan sepupu durjana terbabit seolah-olah 'dirasuk' dengan mencabul buah dada dan kemaluannya,” katanya.

Sumber itu memberitahu Harian Metro, mangsa yang tidak putus asa bergelut cuba melepaskan diri sebelum akhirnya sepupunya berasa malu dan tidak meneruskan perbuatan terkutuk itu.

“Lelaki berkenaan secara tiba-tiba lalu keluar dari bilik mangsa.

“Mangsa dihantar pulang pagi esoknya ke rumahnya di Kajang di sini,” katanya yang mendakwa remaja terbabit membuat laporan polis pada Isnin lalu.

http://www.hmetro.com.my/23102008

SMS rayu tarik laporan polis

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang mengaku kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAIT) menangis teresak-esak dan meminta seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa komplot penipuan surat kebenaran poligami menarik balik laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.

Lelaki berkenaan beberapa kali menghubungi wanita terbabit, Zubaidah@Salma Mokhtar @Jusoh, 29, selain menghantar pesanan melalui SMS untuk menemui wanita berkenaan bagi membincangkan masalah itu dalam usaha memujuk wanita berkenaan berbuat demikian (menarik balik laporan polis).

Bagaimanapun, Zubaidah berkata, dia tidak dapat memenuhi permintaan lelaki itu kerana laporan mengenai kejadian itu sudah dibuat dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Desakan dan rayuan yang sering diterima itu menyebabkan saya tidak lagi menggunakan nombor telefon lama kerana khuatir akan terus diganggu hingga menjejaskan tugasan saya sebagai seorang penjawat awam...lagipun jika dibiarkan saya risau ramai lagi akan menjadi mangsa.

“Saya risau akan menjejaskan kesihatan kerana kandungan saya kini sudah berusia enam bulan jadi saya tidak mahu lagi memikirkan mengenainya,” katanya.

Harian Metro kelmarin melaporkan satu komplot tertentu menjalankan aktiviti penipuan dengan memalsukan tandatangan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu untuk mengeluarkan surat kebenaran poligami kepada lelaki bermasalah untuk beristeri lebih daripada satu.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat selepas tandatangan hakim berkenaan, Shaikh Ahmad Ismail dipercayai dipalsukan terutama selepas pemeriksaan awal mendapati tandatangan berkenaan mempunyai perbezaan ketara seperti tercatat pada dokumen asal yang ditandatangani hakim terbabit.

Kegiatan itu terbongkar selepas seorang wanita yang dalam proses tuntutan fasakh terhadap suaminya terkejut apabila mendapati dia dimadukan selepas suaminya itu menunjukkan surat kebenaran berpoligami dan mendakwa lelaki berkenaan kini tinggal dengan isteri barunya selepas dimaklumkan mereka sudah berkahwin.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang mengesahkan laporan kejadian itu berkata, kes itu kini disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan (D2) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Terengganu.

“Fail siasatan mengenai kes itu sudah dibuka dan pegawai penyiasat sedang menjalankan siasatan terperinci sebaik laporan mengenai kes itu diterima kerana ia membabitkan penipuan dokumen. Kami sudahpun mengambil keterangan pengadu untuk membantu siasatan,” katanya.

Harian Metro difahamkan individu yang mendakwa kakitangan JHEAIT itu sudah dipanggil memberi keterangan kepada pihak berkuasa dan tindakan sama turut dilakukan terhadap suami Zubaidah yang bertugas sebagai Pembantu Akaun di Wisma Darul Iman di sini, bagi membantu siasatan.

http://www.hmetro.com.my/23102008

Pensyarah, kerani habuan nafsu bomoh

Oleh Junita Mat Rasid
am@hmetro.com.my



MUAR: Seorang pensyarah universiti dan seorang kerani dirogol dalam keadaan separuh sedar oleh seorang bomoh dalam dua kejadian berasingan di rumahnya dekat sini, minggu lalu.

Kejadian itu dikatakan berlaku selepas kedua-dua mangsa diberi minuman yang didakwa bagi memulihkan penyakit terkena buatan orang atau ilmu hitam.

Rumah bomoh terbabit yang menjadi lokasi perubatannya sentiasa dikunjungi orang ramai termasuk dari luar daerah untuk mendapatkan rawatan.

Kegiatan lelaki itu terbongkar selepas kerani wanita berusia 21 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, membuat laporan polis pagi Isnin lalu mendakwa dirogol dua kali oleh bomoh terbabit kira-kira jam 3 petang, 11 Oktober lalu.


Seorang pensyarah berusia 28 tahun turut membuat laporan mendakwa dirogol ketika mendapat rawatan daripada bomoh itu di tempat sama, kira-kira jam 3 petang, 14 Oktober lalu.


Berikutan itu, polis menahan bomoh berusia 45 tahun itu yang dipercayai menjadi pengamal perubatan sejak lima tahun lalu dan pernah menjalankan kegiatan di Johor Bahru.

Lelaki itu ditahan di rumahnya dekat sini, Isnin lalu.

Polis juga sudah mendapat perintah menahan reman lelaki itu sehingga Jumaat ini bagi membolehkan siasatan lanjut kes berkenan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Katanya, polis juga sedang menjalankan siasatan kemungkinan ramai lagi wanita yang menjadi mangsa rogol pengamal perubatan tradisional itu ketika berubat.

“Justeru, orang ramai diminta jangan mudah mempercayai lelaki yang mengaku sebagai pengamal perubatan dan lebih berhati-hati bagi mengelak mereka menjadi mangsa rogol dan kes penipuan,” katanya.

Beliau meminta mangsa kejadian tampil membuat laporan polis atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muar 06-9526222 atau talian hotline 06-9526001.

http://www.hmetro.com.my/23102008

2 kali gugur janin




Oleh Fauzi Rahim Mustafa
fauzee@hmetro.com.my


SUNGAI PETANI: Menggemparkan apabila seorang remaja perempuan yang baru berusia 13 tahun mengaku dua kali menggugurkan kandungannya selepas mendakwa dianiaya dan dipermainkan lelaki yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Remaja yang bersekolah setakat tahun enam itu mendakwa kali pertama menggugurkan kandungannya ketika usianya baru mencecah 12 tahun iaitu pada pertengahan tahun lalu dan kali kedua pada Julai lalu.

Dia yang mahu dikenali sebagai Ira mendakwa menjadi mangsa keadaan akibat tertekan dengan masalah keluarga selain terlalu percayakan lelaki yang mahu melindunginya.

Katanya, dia dianiaya seorang abang angkat yang merogolnya ketika baru berusia 10 tahun.


“Ketika itu, abang angkat yang berusia 24 tahun mengajak saya menaiki keretanya pada waktu malam dengan alasan adiknya mahu berjumpa untuk berbincang hal pelajaran.

“Saya yang tidak menaruh syak apa-apa lalu mengikutnya dan beberapa minit kemudian, saya dibawa ke hutan kecil dan dirogol,” katanya yang membuat pendedahan itu di depan Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah, Kamaruddin Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kuala Muda, Leftenan Kolonel (B) Zulkifli Yusof di sini, malam kelmarin.

Remaja itu ditemui selepas Kamaruddin dan Zulkifli dimaklumkan mengenai keperitannya menyebabkan mereka bersemuka bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Selepas peristiwa hitam itu, dia dihantar pulang dan diberi amaran tidak memberitahu sesiapa terutama ibu bapa jika tidak mahu diapa-apakan.

Akibat itu, sikapnya berubah dan sering mendiamkan diri serta mudah takut serta mengalami tekanan perasaan.

“Saya juga gagal menumpukan perhatian terhadap pelajaran serta kurang berminat kepada alam persekolahan. Ketika berusia 12 tahun, saya berkawan dengan seorang lelaki lain juga berusia 24 tahun.

“Namun, niat ikhlas berkawan dengan lelaki itu menyebabkan saya tidak menyedari dipergunakannya untuk melakukan seks beberapa kali hingga saya terpaksa menggugurkan kandungan kali pertama,” kata yang juga anak keempat daripada lima beradik.

Sebaik tamat sekolah rendah, Ira nekad tidak menyambung persekolahannya kerana kecewa dengan nasib diri dan tidak tahan mendengar ibu bapanya bergaduh setiap hari.

Bapanya yang kini berusia 49 tahun bekerja mengambil upah sebagai peraih ikan, manakala ibunya, 44, baru berhenti kerja di sebuah kilang di bandar Sungai Petani.

Jelasnya, wang adalah punca perbalahan ibu dan bapanya setiap hari serta keputusan untuk tidak bersekolah dianggap dapat mengurangkan bebanan mereka meskipun kakak dan dua abang sudah berkahwin.

“Kali kedua saya menggugurkan janin ialah Julai lalu selepas melakukan hubungan seks dengan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dianggap sebagai kekasih.

“Saya juga pernah menghidu gam, merokok, minum arak dan menghisap ganja kononnya mahu melupakan masalah, namun hakikatnya semua benda itu semakin menambah tekanan kepada perasaan,” katanya yang mengaku sepanjang tercicir daripada alam persekolahan, dia pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki berlainan berusia antara 17 tahun hingga 25 tahun.

Bagaimanapun, dia tidak meneruskan ketagihan seks kerana ada rakan mahu membantu berdepan dengan masalah terbabit.

Sehubungan itu, dia nekad meninggalkan semua perbuatan keji itu dan ingin menyambung semula persekolahan tetapi buntu kerana tidak tahu bagaimana meneruskan kehidupannya.

Sementara itu, Kamaruddin berkata, pihaknya dengan kerjasama JKPD Daerah Kuala Muda akan berusaha membantu remaja berkenaan untuk bersekolah semula.

“Kami bersimpati dan akan cuba menempatkannya di sekolah selepas perbincangan lanjut dengan ibu bapanya.

“Remaja itu mangsa keadaan kerana teraniaya dan akibat tiada pembelaan menyebabkan fikirannya buntu apatah lagi dalam usia yang masih muda,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Thursday/23102008

Inspirasi kekal sihat

Bagaimanakah esktrak buah-buahan beri dan kolagen membantu kesejahteraan tubuh dan kecantikan dari dalam?




--------------------------------------------------------------------------------

HARI ini kita melihat semakin ramai yang mengambil makanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan, kesejahteraan dan kecantikan. Semuanya membuktikan kepada falsafah lama yang dipegang hingga hari ini, kecantikan itu datangnya dari dalam.

Konsep kecantikan sebenar seharusnya bermula dengan kesihatan yang baik semakin popular di kalangan pengguna hari ini.

Sebagai sebahagian daripada inspirasi untuk membantu orang ramai kekal sihat dan cantik, Tupperware Brands Malaysia memperkenalkan makanan tambahan kesihatan dan kecantikan baru, NaturCare Berry Gen.

Diperbuat daripada campuran kolagen semula jadi dan potent diformulasikan untuk membantu wanita dan lelaki untuk mendapat kesejahteraan dan gaya hidup yang seimbang melalui pemakanan.

Apakah yang istimewa tentangnya? Ia adalah campuran premium buah beri yang unik seperti bluberi, rasberi, kulit anggur, oren, epal, pisang, strawberi dan acerola.

Ekstrak beri diketahui mengandungi bahan-bahana ntioksida yang dapat melawan radikal bebas, mencegah kerosakn sel yang menyebabkan penuaan pramatang. Pada masa sama, ia baik untuk perlindungan daripada penyakit autoimun seperti kanser.

“Makin ramai pengguna memahami kulit, rambut dan kuku yang cantik ada hubung kaitnya dengan kesihatan secara keseluruhan.

“Untuk mengekalkan penampilan dan mengekalkan tubuh yang bertenaga, adalah penting untuk memasukkan bahan-bahan yang betul seperti kolagen dan antioksidan dalam diet seharian,” kata Pengarah Pemasaran Tupperware Brands Malaysia, Christine Wong.



NATURCARE BerryGen, mengandungi bahan-bahan berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

--------------------------------------------------------------------------------

Tambah beliau, keadaan kulit refleks kepada tahap kesihatan seseorang secara menyeluruh justeru dengan menjana semula tubuh kita dapat memperbaiki penampilan kulit secara keseluruhan. Namun, hari ini, pengambilan makanan semata-mata tidak dapat memberikan kita kesemua nutrien yang diperlukan tubuh. Jadi, makin ramai pengguna yang beralih kepada makanan tambahan untuk mendapat kesihatan yang optimum.


--------------------------------------------------------------------------------

Sehubungan itu, NaturCare Berry Gen menggunakan formulasi Perancis yang dipatenkan, kolagen marin yang dituai dari perairan utara Jepun, menggalakkan kulit yang halus, mengurangkan kedutan dan keanjalan di samping pergerakan yang sekata.

Produk ini juga menggunakan teknologi hidrolisis bioenzim untuk mengestrak kolagen menjadi struktur molekul yang lebih halus. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kadar serapan yang lebih tinggi hingga 98 peratus.

Ia juga bebas daripada bahan-bahan kimia tambahan, pengawet, pewarna dan perasa, lemak serta kolesterol. Selain itu, NaturCare BerryGen, mengandungi bahan-bahan positif untuk kesihatan, kecantikan, CoQ10 yang baik untuk jantung, gingko biloba untuk aliran darah, probiotik untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh serta L-Karnitin untuk merangsang metabolisme.

Dengan kandungan campuran 17 jenis asid amino ia memberi nutrisi untuk merawat, dan mengekalkan keremajaan. Tambahan pula, ia mengandungi 10 peratus hidroksiprolin sejenis asid amino penting untuk elastisiti dan ketegangan kulit.

Bersempena musim cuti ini, Tupperware Brands memperkenalkan pek hadiah yang unik terdiri daripada sekotak NaturCare BerryGen dan mangkuk Elegancia pada harga RM199.

Ia mula dijual dari 17 November hingga 31 Disember ini di semua pusat-pusat perniagaan dan wakil penjual Tupperware Brands. Maklumat lanjut, hubungi laman sesawang www.tupperware.com.my.

http://www.kosmo.com.my/22102003

Bukan salah kapitalisme


Banyak institusi kewangan yang mempakej semula hutang-hutang lapuk mereka dan menjualnya semula di pasaran dunia.



KADAR pinjaman subprima yang tinggi atas desakan pihak pentadbir menyebabkan institusi kewangan berdepan dengan risiko tinggi berdepan dengan hutang lapuk.

--------------------------------------------------------------------------------

Oleh Dr. Eamonn ButlerKegawatan ekonomi dunia menyebabkan ramai yang menuntut supaya kawalan sektor kewangan dipertingkatkan. Reaksi sebegini memang boleh kita fahami. Tetapi ini reaksi yang salah.

Krisis yang kita hadapi bukan kegagalan kapitalisme. Penyebab utama krisis ini ialah ahli politik yang memaksa bank-bank memberikan pinjaman yang tidak munasabah, pihak berkuasa kewangan yang membiarkan Barat dibanjiri kredit murahan dan kegagalan proses pemantauan.

Tarikh lahirnya krisis ini ialah 12 Oktober 1977. Sebelum tarikh ini, institusi kewangan tidak memberikan pinjaman kepada mereka yang menetap di kawasan-kawasan miskin kerana mereka yang tinggal di kawasan itu biasanya mempunyai pendapatan yang terlalu rendah dan aset mereka juga murah. Kombinasi itu hanya akan melahirkan peminjam yang akhirnya gagal melunaskan pinjaman mereka.

Tetapi pada 12 Oktober 1977, Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter menandatangani rang undang-undang yang juga dikenali sebagai anti-redlining law. Undang-undang ini tidak membenarkan institusi kewangan meneruskan pemberian pinjaman secara selektif sedemikian rupa.

Akibatnya, institusi kewangan terpaksa memberi pinjaman kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar balik pinjaman dengan penuh. Niat ahli-ahli politik pada waktu itu mungkin baik.

Mereka mahu semua rakyat boleh memiliki rumah dan itulah sebabnya mereka meluluskan undang-undang ini yang mengharuskan institusi kewangan memberi pinjaman berisiko tinggi atau kini dikenali sebagai pinjaman subprima.

Menjelang tahun 1985, keputusan tersebut hampir-hampir menyebabkan institusi-institusi tabungan dan pinjaman di AS menjadi muflis.

Justeru, kerajaan AS mengambil alih hutang-hutang lapuk yang semakin banyak dan menggalakkan konsolidasi hutang-hutang tersebut, lantas melahirkan syarikat-syarikat yang amat besar sehingga jika mereka gagal, kesannya amat buruk kepada ekonomi secara keseluruhan.

Ringkasnya, tindakan kerajaan secara tidak langsung melahirkan syarikat-syarikat yang terlalu besar untuk dibiarkan gagal.

Seterusnya, selepas itu, pasaran saham di AS pula merudum kerana terdapat kebimbangan jika institusi kewangan lain juga akan gulung tikar. Pasaran saham Asia juga menjunam.

Mexico, Argentina dan Rusia pula gagal membayar hutang mereka. Saham-saham dotkom yang sebelumnya memuncak turut tiba-tiba runtuh. Dan kemudian berlaku pula tragedi 9/11.

Setiap kali berlaku peristiwa-peristiwa ini, kerajaan di negara-negara Barat bertindak balas dengan cara mempertingkat jumlah wang tunai di pasaran mereka.

Selepas tragedi 9/11, Bank Negara AS (Federal Reserve) memotong kadar faedah daripada 6.25 peratus kepada satu peratus sahaja kerana mereka bimbang ketidakyakinan pelabur akan membawa kepada merudumnya ekonomi.

Tindakan mereka ini menghantar isyarat yang salah kepada pasaran dan ia menyebabkan credit bubble berterusan.

Penurunan kadar faedah menyebabkan hutang pada waktu itu menjadi enam kali lebih murah daripada sebelumnya. Maka jumlah permohonan pinjaman perumahan pun memuncak.

Institusi kewangan pula dengan senang hati memberikan lebih banyak pinjaman subprima.

Apabila lebih ramai orang mahu membeli rumah, maka harga rumah pun meningkat dengan tinggi.

Peningkatan harga rumah menyebabkan berlakunya kitaran yang berterusan iaitu lebih ramai orang yang mahu membeli rumah maka lebih ramai yang membuat pinjaman. Ini dilihat sebagai cara yang selamat untuk membuat keuntungan.

Di London pula , satu dekad di bawah pentadbiran Parti Buruh menyaksikan perbelanjaan kerajaan yang jauh melebihi pendapatan. Ini mengakibatkan pinjaman kerajaan meningkat tinggi. Hutang peribadi rakyat dan juga harga rumah turut meningkat.

Selama hampir 10 tahun, semua pihak berpesta meraikan pertumbuhan ekonomi dunia. Tetapi pertumbuhan ekonomi tersebut sebenarnya dibiayai oleh 'wang palsu' yang dicetak oleh kerajaan semata-mata untuk menjana pesta pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

Apabila pesta tersebut sampai ke penghujung, maka lahirlah kesan yang kita alami sekarang.

Pihak berkuasa pula seolah-olah terus tertidur, atau mungkin telah bertahun-tahun 'pengsan'. Sekitar 200 agensi pengawalan dan penguatkuasa sebenarnya mengawasi Fannie Mae dan Freddie Mac tetapi kedua-dua syarikat ini masih lagi roboh dengan hutang hampir AS$5 trilion (RM17.6 trilion).

Kedua-dua syarikat dokongan kerajaan ini membiarkan pelabur menyangka bahawa pinjaman perumahan yang mereka miliki, walaupun banyak yang lapuk, tetap dilindungi oleh kerajaan. Ini menyebabkan agensi-agensi pengedaran kredit (credit rating agencies) memberikan mereka markah tinggi termasuklah bon-bon yang sebenarnya tidak boleh dipercayai.

Banyak institusi kewangan yang mempakej semula hutang-hutang lapuk tersebut dan menjualnya semula di pasaran dunia. Ada institusi kewangan yang memberi pinjaman terlalu tinggi sehingga 30 kali jumlah aset yang mereka miliki. Tetapi pihak berkuasa terus membisu.

Contohnya, walaupun Bank Negara England mengetahui bahawa syarikat Northern Rock hampir gagal, mereka tidak melakukan apa-apa langsung.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa terdapat ketempangan yang jelas pada pihak berkuasa dan peraturan.



SELEPAS tahun 1998, pesta pertumbuhan ekonomi dikatakan dibiayai oleh 'wang palsu' yang dicetak oleh pihak berkuasa.

--------------------------------------------------------------------------------

Apabila pihak berkuasa tertidur, jangan pula kita terkejut apabila ada pihak yang mengambil risiko terlalu tinggi. Yang patut dipersalahkan ialah pihak berkuasa dan bukannya sistem perekonomian.

Sebarang penyelesaian yang dicadangkan sekarang mestilah kembali kepada prinsip-prinsip asas ekonomi. Usaha kerajaan AS untuk bail out syarikat tertentu hanya akan menyelamatkan mereka yang bersalah tanpa menghiraukan mangsa sebenar situasi ini.

Pada waktu yang sama, kita juga harus sedar bahawa dunia ini lebih besar daripada AS. China kini merupakan ekonomi keempat terbesar di dunia dan ia terus berkembang dengan kadar hampir 10 peratus. India dan lain-lain negara membangun yang lain juga terus berkembang.

Rakyat miskin di negara-negara membangun akan tetap merasai kesan positif pembangunan ekonomi negara mereka. Walaupun ekonomi negara-negara Barat merudum, ekonomi dunia dianggarkan akan terus berkembang pada kadar empat peratus. Ini masih baik.

Justeru, walaupun kapitalisme yang diamalkan di negara-negara Barat kini terpukul akibat daripada kelemahan dan campur tangan ahli politik dan pegawai-pegawai penguatkuasa, tetapi kapitalisme global terus berjaya mengeluarkan jutaan manusia daripada bencana kemiskinan. Hakikatnya kapitalisme terus utuh. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/23102008

Komplot letup depot minyak tumpas

JAKARTA – Sebuah kumpulan pengganas Indonesia yang tumpas pada minggu ini merancang mengebom depot simpanan minyak utama Jakarta, kata polis semalam.

Pihak polis memberitahu bahawa kumpulan tersebut juga mempunyai hubungan dengan beberapa suspek pengganas paling dikehendaki di rantau ini.

Seramai lima suspek yang dipercayai anggota Jemaah Islamiah (JI) berjaya diberkas di Jakarta bersama-sama senjata dan bahan letupan selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah.

“Sekiranya pihak polis polis gagal mengesan bahan letupan itu, situasi mungkin menjadi sangat bahaya,” kata seorang jurucakap polis, Sulistyo Ishak.

Suspek-suspek itu dipercayai mempelajari kaedah membuat bom daripada pakar bom dari Malaysia, Azahari Husin yang ditembak mati di sebuah rumah di Jawa pada November 2005.

Azahari merupakan sekutu rapat kepada seorang lagi suspek pengganas paling dikehendaki dari Malaysia, Noordin Mohammed Top kerana merancang beberapa serangan di Indonesia.

– AFP

http://www.kosmo.com.my/23102008

Harga minyak mentah terus menjunam

LONDON – Harga minyak dunia semalam terus merosot akibat kebimbangan terhadap permintaan tenaga berikutan kelembapan ekonomi global, kata para peniaga.

Pasaran kontrak utama New York, Amerika Syarikat (AS) pula menyaksikan minyak mentah untuk penghantaran Disember jatuh AS$2.57 (RM9.11) kepada AS$69.61 (RM246.91) setong.

Harga minyak mentah di pasaran London, Britian untuk penghantaran Disember jatuh AS$2.31 (RM8.19) kepada AS$67.41 (RM239) setong. – AFP


http://www.kosmo.com.my/23102008

Nyaris jadi mangsa culik bibik

Oleh ZAINI SAMSU HADI
mohdzaini.samsuhadi@kosmo.com.my




ZAKIAH menceritakan saat-saat cemas anaknya nyaris diculik bekas pembantu rumahnya.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - "Saya ingatkan bibik mahu bawa pergi rumah Wan (nenek), rupanya-rupanya bibik nak culik."

Demikian kata-kata adik Muhammad Haziq Syaifful Bahri, 6, yang terlepas daripada menjadi mangsa culik seorang wanita Indonesia pada Ahad lalu.

Muhammad Haziq memberitahu, dia gembira apabila bekas pembantu rumah keluarganya yang memang dikenalinya berjanji untuk membawanya ke rumah neneknya di Salak Selatan.

Ceritanya dari Taman Mulia, Bandar Tun Razak di sini, semasa kejadian pukul 1.15 petang, dia berada di rumah bersama ayah dan seorang adik perempuannya.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu ayah dan adiknya tidur tetapi pintu rumah berkunci.

"Tiba-tiba bibik datang ke rumah dan dia dapat membuka pintu depan rumah mengguna kunci yang dibawanya," katanya.

Jelasnya, bibik kemudiannya memujuk dia supaya mengikutnya ke rumah nenek.

"Saya yang gembira telah mengikut bibik tanpa mengejutkan ayah," katanya.

Muhammad Haziq memberitahu, bibik itu kemudian membawanya menaiki teksi yang sudah menunggu di luar rumah.

Semasa dalam perjalanan, kata kanak-kanak itu, dia nampak seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal mengekori teksi yang dinaikinya.

"Saya tidak fikir apa-apa pada mulanya sehinggalah sampai ke satu persimpangan teksi itu tidak masuk ke jalan rumah nenek.

"Saya menangis dan meronta sekuat hati dan minta turun dari teksi," katanya.

Berikutan tindakannya itu, cerita Muhammad Haziq, bibik itu mula memarahinya dan dia mula takut dengan kelakuan bibik terbabit.

"Entah macam mana pemandu teksi yang mungkin curiga dengan bibik kemudiannya telah memberhentikan teksi.

"Sebaik teksi berhenti saya terus berlari sekuat hati menuju ke rumah nenek tanpa rasa penat," katanya.

Difahamkan, jarak tempat Muhammad Haziq turun dari teksi di persimpangan Salak Jaya menuju ke rumah neneknya itu sejauh kira-kira dua kilometer.

Katanya, sampai di rumah neneknya, dia yang tercungap-cungap terus menceritakan apa yang berlaku kepada neneknya.

Nenek mangsa, Ramlah Md Zin, 55, yang terkejut dengan cerita cucunya terus menghubungi ibu Muhammad Haziq, Siti Zakiah@Ita Amiruddin.

Siti Zakiah yang merupakan seorang pengurus sebuah butik pakaian berkata, beliau kemudian terus membawa Muhammad Haziq membuat laporan di Balai Polis Cheras.

Kata beliau, bibik bernama Muslimah Sumo berkenaan merupakan bekas pembantu rumahnya yang telah diberhentikan kerja pada awal bulan lalu kerana dia ada masalah.

http://www.kosmo.com.my/23102008

'Kami dibuang kolej tanpa sebab'

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my




NOR FARHANA (kiri) dan Nur Shafiqa ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) mendakwa mereka dibuang dari kolej kediaman tanpa sebarang sebab munasabah selepas diberikan notis mengosongkan bilik kurang 24 jam pada 14 Oktober lalu.

Kedua-dua pelajar terbabit, Nor Farhana Farzieana Azmi, 21, dan Nur Shafiqa Mohd. Ali, 21, masing-masing pelajar tahun tiga Bacelor Sains Pertanian dan Bacelor Sains Pendidikan Biologi sebelum itu menginap di Blok Lekir Kolej Tun Perak (KTP) di universiti berkenaan.

Nor Farhana berkata, mereka pada mulanya tidak tersenarai untuk terus tinggal di KTP bagi semester ini tetapi rayuan telah dibuat.

"Kami merayu kerana berpendapat kami tidak patut dibuang kolej selepas memenuhi merit ditetapkan, aktif dan cemerlang akademik bagi layak terus tinggal di kolej ini.

"Ketika kemasukan semester ini, pengurusan kolej beritahu nama kami tiada dalam senarai dengan alasan tiada kekosongan tetapi selepas berbincang dengan Timbalan Pengurus KTP, mereka benarkan kami menginap.

"Namun pada 10 Oktober lalu, pintu bilik kami dikunci dan diselitkan borang permohonan Mahasiswa Luar Kampus (MLK) tanpa sebarang notis dan surat rasmi, disusuli notis mengosongkan bilik pada 14 Oktober lalu," jelasnya ditemui di Lobi Parlimen semalam.

Berikutan itu Nor Farhana memberitahu, pada 15 Oktober lalu, beliau dan Nur Shafiqa terpaksa mengangkat sebahagian barang mereka dan menumpang di bilik rakannya.

Sementara itu, Nur Shafiqa kecewa kerana tindakan itu dibuat seminggu sebelum mereka menduduki peperiksaan akhir semester ketika ini.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah ketika dihubungi menjelaskan, kedua-dua pelajar itu didapati menginap secara tidak sah di situ.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan, beliau telah menimbang situasi pelajar berkenaan dan atas dasar prihatin, kedua-dua pelajar tersebut dibenarkan untuk terus tinggal di kolej berkenaan memandangkan minggu peperiksaan yang semakin hampir.

http://www.kosmo.com.my/23102008

Wednesday, October 22, 2008

Sedia kerusi untuk Rasulullah

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my




KUALA LUMPUR: Sekumpulan kira-kira 30 lelaki yang mempelajari ilmu perubatan Islam tergamam apabila seorang daripada mereka membawa berita menggemparkan dengan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. dan wali Allah lain akan muncul di padang sebuah taman permainan di Petaling Jaya di sini.

Lelaki berusia 20 tahun terbabit mendakwa, dia mendapat ‘wahyu’ daripada Allah kononnya Rasulullah akan muncul di lokasi berkenaan menyebabkan 10 rakannya terpengaruh untuk menatap wajah Nabi Muhammad mengikutnya ke padang itu, pada jam 1 pagi, baru-baru ini.

Bagi meyakinkan mereka, lelaki yang dikenali sebagai Ramli itu meletakkan sebuah kerusi di tengah padang kononnya untuk diduduki Nabi Muhammad.

Beberapa minit selepas kerusi diletakkan, Ramli membisikkan sesuatu kepada rakan mendakwa Nabi Muhammad sudah datang dan duduk di kerusi berkenaan sebelum mereka menangis beramai-ramai.


Bagaimanapun, kejadian aneh itu menimbulkan syak wasangka kepada seorang pelajar ilmu perubatan Islam itu apabila dia tidak nampak sebarang objek atau kelibat manusia di kerusi berkenaan.


Melihat kegiatan itu boleh menyesatkan akidah, lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Iskandar, 24, segera meninggalkan kumpulan berkenaan.

Menceritakan lebih lanjut pembabitannya dengan kumpulan itu, Iskandar berkata dia seorang daripada pelajar ilmu perubatan Islam di rumah sepasang suami isteri yang juga pengamal perubatan alternatif di sebuah rumah di Petaling Jaya.

“Ada kira-kira 30 lelaki termasuk saya mempelajari ilmu perubatan. Kami yang masing-masing berusia 18 hingga 40 tahun sering berkumpul di rumah itu pada waktu malam,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, kira-kira empat bulan lalu, ada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Ramli datang berubat.

“Seminggu selepas itu, dia datang semula ke rumah tempat kami belajar dan memberitahu niatnya untuk turut mempelajari ilmu perubatan Islam.

“Dia nampak seperti biasa saja, namun seminggu kemudian, kami terkejut apabila dia mendakwa dianugerahkan ‘keistimewaan’ apabila boleh menilik nasib serta mengetahui masa lampau seseorang.

“Ketika itu kami percaya dengannya kerana semua tekaannya tepat,” katanya.

Iskandar bagaimanapun mula sangsi apabila Ramli memberitahu kononnya dia juga boleh mengampunkan dosa.

“Setiap hari Ramli akan membicarakan perkara yang memesongkan akidah termasuk mendakwa wali Allah dan Nabi Muhammad datang ke rumah tempat kami berkumpul.

“Yang peliknya, ada antara kami percaya dan disebabkan itu saya dan sembilan rakan lain sanggup mengikutnya ke padang selepas dia memberitahu wali Allah dan Rasulullah akan muncul di sana.

“Saya terkejut apabila rakan menangis teresak-esak sambil berdoa dan berzikir selepas Ramli memberitahu mereka kononnya Nabi Muhammad sudah duduk di atas kerusi berkenaan.

“Namun, saya langsung tidak nampak dan tersedar semua itu boleh memesongkan akidah,” katanya.

Iskandar yang sudah insaf, berkata dia difahamkan, rumah tempat dia pernah berkumpul untuk mempelajari ilmu perubatan Islam, kini tidak lagi berpenghuni.


http://www.hmetro.com.my/22102008

Rogol dalam bas sekolah

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


RAMPAS...bas sekolah suspek dibawa ke IPD Petaling
Jaya untuk siasatan lanjut.



PETALING JAYA: Seorang pemandu bas sekolah merogol seorang pelajar berusia 14 tahun dalam kenderaan itu dalam satu kejadian di Sungai Way di sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, lelaki durjana itu yang menjalankan rutin hariannya mengambil pelajar di sekitar Petaling Jaya menggunakan kesempatan ketika gadis itu menaiki bas dipandunya berseorangan.

Difahamkan, pelajar malang itu yang juga penumpang pertama menaiki bas terbabit, dirogol pemandu bas itu yang membawa kenderaannya ke satu lokasi tersorok sebaik mangsa menaiki bas untuk ke sekolah.

Lelaki itu menutup pintu bagi mengelak pelajar tingkatan dua itu menjerit meminta tolong atau lari menyelamatkan diri sebelum merogolnya.


Mangsa yang ketakutan selepas diugut, hanya mampu merelakan dirinya dirogol lelaki terbabit berikutan ketika kejadian tiada sesiapa berada di sekitar kawasan itu.


Selepas memuaskan nafsu serakahnya, pemandu bas itu tanpa belas kasihan dan rasa bersalah meninggalkan pelajar berkenaan di tempat kejadian menyebabkan mangsa terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah sambil menangis.

Menurut sumber, bapa pelajar itu membawa mangsa yang masih berpakaian seragam sekolah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk membuat laporan.

Susulan laporan itu, polis menahan pemandu bas terbabit bagi membantu siasatan.

“Lelaki berusia 20-an itu ditahan kira-kira jam 1 tengah hari semalam (kelmarin). Suspek sudah berkahwin dan isterinya sedang mengandung anak sulung mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Lelaki itu kini ditahan dan akan direman mulai esok (hari ini),” katanya.


http://www.hmetro.com.my/22102008

Krisis kewangan lebih teruk


SEOUL – Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak semalam menyatakan krisis kewangan yang melanda dunia ketika ini adalah jauh lebih buruk berbanding kemelesetan ekonomi Asia sedekad lalu.

Kerajaan Korea Selatan menyatakan negara itu mempunyai kaedah yang mencukupi termasuk rizab asing berjumlah AS$240 bilion (RM845 bilion) bagi mengatasi krisis semasa.

Korea Selatan mengalami kesan serius akibat krisis kewangan 1997 sehingga terpaksa menerima pakej bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bernilai AS$58 bilion (RM204 bilion) tetapi Seoul menggunakan hanya AS$30.2 bilion (RM106 bilion) dan sudah melangsaikan semua hutang itu. – AP

http://www.kosmo.com.my/22102008

Hakim tegur AC Mizal gagal hadir mahkamah


Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my


SHAFNIE hadir pada perbicaraan di mahkamah sambil ditemani anaknya Muhamad Shafiq Iman di Shah Alam semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM - "Ini perkara serius, tak boleh dibuat main-main dan kenapa tidak bantah tarikh hari ini (semalam) ketika kita menetapkan tarikh pada prosiding lepas jika ada penggambaran?"

Itu teguran Hakim Syarie Saarani Ismail kepada AC Mizal (gambar kecil) atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, kerana gagal hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bagi menghadiri prosiding kes tunggakkan nafkah dua anak lelakinya sebanyak RM50,000.

Prosiding semalam berkenaan notis bantahan awal terhadap permohonan bekas isterinya, Shafnie Zainudin, 33, agar satu perintah komital dikeluarkan menghantar responden ke penjara berhubung kegagalannya menjelaskan nafkah.

Shafnie yang diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais tiba seawal 9.20 pagi ditemani seorang rakan dan anak pertamanya, Muhammad Shafiq Iman, 12.

Hakim menegaskan kehadiran responden amat penting bagi menjamin kelancaran prosiding kes berkenaan.

Saarani dalam masa sama turut meminta peguam syarie mewakili pengacara Akademi Fantasia itu, Siti Aishah Din mengemukakan surat penggambaran bukti ketidakhadiran untuk dimasukkan ke dalam fail mahkamah.

Sebelum itu, Siti Aishah menyampaikan permohonan maaf daripada AC Mizal berikutan kegagalannya hadir di mahkamah atas alasan menjalani penggambaran di Langkawi.


http://www.kosmo.com.my/22102008

Hati-hati penyamun menyamar kakitangan TM

KUALA LUMPUR - Hati-hati sekiranya anda didatangi seorang lelaki yang mendakwa kakitangan syarikat telekomunikasi terkemuka dan mahu memeriksa fius telefon rumah.

Itulah modus operandi seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang menyamar sebagai juruteknik dan memakai kemeja T berwarna biru dengan tertera logo Telekom Malaysia (TM) Berhad sebelum melarikan barang berharga milik mangsa.

Dalam kejadian terbaru semalam, seorang suri rumah yang dikenali sebagai Laila memberitahu, kejadian pada pukul 3.45 petang itu berlaku apabila lelaki tersebut tiba-tiba muncul di rumah dan memberitahu mahu memeriksa fius di rumahnya yang didakwa rosak.

Jelas wanita berusia 33 tahun itu, sebelum kejadian beliau yang sedang menggunakan telefon rumah terkejut sebaik mendapati talian tersebut terputus sebelum lelaki terbabit muncul di hadapan pintu rumahnya beberapa minit kemudian.

"Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai sub kontraktor daripada Kumpulan TM dan mahu memeriksa kerosakan pada fius telefon.


http://www.kosmo.com.my/22102008

Shah Rukh Khan ke Melaka terima Datuk




MELAKA - Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) akan datang ke Melaka untuk menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada bulan depan.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, persetujuan pelakon itu telah dimaklumkan kepada Pejabat Yang Dipertua Negeri.

Katanya, kerajaan Melaka serius dengan penganugerahan itu sebagai satu pengiktirafan kepada Shah Rukh Khan yang telah mempromosikan Melaka secara percuma melalui filem lakonannya bertajuk One 2 Ka 4 yang difilemkan di A'Famosa, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

"Beliau (Shah Rukh Khan) pun dah setuju, satu dunia pun sudah tahu, jadi kalau ditarik balik tak elok bagi kerajaan negeri dan bagi Shah Rukh Khan, macam kita tak fikir dulu sebelum beri, dah beri kemudian tarik balik, tak elok, buruk siku.

"Jadi, kita tidak akan menarik balik anugerah kebesaran negeri yang diberikan kepadanya walaupun banyak kritikan daripada sesetengah pihak yang mempertikaikan penganugerahan itu," katanya selepas majlis perasmian Menara TM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh semalam.


http://www.kosmo.com.my/22102008

Kempen pulaukan barangan

KUALA LUMPUR - Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbesar di negara ini akan bergabung mengadakan kempen pemulauan besar-besaran terhadap produk-produk yang harganya tidak diturunkan mulai bulan depan.

Tindakan itu diputuskan sebagai tindak balas ke atas kedegilan peniaga dan pemborong yang masih enggan menurunkan harga barangan meskipun harga bahan bakar sudah tiga kali diturunkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Antara NGO yang akan mengerakkan kempen tersebut iaitu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO).

Menurut Presiden Cuepacs, Omar Osman, satu pertemuan akan diadakan antara NGO terbabit pada 13 sehingga 15 November ini di Kota Kinabalu, bagi membincangkan mekanisme bagaimana untuk mengawal harga barangan di pasaran.

"Antara hasil perjumpaan itu ialah melancarkan kempen memulau produk atau perkhidmatan yang mengenakan harga tinggi, selain pelbagai lagi pendekatan untuk mengawal harga barangan dengan efektif yang akan diserahkan kepada kerajaan untuk penilaian dan dilaksanakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Pada Jun lalu kerajaan telah menaikkan harga bahan bakar kepada RM2.70 seliter untuk petrol manakala RM2.58 bagi diesel yang seterusnya menjadikan alasan bagi peniaga dan pemborong menaikkan harga barangan secara mendadak.

http://www.kosmo.com.my/22102008

Operasi besar-besaran kesan melamin

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammarjazlan.madlela@kosmo.com.my




SEORANG pegawai penguat kuasa menunjukkan produk Ammonia Bicarbonate yang disita dalama Operasi Khas produk melamin di sekitar Cheras dan Bangi semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) giat melakukan pemeriksaan secara besar-besaran dan menyeluruh bagi mengesan bahan makanan yang mengandungi melamin berlebihan di negara ini.

Jika pemeriksaan sebelum ini lebih tertumpu kepada produk tenusu terutama yang diimport dari negara China, kini agen penaik makanan atau Amonia Bicarbonate pula dikhuatiri tercemar dengan bahan tersebut.

Ekoran itu, sekumpulan anggota penguat kuasa Jabata n Kesihatan Daerah Hulu Langat 'turun padang' dan melakukan pemeriksaan di beberapa buah premis di sini, semalam.

Operasi yang bermula kira-kira pukul 10 pagi itu tertumpu kepada pengimport dan pengeluar bahan terbabit yang digunakan secara meluas sebagai agen penaik makanan dalam pembuatan biskut dan kek.

Jurucakapnya berkata, hasil operasi tersebut, pihaknya berjaya menyita sejumlah 65 kilogram (kg) Amonia Bicarbonate di sebuah premis di Ampang yang dipercayai diimport dari China.

"Kita sudah ambil beberapa sampel untuk dihantar ke makmal yang diiktiraf KKM bagi memastikan bahan berkenaan tidak mengandungi melamin berlebihan seperti yang tertakluk pada Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Jurunikah palsu aktif semula - Pukul canang tidak kenakan bayaran nikah

Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN dan ALIAS ISMAIL
berita@kosmo.com.my



SETIU - "Tak payah bayar walau satu sen pun."
Itulah taktik digunakan oleh seorang jurunikah tidak bertauliah begitu dikenali di sebuah kampung di sini, bagi menarik perhatian pasangan yang bermasalah untuk berkahwin.

Lelaki berusia 50-an itu dipercayai menawarkan 'khidmat percuma' tersebut bagi menunjukkan kononnya dia benar-benar mahu membantu pasangan dan bukannya mengaut keuntungan.

Dengan mencanangkan tiada sebarang upah melakukan akad nikah, taktik itu ternyata menjadi apabila beliau kini lebih kerap menerima kunjungan pasangan yang mahu berkahwin secara sembunyi-sembunyi.

Bagaimanapun, ia hanyalah 'pemanis mulut' lelaki itu kerana kebanyakan pasangan difahamkan menghulurkan wang malah sehingga lebih RM300 sebagai tanda terima kasih.

Muslihat terbaru jurunikah berkenaan dikesan oleh wartawan Kosmo! semasa berpura-pura mahu mendapatkan khidmatnya di rumahnya, baru-baru ini.

Ketika pertemuan itu, jurunikah itu memberitahu, beliau sedia menikahkan mana-mana pasangan yang datang berjumpanya dengan menawarkan 'pakej' menarik dan ia turut berjaya menarik pasangan dari beberapa negeri lain.

Dalam nada memujuk, lelaki itu berkata, pasangan yang hanya ingin dinikahkan tetapi tidak mahu surat nikah daripadanya, tidak perlu membayar apa-apa.

Katanya, sedangkan sebelum ini, untuk perkhidmatan itu beliau mengenakan bayaran sebanyak RM200.

"Kalau yang terdesak, saya boleh nikahkan terus. Free saja, sebab niat saya nak tolong orang yang susah. Tapi kalau ikhlas nak beri 'sumbangan' kepada saya, itu terpulanglah," katanya kepada wartawan Kosmo!.


http://www.kosmo.com.my/22102008

Tipah Tertipu Lagi....

Oleh: Firdaus (Kopitiam Bang Nan)- Laman M@RHAEN

Teman dok baca tulisan MSO bertajuk Lalu Kawanku Itu Pun Mengaku Kalah...cerita pasal Ku Li tertipu lagi...ehh macam kisah Tipah Tertipu plak...

2 dekad Ku Li tertipu kata MSO. Memang padanlah...kan teman dah cakap Ku Li ni cuma layak jadi kuli aje... Rasuahlah bahlul...!! Ada ramai teman kata bahasa teman tu kasar sangat... memanglah kasar. Bayangkan...anak teman yang baru Tingkatan 1 tu pun dah tau Che Det ni kaki temberang...Ku Li tak tau. Bahlullah tu...

Nak bagi tau Ku Li...tak ada peranan apa2 Ku Li dalam Umno. Cuma dia bagi gula2...Gua Musang selagi hayat dikandung badan memang Umno (tak kira sapa jadi PM) allocate untuk Ku Li. Itu aje...nak lebih dari tu sorrylah. Kalu Shabery Chik jadi PMpun dia tak bagi Ku Li naik punya...Tak kan macam tu pun Ku Li tak tau?

Kan lebih baik dia join Pakatan Rakyat. OKlah tak payah masuk PKR atau PAS....Buat parti lainlah. Takkan satu MP lainpun tak nak join dia. Ibrahim Ali si katak tu kan pengikut setia. Ajak 5-10 orang lagi. Ku Li boleh jadi tauke dan taiko sekaligus.

Dari dalam PR lebih banyak yang boleh diperjuangkan untuk negara. Lebih bermunafaat. Buangkan ajelah nostalgia Umno tu. Afterall Umno sekarang dah tak sama dengan Umno dulu. Perjuangan sekarang bukan macam perjuangan dulu...itupun Ku Li tak tau..?

Marilah...jangan buang masa. Tak kan kita nak duduk bawah PM yang penuh dengan skandal sampai bila2. Kita bungkus Che Det tu once for all....habis cerita. Kalu nak jawatan menteri sangat...teman percaya Anwar boleh bagi. Tapi jadi PM tak bolehlah yob. Itu sudah lawan tauke...he he..


MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Kiriman Firdaus - Kopitiam Bang Nan

17.10.2008


http://www.marhaen.org/v1/mar_a_kopitiam_bangnan141.html
Oleh: Firdaus (Kopitiam Bang Nan)- Laman M@RHAEN


Malam tadi teman dok menonton tv 501..kira2 jam 11.30 malam..gitulah. Teman ni malam2 memang suka tengok tv...terutama channel 501 dan 502. Balik dari surau selalu lambat. Orang rumah dah lama hanyut dalam mimpi indah dia...mungkin tengah jual susu Alpha Lipid kot?

Kisah Ku Li di temuramah oleh sapa tu...? Teman tak berapa ingat nama dia ni...tah siapa? Lembut2 sikit... Suhaimi Sulaiman ke sapa? Kisah pasal gelora dalam Umno masa kini...

Macam2 ceritalah tapi..tu lah Ku Li....memang sesuailah jadi kuli sampai bila2. Tak merasanye mamat ni jadi presiden Umno....nak jadi PM jangan mimpilah. Tapi itulah orang2 lama...idealism dan nostalgia terlalu menebal. Setakat itu ajelah nampaknye...

Kununnye kalau dia terpilih nak buat perubahan besar2an di dalam Umno? Tak pijak ke tanah kaki orang tua ni. Teman kalu jumpa mamat ni malam2..mahu teman tengok dia lalu celah kelengkang....cabut tak cukup tanah teman.

Ada ke dia nak suruh 3 juta (ada ke?) ahli Umno pilih presiden dan timbalan presiden Umno? Alamak Ku Li...hang dapatkan dulu 58 pencalunan tu. 1 pun susah...jangan dok beranganlah. Engkau dengan Ali Rustam lebih kurang aje...

Merungut2 orang tua ni...katanya dia terkejut bila balik Kelantan didapati duit ditabur mencurah2. Tentulah oleh lawan2 politik beliau...sapa lagi kalu bukan Najib? "Money politic" katanya. Rasuahlah bahlul. Kenapa tak cakap terang2. Kalu rasuahpun dia tak boleh nak sebut rasuah... macam mana nak buat perubahan. Piiiirrraahhhhhh!!

Kenapalah mamat ni nak buang masa duduk dalam Umno? Kalu betul2 nak berjuang untuk rakyat Malaysia...pilihan yang dia ada cuma dalam PKR. Itupun sebagai ahli biasa aje. Duduk situ 5 atau 6 tahun....ajak kawan2. Tak pa lah...Shabery Chik bueh tupun boleh ikut sama. Tapi tu lah...macam teman cakap...kena jadi ahli biasa dulu...sebab dulupun mereka ni pernah belot dalam perjuangan...Mana boleh terus masuk naik atas yob?


MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Kiriman Firdaus - Kopitiam Bang Nan

15.10.2008


http://www.marhaen.org/v1/mar_a_kopitiam_bangnan135.html

TABUNG AZAN HINA AGAMA..

Oleh Suhaimi Mohd Saad (Ilham Najmi) - Laman M@RHAEN

UMNO Cheras menubuhkan tabung azan. Menurut Syed Ali Al-Habshyi tujuannya ialah untuk

1. Menyediakan dana melatih Muaazin
2. Membekalkan peralatan pembesar suara untuk masjid
3. Membantu Utusan Malaysia menghadapai saman RM 30 juta Teresa Kok


Sejak bila pulak UMNO sangat prihatin untuk membela agama. Rakyat masih ingat, UMNOlah yang meroboh masjid di Jubli di Bangi, Masjid Kg Bujal Kemaman, Surau Kg Berembang. Malah di Selangor, beberapa masjid di kunci dan di gari.

Saya tak berhasrat untuk membela Teresa Kok. Seeloknya kita bermula dari punca berita. Isu Azan ini berlaku selepas Utusan Malaysia menyiarkan artikel Zaini Hassan bertajuk "Azan, jawi, JAIS, Uitm dan ba-alif-ba-ya…" Petikan artikel itu antara lain menyebut:-

Kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh.
Katanya, “hasil tinjauannya” pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.“Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)…” katanya kepada imam yang ada di situ.Semua yang ada terus “terkedu”.

Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitif langsungkah? Tidak sedarkah dia, kira-kira 90% penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?



YB Teresa Kok menjawab artikel itu

Hari ini saya rasa terkejut apabiila membaca artikel yang amat merosakkan nama baik saya dalam Utusan Malaysia (10 September 2008). Kandungan dalam artikel yang ditulis oleh Zaini Hassan ini penuh dengan pembohongan. Beliau memetik kata-kata pembohongan Khir Toyo dan mendakwa saya membawa penduduk di Puchong membantah azan masjid.
Dalam artikel Zaini ini, beliau menulis saya pernah pergi masjid berkenaan sebelum subuh dan menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan menggunakan pembesar suara.Oh my God, bila saya pergi ke surau Puchong pada awal pagi?

Saya biasanya bangun selepas pukul 7 pagi, buat apa saya pergi ke surau Puchong pada awal pagi? Sebenarnya, sampai sekarang, saya pun tidak tahu di mana letaknya surau tersebut.

Dalam mesyuarat exco Kerajaan Selangor pada pagi ini, kami telah membincangkan isu ini. Kami berpendapat kami mesti menghendaki pihak Utusan Malaysia, Zaini dan pihak-pihak berkenaan yang telah menyebarkan berita palsu dan pembohongan tersebut untuk menarik balik kenyataan pembohongan mereka dan meminta maaf, kalau tidak, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka. Kami berpendapat tibalah masanya bagi kami untuk tegas terhadap pihak yang membuat pembohongan.


Maknanya Utusan telah salah dalam melapor dan mengambil berita. Berita itu adalah bohong dan fitnah. Peliknya kenapa UMNO Cheras beriya-iya nak tubuh tabung azan yg antara tujuannya membantu akhbar yang menyiarkan berita PALSU. Kepalsuan, pembohongan dan fitnah tak harus dibela dan dipertahankan.

Ini menghina agama. Agama digunakan untuk membela kepalsuan. Utusan bersalah kerana laporan palsu. Adakah kerana Utusan milik Melayu maka ia dipertahankan walaupun bohong, manakala orang cina walaupun teraniaya kita pejamkan mata.

http://najwasuhaimi.blogspot.com/2008/10/tabung-azan-hina-agama.html

Untuk maklumat selanjutnya sila kunjungi blog saya www.najwasuhaimi.blogspot.com

17.10.2008

http://www.marhaen.org/v1/mar_a_suhaimi_saad09.html

Kemelut harga barang


Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my



HARGA barang yang tidak turun meresahkan pengguna. - Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------

PENGUMUMAN kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel pada minggu lalu pastinya disambut gembira oleh pengguna-pengguna kenderaan di negara ini. Apatah lagi, ia merupakan penurunan kali ketiga setelah mengalami kenaikan tertinggi, Jun lalu.

Seiring dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia, kerajaan mengumumkan pelarasan harga minyak kali pertama pada 23 Ogos lalu dengan mengurangkan harga petrol sebanyak 15 sen seliter dan lapan sen seliter bagi diesel.

Penurunan harga kali kedua pula berlaku pada 25 September lalu dengan kedua-dua petrol dan diesel dikurangkan 10 sen seliter.

Dengan penurunan kali ketiga iaitu 15 sen seliter bagi petrol dan 20 sen seliter bagi diesel pada minggu lalu, harga runcit petrol RON97 kini ialah RM2.30 dan harga diesel RM2.20 seliter. Ini bermakna, dalam tempoh kurang tiga bulan harga petrol dikurangkan sebanyak 40 sen dan diesel 38 sen keseluruhannya.

Harga minyak di pasaran dunia kini berlegar sekitar AS$80 dolar (RM281.60) setong berbanding paras tertinggi yang dicapai, AS$140 dolar (RM492.80) setong pada Jun lalu.

Walaupun harga minyak telah turun, namun pengguna kini terus berdepan dengan dilema yang baru apabila sesetengah peniaga terus-terusan menaikkan harga barangan 'seolah-olah mereka masih berada pada bulan Jun 2008.'



APA maknanya harga minyak turun jika harga barang tidak berubah? - Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------

Sedangkan pengguna menjangkakan, harga barangan sewajarnya ikut turun apabila harga petrol dan diesel diturunkan kerana faktor itulah yang sering dicanang-canangkan peniaga ketika menaikkan harga barangan dahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diusulkan media pada minggu lalu berhubung rungutan pengguna, meminta agar peniaga mempunyai tanggungjawab sosial dengan menurunkan harga barang.

Justeru, wajarkah jika pengguna memboikot peniaga yang masih berdegil menjual barangan pada harga tinggi?

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman, memboikot bukanlah jalan penyelesaian.

"Bukan boikot, sebaliknya pengguna sendiri perlu bijak membuat pilihan dalam berbelanja. Boikot juga tidak boleh dilakukan kerana ia turut melibatkan barangan keperluan," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

"Tambahan pula, kita tidak boleh memboikot secara membuta-tuli. Pengguna perlu faham, bahawa bukan harga minyak sahaja yang mempengaruhi harga barang. Ia juga bergantung kepada harga barang asas, faktor kenaikan gaji pekerja, insurans dan berbagai-bagai lagi," katanya.

Bagaimanapun, Maamor tidak menolak bahawa terdapat peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan dan golongan ini seharusnya diambil tindakan.



--------------------------------------------------------------------------------

"Tetapi, masalahnya ialah buat masa ini, kita tidak mempunyai undang-undang yang boleh dikenakan kepada peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya meliputi semua barangan," katanya.

Selain aspek undang-undang, Maamor berkata, masalah lain juga ialah pengguna tidak mempunyai satu prasarana yang membolehkan mereka bertanya sama ada sesuatu harga barangan itu dijual pada harga yang berpatutan.

"Kita sering kali mengingatkan pengguna agar bertindak bijak dalam berbelanja dengan membeli barangan yang dijual pada harga berpatutan. Masalahnya, pengguna sendiri tidak disediakan satu prasarana yang membolehkan mereka memberi maklumat atau bertanyakan sama ada sesuatu harga barangan itu dijual pada harga yang patut atau tidak?

"Kerajaan seharusnya menyediakan prasarana sedemikian untuk menjadi rujukan harga bagi pengguna," katanya.

Dalam pada itu, Maamor menasihatkan para pengguna agar terus mengamalkan amalan berjimat cermat walaupun harga minyak sudah turun.

"Seboleh-bolehnya beli barangan yang menawarkan harga patut. Kenal pasti kedai yang menjual barang dengan harga yang munasabah. Membeli barangan di koperasi juga patut diamalkan," katanya.

Berhubung peniaga yang masih menaikkan harga barang, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, satu akta perlu digubal untuk membolehkan hukuman dikenakan kepada pihak terbabit.

"Saya berpendapat, kerajaan seharusnya menggubal satu akta yang boleh mengawal selia harga kesemua barangan seperti Akta Perdagangan Adil di Britain dan Australia. Dengan akta seperti ini, barulah hukuman boleh dikenakan kepada peniaga-peniaga yang rakus menaikkan harga barang," jelasnya sambil menerangkan kawalan selia harga berdasarkan akta tersebut dibuat berasaskan kadar keuntungan munasabah sesuatu perniagaan.

"Dengan itu, peniaga tidak boleh memanipulasi harga barangan yang dijualnya. Sekiranya, sesuatu perniagaan itu mendapat keuntungan melampau daripada yang sepatutnya, harga barangannya akan diselia dan jika didapati bersalah kerana meletakkan harga terlampau tinggi, peniaga boleh dikenakan hukuman," katanya.

Mohd. Yusof juga meminta agar kerajaan melakukan kajian data untuk membezakan barangan yang harganya naik berpunca daripada kenaikan harga minyak dan yang bukan disebabkan faktor tersebut bagi membolehkan tindakan diambil.

"Melalui data itu nanti, barulah kerajaan boleh mengenal pasti peniaga yang menaikkan harga sesuka hati atau sebaliknya," katanya.

Di pihak pengguna pula, Mohd. Yusof menggesa supaya mereka mengamalkan perbelanjaan berhemah dan digalakkan membeli barangan separa jenama yang banyak diusahakan pasar raya kerana ia lazimnya lebih murah.

"Jika selalunya kita membeli susu berjenama popular, cubalah pula kita membeli susu separa jenama seperti susu cap Tesco misalnya. Kualiti, sebenarnya serupa. Di Eropah, barangan separa jenama ini mendapat sambutan yang lebih meluas," katanya.

http://www.kosmo.com.my/21102008

Pengurus besar termuda


Pujiono duduk di sebelah Ulfa isteri keduanya yang berumur 12 tahun di sebuah pondok di Semarang, Indonesia pada Ahad lalu.

--------------------------------------------------------------------------------
SEMARANG – Seorang ahli perniagaan terkenal di Semarang, Indonesia Pujiono Cahyo Wicaksono yang terkenal dengan gelaran Syeh Puji mendedahkan isteri keduanya yang baru berusia 12 tahun, Lutfiana Ulfa, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun masih terlalu muda, isteri keduanya itu diberikan tugas untuk menjadi pengurus besar di beberapa buah syarikat miliknya.

Beliau mempamerkan isteri keduanya itu di pondok pesantrennya kelmarin pada Ahad lalu.

Isteri keduanya itu diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan perniagaan dalam pelbagai bidang seperti kaligrafi dan penerbitan buku agama.

“Dia bakal menjadi pengurus besar termuda di Indonesia. Bahkan, mungkin boleh dikatakan di dunia,” kata Pujiono ketika mengumumkan pelantikan isteri keduanya itu.

Walaupun sudah dilantik secara rasmi menjadi pengurus besar, Ulfa masih menunjukkan sikap malunya ketika diwawancara oleh pemberita.

“Insya-Allah, segala kepercayaan yang diberikan Syeh kepada saya akan saya jalankan dengan sebaik-baiknya,'' ujarnya singkat.

Namun, walaupun dia masih malu-malu, Ulfa turut memberikan jawapan dalam bahasa Inggeris.

Pujiano menjelaskan bahawa isteri pertamanya, Umi Hanni yang berumur 26 tahun tidak sanggup untuk mengendalikan perniagaan menyebabkan beliau memilih tanggunjawab itu diserahkan kepada isteri kedua.

Hanni juga sebelum ini memilih Ulfa untuk dijadikan isteri kedua suaminya.

“Isteri pertama saya tidak sanggup. Kerana itu, saya dicarikan yang usianya muda,” kata Pujiono yang berumur 43 tahun dan mendedahkan bernikah dengan Ulfa pada 8 Ogos tahun lalu. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/21102008

Pengangguran bakal 210 juta


SEJUMLAH broker meneliti prestasi indeks di Bursa Saham Franffurt, Jerman semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

GENEVA - Ketua Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Juan Somavia semalam memberi amaran bahawa krisis kewangan bakal mencatatkan rekod pengangguran global paling tinggi di mana seramai 20 juta pekerja lagi dijangka kehilangan pekerjaan menjelang hujung 2009.

Pertubuhan itu menganggarkan kadar pengangguran global akan meningkat daripada 190 juta pada 2007 ke 210 juta pada lewat 2009.

Somavia berkata, buat pertama kalinya dalam sejarah jumlah pengangguran di seluruh dunia melepasi 210 juta orang.

Menurutnya, populasi pekerja miskin yang memperoleh kurang AS$1 (RM3.52) sehari mungkin meningkat kepada 40 juta orang dan mereka yang memperoleh pendapatan AS$2 (RM7) sehari juga meningkat melebihi 100 juta orang.

Bagaimanapun, Somavia berkata, jangkaan itu mungkin tidak tepat sekiranya kesan-kesan keadaan ekonomi sekarang yang semakin menghampiri kemelesetan tidak ditangani segera.

Sebelum ini, beribu-ribu pekerja telah kehilangan pekerjaan di Wall Street, Amerika Syarikat (AS).

Keadaan itu berlaku kerana, beberapa pusat kewangan lain apabila beberapa buah bank muflis atau terpaksa bergabung akibat krisis berkenaan.

Bagaimanapun, ILO memberi amaran situasi itu bakal berlaku kepada pekerja biasa selepas beberapa sektor termasuk pembinaan, automotif, pelancongan, perkhidmatan dan hartanah terjejas akibat krisis kewangan tersebut. - AFP

http://www.kosmo.com.my/21102008

Lagi bergaduh SMK Perlis - Sebelum ini pelajar perempuan didakwa tendang guru

Oleh ZAID MOHD. NOOR
zaid.mohdnoor@yahoo.com.my




BEBERAPA pelajar dibawa oleh guru kepada pegawai polis untuk diambil keterangan berhubung pergaduhan di SMK Perlis semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KANGAR – Selepas kejadian pelajar perempuan tingkatan dua menendang seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini Khamis lalu, insiden pergaduhan melibatkan pelajar tercetus lagi di sekolah sama semalam.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, pihak sekolah terpaksa meminta bantuan polis bagi meleraikan pergaduhan yang berlaku di belakang bangunan sekolah tersebut.

Kumpulan pelajar yang bergaduh enggan mendengar arahan guru supaya berhenti bergaduh.

Ekoran kejadian itu, beberapa ibu bapa dan penjaga pelajar terbabit bergegas ke sekolah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah berkata, pihaknya menghantar beberapa anggota polis selepas menerima laporan mengenai pergaduhan yang tercetus.

Menurut beliau, selepas kehadiran beberapa anggota polis, pergaduhan itu dapat dikawal.

Yusof memberitahu, ekoran kejadian itu beberapa pelajar yang terlibat dalam pergaduhan itu telah dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan.

http://www.kosmo.com.my/21102008

2 beradik lari rumah sebab jadi mangsa dera

Oleh TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my




Salah seorang daripada kanak-kanak yang disyaki didera keluarga sendiri dirawat di Hospital Ampang semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki menghubungi polis sebaik menjumpai dua beradik perempuan dalam basah kuyup di sebuah pasar raya di Bukit Belacan di sini membongkar satu rahsia apabila mereka dipercayai menjadi mangsa dera.

Semasa ditemui pukul 5 petang kelmarin, kedua-dua beradik berusia lima dan sembilan tahun itu berjalan dalam hujan lebat dan tidak mempunyai arah tuju.

Lelaki yang bersimpati dengan kedua-dua beradik itu kemudian membawa mereka pulang ke rumahnya di Lembah Jaya sebelum menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, dua jam sebelum kanak-kanak itu ditemui, polis menerima satu laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anaknya diculik.

"Wanita itu mendakwa kedua-dua anaknya diculik di sekitar rumahnya di Taman Melor yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tempat lelaki itu menemui mereka,'' kata beliau.

Malah menurutnya, wanita berusia 32 tahun dan merupakan suri rumah itu mendakwa kedua-dua anak perempuannya telah diculik dua lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Katanya, bagi menyakinkan polis, wanita itu mendakwa kejadian itu disaksikan oleh jirannya.

http://www.kosmo.com.my/21102008

Harga ayam naik lagi?


HARGA ayam di pasaran dijangka naik menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut pada minggu depan.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Harga ayam di pasaran sekitar ibu negara yang mengalami sedikit penurunan selepas Aidilfitri lalu dijangka meningkat semula kira-kira 50 sen menjelang sambutan Deepavali.

Menurut sumber dari pasar Pudu di sini, kenaikan tersebut dipercayai disebabkan permintaan yang bertambah daripada pengguna yang akan berbelanja lebih pada perayaan tersebut.

Katanya, ketika ini harga ayam dijual sekitar RM6.50 sekilogram dan hanya mengalami penurunan yang sedikit antara RM1 dan 50 sen selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

"Malah, walaupun kerajaan telah menurunkan harga bahan bakar, peniaga tidak dapat menurunkan harga ayam di bawah RM6 kerana pemborong masih menjual pada harga biasa iaitu RM5.40 atau RM5.50 sekilogram.

"Alasan mereka, harga dari pembekal pun tidak turun banyak dan Deepavali yang dekat ini, pemborong mungkin rancak menaikkan harga semula," katanya ketika dihubungi di sini.

Mengulas lanjut kenaikan yang akan berlaku itu, sumber terbabit meminta agar orang ramai tidak mengeluh atau terkejut sekiranya harga naik mendadak nanti kerana ia telah dijangkakan berdasarkan trend pada tahun lalu.

Sementara itu, seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Rahim dari pasar borong Sungai Besi menyatakan, kenaikan tersebut tidak dapat dipastikan lagi, namun desas-desus mengenainya di kalangan peniaga mula diperkatakan.

"Jika kenaikan itu berlaku, kami tidak dapat elakkan, lagi pun sudah sekian lama kami hanya mengambil untung sekitar RM1 dari jualan ayam tersebut," ujarnya.


http://www.kosmo.com.my/21102008

Kena tunggu lima bulan

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my




ORANG ramai masih tertunggu-tunggu penurunan harga barangan keperluan di sebalik penurunan tiga kali harga minyak. - Gambar hiasan.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Samad membayangkan penurunan harga barangan keperluan akan berlaku dalam tempoh empat atau lima bulan dari sekarang.

Menurutnya, penurunan harga itu akan melibatkan beberapa barangan keperluan seperti beras, tepung, jagung dan minyak sawit.

"Sudah tiga kali penurunan harga minyak diumumkan, jadi selepas empat atau lima bulan harga minyak dunia turun, baru kita akan dapat lihat penurunan harga barang," katanya selepas menghadiri majlis meraikan lebih 40 golongan orang kurang upaya (OKU) sempena perayaan Deepavali anjuran pasar raya Carrefour di Subang Jaya semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Shaani Abdullah yang ditemui pada majlis itu memberitahu, beberapa persatuan pengguna dan agensi lain juga akan melibatkan diri membantu kerajaan menurunkan harga barang.

"Persatuan akan berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk mengadakan kempen menurunkan harga barang selain mewujudkan satu mekanisme harga barang untuk pengguna, peniaga dan pemborong," katanya.

http://www.kosmo.com.my/21102008

Aksi 'Tayangan Perdana'

Oleh WARTAWAN Kosmo!
berita@kosmo.com.my



SEORANG pelajar perempuan bersandar di dinding sebelum melakukan 'aksi panas' di sebuah sekolah di Dungun baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA TERENGGANU - Belum pun reda isu rakaman klip video aksi panas membabitkan pelajar, kes seumpama itu dikesan berlaku pula di sebuah sekolah di kawasan pedalaman di Dungun, di sini.
Klip video berjudul 'Tayangan Perdana' itu menggemparkan pelajar sekolah tersebut kerana melibatkan seorang pelajar perempuan yang selama ini dianggap berakhlak.

Paling mengejutkan, aksi ghairah itu dirakam oleh seorang remaja lelaki menggunakan telefon bimbit di dalam sebuah kelas kosong di sekolah itu.

Turut mendukacitakan, aksi tersebut berlaku dalam keadaan pelajar perempuan belasan tahun itu berpakaian sekolah lengkap dengan lencana.

Wartawan Kosmo! yang meneliti klip video itu mendapati ketika rakaman, kedengaran suara seorang remaja lelaki mengarahkan pelajar perempuan melakukan aksi-aksi ghairah.

Aksi panas yang baru mahu bermula itu bagaimanapun tidak berterusan apabila pelajar perempuan itu mengesahkan kepada pasangannya bahawa dia 'uzur'.

Seorang peneroka Felda yang hanya mahu dikenali sebagai Kasiman, 46, berkata, rakaman klip video lebih dua minit itu dipercayai dibuat baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, klip video itu dipercayai beredar dan menjadi sebutan di kalangan orang ramai di tanah rancangan berkenaan kira-kira seminggu lalu.

"Klip itu kemudiannya dikatakan jatuh ke tangan peneroka Felda lalu tersebar dengan begitu pantas hingga dalam tempoh 24 jam saja ramai orang tahu.


http://www.kosmo.com.my/21102008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...