Tuesday, November 23, 2010

'Kalau Zaid teruskan, Azmin tetap mampu menang'

'Kalau Zaid teruskan, Azmin tetap mampu menang'

Abdul Rahim Sabri
Nov 21, 10
9:11am


Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata, beliau yakin Azmin Ali mampu menang dalam perebutan kerusi nombor dua parti itu walaupun sekiranya Datuk Zaid Ibrahim tidak menarik diri sebelum ini.

NONE "Saya rasa dia (Azmin) boleh menang. Saya percaya kalau Zaid masuk pun, dia (Azmin) boleh menang.

Saya percaya Zaid pun tahu, kerana dia tahu trend pencalonan.

"Tapi bila kita tahu, (sepatutnya) jangan memburukkan parti. Kenapa salahkan orang sahaja," katanya.

Dr Syed Husin berkata, sewaktu membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang, persaingan bagi mengisi kekosongan itu memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun, tambahnya, "tak sangka menjadi teruk sehingga ada pihak yang mengecam dan memburukkan parti dan pimpinan dengan bekerjasama dengan pihak luar yang memusuhi parti".

Tak baca

"Pihak luar, misalnya media yang akan kaitan dengan parti-parti tertentu. Sebab pemilihan ini bukan sahaja dikomen buruk oleh media tertentu, tetapi juga dikomen oleh pemimpin parti politik tertentu," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini kelmarin.

azlan Bagi Dr Syed Husin, insiden "memburukkan parti dan pimpinan" itu dimulai dengan tindakan Zaid mengkritiknya sebagai nyanyuk ekoran temubualnya dengan portal berita Merdeka Review

"Saya percaya dia (Zaid) pun tidak baca interbiu itu. Kalau dia baca, dia tak akan tuduh saya (yang) menyatakan saya menuduh dia. Sebab saya tidak beri indikasi untuk memihak kepada sesiapa.

"Tapi dah jadi begitu... itu pun saya tidak menjawab. Bila sebut saya nyanyuk, nyanyuklah. Jadi saya tidak layan, sebab (ia) personal. Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk," katanya sambil ketawa.

(Zaid bagaimanapun menafikan menggunakan gelaran itu kepada Dr Syed Husin, sebaliknya menyebut beliau sebagai "nyanyu" atau merepek.)

Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA mendedahkan, pada waktu itu terdapat cadangan supaya Zaid dikenakan tindakan displin susulan tindakan itu.

Nilai dengan kata-kata, tindakan

Bagaimanapun, tambahnya lagi, parti merasakan "kalau (tindakan) diambil displin, (ia) akan ditafsirkan seolah-oleh menyekat beliau untuk bertanding" dalam pemilihan parti.

"Tapi apa yang dilakukannya melanggar disiplin dengan serang parti dan kecam pimpinan. Semua itu melanggar displin. Dan memang dari awal sifatnya begitu," katanya.

NONEMengulas dakwaan bahawa Zaid adalah "kuda trojan" atau musuh dalam selimut bagi memporak-perandakan parti, Dr Syed Husin berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya.

"(Itu kamu) kena tanya dialah...Tetapi seseorang itu, kita boleh dinilai dengan kata-kata dan tindakannya," katanya.

Mengimbau kembali pertemuannya dengan Zaid di Petaling Jaya setahun lalu, sebelum bekas menteri itu menyertai PKR, Dr Syed Husin berkata, beliau ketika itu berharap agar penyertaan seseorang dalam parti itu dibuat dengan niat baik.

"Tetapi saya kecewa, bila belum sempat beberapa bulan menjadi anggota, dia mulai serang parti kerana (apa yang berlaku) tidak sesuai dengan kehendak dia.

"Jadi, saya rasa perbuatan ini tidak baik dan susah diterima," katanya yang juga ahli Dewan Negara.

http://malaysiakini.com/news/148738

PERKASA tak minat jadi ahli bergabung BN

Abdul Rahim Sabri
Nov 20, 10
5:13pm

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) setakat ini lebih berminat untuk tidak bergabung atau menjadi ahli bersekutu dengan mana-mana parti politik kerana "mahu kekal bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak".

"Apa jua dasar yang baik untuk rakyat, selari dengan perlembagaan negara, PERKASA akan bagi sokongan kepada mana-mana pihak," kata setiausaha agungnya Syed Hasan Syed Ali.

syed hassan syed aliDalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini petang ini, Syed Hasan (kanan) bagaimanapun menyerahkan keputusan muktamad untuk memohon menjadi ahli gabungan BN kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA pada Mac tahun depan.

"Ia (merupakan) perkara dasar, maka keputusan terletak kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA," katanya menjawab soalan sama ada pertubuhan Melayu itu berminat menjadi ahli bergabung dengan BN setelah keahlian baru itu diluluskan parti itu tengah hari tadi.

Selain meluluskan ahli bersekutu secara keahlian langsung Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan keputusan dewan tertinggi parti yang meluluskan menerima mana-mana NGO, pertubuhan atau persatuan untuk menjadi ahli bergabung dalam parti itu.

najib at bn leaders mca function in permatang pauh 250808 02Najib (kiri) bagaimanapun menegaskan bahawa peraturan atau keputusan tentang ahli bergabung akan diputuskan oleh dewan tertinggi BN selepas mengambil kira pandangan parti komponen.

Sebelum itu, bercakap kepada Malaysiakini, Syed Hasan berkata sukar bagi pertubuhan itu menjadi ahli gabungan kerana ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.

Malah, beliau juga sendiri masih belum faham apakah maksud dan pendekatan sebenar "ahli gabungan" seperti mana yang diumumkan oleh Najib itu.

"Kita tengok (dahulu) apa pendekatan BN. Dan apabila sudah faham, kita akan berfikir semula... Sukar untuk menerima jemputan (sebagai ahli bergabung) sebab ahli kita pelbagai latar belakang," katanya.

Sementara itu Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah pula menjangkakan kemungkinan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi NGO itu dua minggu lagi.

Pertubuhan yang diketuai ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali itu sering dikaitkan dengan Umno - tulang belakang BN - terutamanya oleh pembangkang.

http://malaysiakini.com/news/148717

BN juga terima NGO jadi ahli bergabung

Abdul Rahim Sabri
Nov 20, 10
2:33pm

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, selain parti politik, dewan tertinggi BN hari ini juga meluluskan menerima mana-mana NGO, pertubuhan atau persatuan untuk menjadi ahli bergabung dalam parti itu.

"Ini adalah outreach kita kepada yang ingin bekerjasama dengan perjuangan BN," kata pengerusi BN.

najib razak bn meeting 201110Bercakap dalam sidang media di Pusaat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Najib bagaimanapun menegaskan bahawa peraturan atau keputusan tentang ahli bergabung akan diputuskan oleh dewan tertinggi BN selepas ini.

"Kita tidak tentukan di sini (kerana) kita mengambil kira pandangan parti komponen. Tapi keputusan hari ini adalah sebulat suara.

"Setiap masalah ditangani bersama dalam kaedah membuat keputusan dalam BN," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi BN.

Sementara itu, BN juga hari ini sebulat suara memutuskan memperkenalkan ahli bersekutu dalam parti itu, tetapi hak dan keistimewaan mereka tidak sama dengan keahlian melalui parti komponen.

http://malaysiakini.com/news/148702

Rosmah undur diri jawatan canselor Unisel

Nov 20, 10 4:42pm

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program Permata.

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel kali ini.

"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 akan tamat kontrak perkhidmatan Feb depan.

MB: Terima kasih atas jasa, pengorbanan

Rosmah berkata sejak menjadi Canselor Unisel lima tahun lepas, beliau menyaksikan banyak perkembangan dan kemajuan yang dikecapi institusi itu dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada rakyat Malaysia.

"Perkembangan Unisel makin lama makin baik, jumlah penuntut pun makin ramai. Masa saya masuk dulu, Unisel hanya menawarkan kursus ijazah pertama tetapi sekarang mereka menawarkan kursus sarjana," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam satu sidang akhbar pada majlis yang sama mengucapkan terima kasih kepada Rosmah di atas jasa dan pengorbanannya dalam menaikkan imej Unisel.

Beliau berkata pengumuman mengenai Canselor Unisel baru akan dibuat dalam masa terdekat setelah mendapat persetujuan pejabat Sultan Selangor.

"Pelantikan ini sangat penting bagi kerajaan Selangor sebab melihat bidang pendidikan sebagai perkara utama yang perlu dibangunkan bagi menjadikan Selangor negeri berilmu," katanya.

Abdul Khalid juga menyeru semua pihak agar jangan membuat sebarang spekulasi mengenai pelantikan Canselor Unisel dan sebaliknya menunggu pengumuman rasmi Pejabat Sultan Selangor dan kerajaan negeri.

--Bernama

http://malaysiakini.com/news/148714

Amanat Anwar bidas 'sahabat' lama

Amanat Anwar bidas 'sahabat' lama

S Pathmawathy
Nov 20, 10
4:27pm

Amanat penting Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinanti-nantikan penyokong PKR beberapa minggu sebelum kongres PKR minggu depan nampaknya berkisar soal calon timbalan presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

selangor pkr gathering 201110 swearing Memberitahu enggan mengulas mengenai tindakan Zaid yang mahu meninggalkan PKR 16 Disember depan, Anwar bagaimanapun ketika menyampaikan ucapannya di hadapan 1,500 hadirin di Shah Alam berkata:

"Kenapa saya perlu cakap tentang Zaid? Ini bukan tugas saya. Tugas saya untuk mengukuhkan parti," kata ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu.

Bagaimanapun, Anwar berkata tidak akan sesekali "bertolak ansur" dengan mana-mana pihak yang memburukkan perjuangan lebih sedekad PKR dan "mengejek" pemimpinnya.

"Sesetengah pramg berkata saya tidak neutral, menuduh saya memihak, tetapi biar saya beritahu sekarang, pilih siapa sahaja, tapi bukan orang yang mengkritik kita menggunakan media milik Umno," katanya.


[Baca berita penuh]

Najib: Hak ahli bersekutu BN tak sama

Abdul Rahim Sabri
Nov 20, 10
1:28pm

Walaupun dewan tertinggi BN hari ini sebulat suara memutuskan memperkenalkan ahli bersekutu secara keahlian langsung dalam parti itu, tetapi hak dan keistimewaan mereka diputuskan tidak sama dengan keahlian melalui parti komponennya.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak, hak dan keistimewaan ahli bersekutu itu akan diputuskan kemudian oleh dewan tertinggi parti itu.

najib razak bn meeting 201110"Sesiapa yang ingin, boleh memohon menjadi ahli bersekutu.

"Kita ingin memperlihatkan bahawa BN bersifat inklusif, (dasar) pintu terbuka kepada (sesiapa) yang percaya konsep perjuangan BN," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Kumpur hari ini.

Perdana menteri berkata perkara itu - sebagai sebahagian daripada pindaan perlembagaannya - antara beberapa keputusan bersejarah dalam gabungan 13 parti komponen itu.

Menurut Najib, ahli yang pernah menyertai pembangkang dan ingin menyertai BN sebagai ahli bersekutu, perkara itu akan ditentukan oleh dewan tertinggi BN.

Bagaimanapun, beliau yang juga ahli parlimen Pekan menegaskan tidak dibenarkan seseorang yang menjadi ahli parti kompenen dan keluar parti untuk menjadi ahli bersekutu.

barisan nasional bn 181110Dalam sidang media itu juga, Najib memberitahu, dewan tertinggi BN juga mahu memperkenalkan kelab sahabat BN kepada sesiapa sahaja yang ingin "menjadi sahabat" kepada BN.

Katanya dewan tertinggi juga mahu mewujudkan kelab rakan muda BN kepada golongan muda berumur 18 hingga 21 tahun "yang ingin menyokong dan menghayati perjuangan BN".

Najib berkata pindaan perlembagaan yang diputuskan berkuatkuasa hari ini dan akan dimaklumkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas ini.

Mengulas mengenai konvensyen BN 28 November ini, Najib berkata persiapan berhubung majlis tersebut telah diatur.

Katanya tema persidangan tersebut berkisar sekitar konsep BN yang mendahului kepentingan rakyat dan selaras dengan tema konsep 1Malaysia.

http://malaysiakini.com/news/148695

Hadi: Memali berdarah kerana takut berhujah

Nov 20, 10 12:41pm

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan peristiwa berdarah Memali yang berlaku 25 tahun lalu menggambarkan kemuncak 'ketakutan' Umno untuk berhujah dengan PAS.

Katanya, semuanya bermula apabila PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno, seterusnya membawa kepada cadangan perdebatan antara kedua-dua wakil parti, lapor Harakahdaily.

hadi awang 010807 "PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima. Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.

"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga ahli parlimen Marang ketika merasmikan sambutan ulang tahun memperingati peristiwa Memali di Baling, malam tadi.

NONEBermula semalam, Pemuda PAS menganjurkan sambutan tiga hari jubli perak memperingati peristiwa pada tahun 1985 itu, yang menyaksikan 14 orang terbunuh ketika menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim dan pengikutnya kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menggugat keselamatan negara.

Pengisian sepanjang program itu, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

NONE Abdul Hadi mendakwa, kerajaan kemudiannya memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan menggunakan akta ISA untuk menahan pemimpin parti Islam itu.

Menurut akhbar web PAS juga, Abdul Hadi berkata, ramai pemimpin PAS ditahan polis ketika itu walaupun Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya masih bebas.

"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah. Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.

"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," dakwa Abdul Hadi lagi.

http://malaysiakini.com/news/148690

Syed Husin: Siapa nak keluar PKR, keluarlah

Syed Husin: Siapa nak keluar PKR, keluarlah

Abdul Rahim Sabri
Nov 20, 10
10:32am

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali tidak risau dengan sekiranya terdapat anggota parti itu bercadang untuk keluar parti dan menyertai parti baru yang dicadangkan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Tokoh PKR itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pembersihan dalam parti itu yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu.

NONE"Bagi saya mudah sahaja. Siapa yang nak keluar... keluarlah. Ini bagi saya (satu) proses pembersihan dalam parti.

"Saya selalu katakan, bila sampah sarap berlalu, sungai akan menjadi jernih... Saya tidak risau dan ramai pemimpin tidak risau," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.

Menurutnya, situasi tersebut bukan dialami oleh PKR sahaja, malah sebelum ini PAS dan DAP turut mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu.

"Ini bukan pengalaman PKR (sahaja). Parti yang tua, yang kelihatan lebih kuat, sudah mengalami (perkara ini). (Dalam) PAS sendiri apabila presidennya sendiri (Datuk) Asri (Muda tinggalkan parti)," katanya senator itu.

Hak Zaid

Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang media pagi semalam tidak menolak kemungkinan ramai anggota PKR akan menyertainya keluar parti.

NONEDalam sidang media di kediamannya, Zaid memilih 16 Disember depan sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu setelah menghantar surat peletakkan jawatannya semalam.

Beliau juga memutuskan untuk menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas mengenai keputusan Zaid tersebut, Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA berkata, ia merupakan hak Zaid untuk berbuat demikian.

"Rakyat yang akan menentukan sama ada parti itu mempunyai masa depan (atau tidak). Tapi dia konsisten bahawa dia mahu bertanding dan masuk ke dalam parlimen. Terserah (kepada) rakyat (untuk menetukannnya)," katanya.

Ditanya sama ada PKR dan Pakatan Rakyat mahu berkejasama dengan parti baru itu, Dr Syed Husin berkata parti itu akan melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Sekejap nak, sekejap tak nak

"Dalam masa sekarang bukan kita (PKR) akan putuskan," katanya.

Dr Syed Husin yang turut mempersoalkan sikap Zaid "yang tidak tetap pendirian" dan "sekejap berubah-ubah".

NONE"Perkara kecil sahaja, (contohnya) sekejap nak ada sidang akhbar, sekejap tak nak. Sekejap nak adakan balik.

"Sekejap nak bertanding presiden, sekejap nak bertanding timbalan. Sekejap kata nak berundur sekira seorang itu mengambil bahagian. Bila orang itu mengambil bahagian, dia tak mahu berundur.

"Jadi perkara seperti ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kebenaran apa?" katanya ketika mengulas kenyataan Zaid yang mahu menubuhkan parti baru "berteraskan kebenaran".

http://malaysiakini.com/news/148683

MB alukan SPRM siasat Yayasan S'gor

Nov 19, 10 7:45pm

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan supaya Datuk Seri Noh Omar menyerahkan semua bukti Yayasan Selangor 'membelanjakan lebih RM800,000 untuk majlis ulang tahunnya' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

khalid ibrahimAbdul Khalid berkata Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani lebih tahu seharusnya menyerahkan semua bukti yang didakwa dimilikinya itu kepada SPRM bagi membantu suruhanjaya menyiasat (perbelanjaan) Yayasan Selangor.

"Saya juga ada jumpa dia (Noh) di masjid tadi dan isu ini juga masih dalam penyiasatan jadi saya tidak boleh mengulas lanjut," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong royong dan doa selamat pembinaan Masjid Baru Pekan Jeram, di Kuala Selangor hari ini.

Mengulas mengenai pejabat yayasan itu didatangi SPRM semalam, Abdul Khalid berkata itu tugas SPRM dan selaku pengerusi yayasan berkenaan beliau sedia memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.

noh omar"Saya juga telah menghubungi pegawai di Yayasan Selangor dan meminta mereka memberikan kerjasama kepada SPRM.

"Saya amat mengalu-alukan siasatan SPRM supaya isu ini lebih terbuka dan ia satu usaha yang baik untuk mengemaskini pentadbiran kerajaan negeri agar lebih telus dan bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor ketika ditemui di Tanjong Karang berkata beliau difahamkan Pemuda UMNO negeri itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya petang tadi berhubung isu yayasan itu.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran berhubung laporan itu.

"Saya dimaklumkan kerajaan Selangor telah melantik badan audit profesional untuk meluluskan penganjuran sebarang aktiviti dan saya minta mereka dedahkan laporan perbelanjaan berkaitan isu itu (Yayasan Selangor) kepada rakyat," katanya.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/148657

'Perubahan kontroversi dalam deraf awal BN'

S Pathmawathy
Nov 19, 10
7:33pm

Perubahan kontroversi perlembagaan BN terdapat dalam salah salah daripada deraf awal pindaannya, kata Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, hari ini beliau menyerahkan deraf keempat yang disediakan jawatankuasa itu sejak beberapa bulan lepas untuk dibincangkan dalam konvensyen BN esok.


hishammuddin hussein home ministry 140409 talking"Seperti biasa kerangka kerja perlu dibuat lebih awal dan jawatankuasa kepada pindaan hari ini, sedikit sebanyak telah mendapat konsensus dan pandangan yang cukup untuk dibentangkan esok," katanya yang juga naib presiden Umno.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan sebelum ini supaya amalan lama BN berdasarkan mekanisme kesepakatan digantikan dengan persetujuan berdasarkan sokongan majoriti.

Media melaporkan secara meluas bahawa cadangan keanggotaan langsung dalam salah satu deraf itu menzahirkan kebimbangan parti komponennya menjadi tidak lagi relevan.

Sementara itu, Bernama melaporkan, menurut Hishammuddin, yang penting adalah untuk menunjukkan BN bukan sahaja terbuka kepada pandangan tetapi juga realistik dalam pindaan yang akan dibawa.

"Sebab itu kita perlu kebijaksanaan dalam melaksanakan perubahan ini... kita dalam BN seperti mana dalam Umno dulu mengambil kira keadaan di bawah dan tidak berkisar kepada retorik semata-mata," katanya.

MCA: Bincang lagi peranan ahli bersekutu

Hishammuddin juga berkata BN perlu mengambil kira suasana politik yang berubah mengikut musim.

"Jadi apa juga keputusan yang kita buat jangan sampai mengikat kita dan menjejaskan BN. Kita perlu lihat ke hadapan, sebab itu semua pandangan, teguran, cadangan dari setiap parti komponen perlu diambil kira.

"Saya agak puas hati, agak lebih mudahlah daripada apa yang terpaksa kita lalui dalam Umno dulu (pindaan perlembagaan)," katanya.

mca 140910 chua soi lek"Semua ini baru draf, belum ada satupun yang dipersetujui."

Sementara itu, agensi berita nasional itu turut melaporkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, ketika membincangkan pindaan perlembagaan BN dan perkara berkaitan ahli bersekutu atau ahli bergabung dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BN hari ini, anggota parti komponen mempunyai pandangan berbeza.

"Rata-rata semua setuju kita boleh menerima kawan-kawan BN. Tetapi soal peranan yang harus diberikan kepada mereka (perlu dibincangkan lagi)," kata Chua.

Mesyuarat yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN.

http://malaysiakini.com/news/148653

Tahanan aktivis: Majistret buat 'kesilapan besar'

Humayun Kabir
Nov 19, 10
7:04pm

Mahkamah Majistret didapati membuat 'kesilapan besar dalam undang-undang” ketika menjatuhkan hukuman bersalah ke atas empat aktivitis masyarkat dari Kampung Baru Kuala Kuang di Chemor, Perak kerana terbabit dengan perhimpunan haram di hadapan balai polis Kuala Kuang pada 1 April, 2001.

NONESehubungan dengan itu, pesuruhjaya kehakiman, Mahkamah Tinggi Ipoh, Choong Siew Kim membenarkan permohonan mereka mengketepikan hukuman bersalah itu serta memerintahkan supaya denda RM5,000 yang dikenakan ke atas mereka dipulangkan semula.

“Majistret membuat kesilapan besar apabila tidak mengambil kira bukti di mana mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (3) tetapi menghukum mereka di bawah Seksyen 27 (2) Akta Polis.

“Beliau gagal mempertimbangkan bukti yang relevan terhadap pindaan dakwaan yang merupakan dakwaan tunggal terhadap keempat-empat yang dituduh itu,” kata Choong.

Beliau juga memerintahkan keempat-empat aktivis masyarakat itu dibebaskan tanpa perbicaraan semula.

kuala kuang committee memo submission 131005 group standing“Adalah tidak adil bagi keempat-empat tertuduh menjalani perbicaraan semula kerana kes ini telah tertangguh hampir 10 tahun sebelum keputusan diberikan,” katanya.

Keempat-empat mereka adalah penyelaras kebangsaan Parti Sosialis Malaysia (PSM), K Kunasekaran; pengerusi jawatankuasa anti-bau busuk Kuala Kuang, Chai Sing Chong dan dua ahli jawatankuasanya, Tan Kin Siah dan Chong Min Tow.

Mereka adalah sebahagian daripada jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menentang pencemaran udara yang dikatakan menjejaskan penduduk Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor yang didakwa pada 25 Oktober, 2002.

ipoh ktm land title dispute 290609 g balasunderamKampung berkenaan dilanda bau busuk dan pencemaran alam sekitar akibat daripada operasi sebuah kilang getah berhampiran yang didakwa menjejaskan 500 keluarga.

Pada Februari 2010, mejistret Shah Wira Abdul Halim menjatuhkan hukuman bersalah ke atas mereka kerana gagal memiliki permit dalam menagdakan perhimpunan dan mengenakan denda RM5,000 serta penjara dua minggu ke atas keempat-empat mereka.

Aktivis berkenaan diwakili oleh peguam G Balasunderam (kiri), M Vengetraman, D Raja Singam, T Ellanggovan dan Cheang Lek Choy.

Namun Selasa lalu, Balasunderam yang baru pulang dari kerja diserang empat lelaki yang bersenjata di rumahnya di Ipoh sehingga menyebabkan kematiannya.

kuala kuang environmental activist 260210 kunasekaranVengetraman berkata rakannya itu seringkali memperjuangkan kes-kes masyarakat yang terpinggir secara pro-bono. Bagi kes ini, beliau telah meletakkan asas yang kukuh sehingga membolehkan rayuan mereka hari ini berjaya.

Kunasekaran (kanan) pula berkata keempat-empat mereka amat berterima kasih kepada Balasunderam kerana menegakkan keadilan kepada mereka sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.


http://malaysiakini.com/news/148648

Parlimen Mahasiswa masih dibayangi Auku

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria mendakwa Parlimen Mahasiswa di negara ini masih dibayangi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), berbeza dengan Parlimen Mahasiswa yang diwujudkan di United Kingdom.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, Parlimen Mahasiswa yang merupakan inisiatif KPT tidak memberikan kebebasan yang sepenuhnya kepada mahasiswa untuk berperanan sebagai suara ketiga.

"Di UK seperti mana yang kita ketahui, Parlimen Mahasiswa ditubuhkan,mereka mempunyai akta khusus menyebabkan mahasiswa yang memberikan pandangan dalam forum tersebut mempunyai kebebasan untuk menyatakan pandangan-pandangan mereka.

"Di Malaysia kita masih lagi mempunyai sekatan-sekatan seperti Auku yang menghalang kebebasan mahasiswa daripada menyuarakan pandangan.

"Sejauh mana inisiatif yang dibuat oleh menteri boleh memberikan mahasiswa suara yang ketiga dalam pembangunan negara kita?" soal beliau.

Di Malaysia, hanya Universiti Sains Malaysia (USM) yang melaksanakan model Parlimen Mahasiswa manakala di IPT-IPT lain diwujudkan sudut pidato.

Nasir dalam soalan asalnya meminta Menteri Pengajian Tinggi (KPT) menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Parlimen Mahasiswa (Student Parliament/Youth Parliament) seperti mana yang dilaksanakan di UK sebagai bukti keterbukaan kerajaan mengiktiraf suara mahasiswa sebagai suara ketiga dalam menjadi rakan pembangunan negara dan juga menggalakkan mahasiswa terlibat secara progresif dan positif dalam politik negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung dalam jawapannya memberitahu bahawa KPT sememangnya menyokong dan menggalakkan pelaksanaan program-program pembangunan sahsiah pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk melalui pembentukan Parlimen Mahasiswa.

"Sesuai dengan kuasa autonomi yang ada pada IPT, Naib-Naib Canselor telah diberi kuasa dalam menguruskan hal-hal berkaitan perkara ini di IPT masing-masing," kata beliau.

Menurutnya, setakat ini USM telah melaksanakan model Parlimen Mahasiswanya yang tersendiri secara rasmi pada 23 Oktober lalu dengan dikenali sebagai Dewan Perundingan Pelajar (DPP).

Beliau bagaimanapun tidak menjawab persoalan sebenar mengenai kekangan mahasiswa di bawah Auku.

Sementara itu, Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan) pula mahu kerajaan mewujudkan secara keseluruhan Parlimen Mahasiswa.

"Persoalannya sekarang dengan keyakinan jitu daripada kementerian,apa halangannya untuk pihak kerajaan mewujudkan secara total Parlimen Mahasiswa kerana mahasiswa ini adalah aset negara.

"Daripada awal kita latih mereka, didik mereka bagaimana menjadi wakil rakyat, bagaimana nak bincang isu-isu yang relevan," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29530:parlimen-mahasiswa-masih-dibayangi-auku&catid=1:utama&Itemid=50

Usul bincang kekeliruan Aidiladha ditolak

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Usul tergempar yang dikemukakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub agar membincangkan isu tarikh Aidiladha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi dewan ditolak dalam kamar.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul di bawah perkara 18 (1) itu atas alasan ianya sudah dibincangkan sebelum ini.

Sehubungan itu, Salahuddin dalam dewan hari ini bangkit menggunakan peraturan 14 (1)(i) memohon Menteri Di Jabatan Perdana Menteri memberikan penerangan mengenai isu yang menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini.

Timbalan speaker, Datuk Ronald kiandi bagaimanapun tidak menerima permohonan itu kerana usul berkenaan telah ditolak dalam kamar.

Sementara itu, Salahuddin dalam sidang media di lobi Parlimen selepas itu memberitahu, beliau akan menghantar satu notis kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta menteri atau timbalan menterinya hadir ke parlimen esok memberikan penjelasan.

"Saya bangkit tadi menggunakan peraturan 14 (1) (i) saya memohon pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh menggunakan peraturan 14 (1)(i) dalam memberikan penerangan untuk mengambil tanggungjawab menjelaskan isu ini.

"Saya tak ada peluang lagi untuk membahaskan isu ini kerana perbincangan di peringkat jawatankuasa kementerian-kementerian, JPM telah selesai," kata beliau yang juga naib presiden PAS.

Beliau turut mempersoal kelewatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kekeliruan berkenaan.

"Jakim mengeluarkan kenyataan rasmi yang disiarkan dalam semua media kerajaan pada 21 November sedangkan hari raya Aidil Adha di negara ini pada 17 November.

"Setelah saya masukkan usul ini dan disiarkan media barulah Jakim memberikan penjelasan tentang hari tasyrik dan beri penjelasan kenapa hari raya Aidil Adha berselisih dua hari dengan tarikh wukuf di Arafah.

"Saya berasa sepatutnya apabila pihak kerajaan mendapat tahu bila hari wukuf di Arafah, JPM dan Jakim mesti memberikan penjelasan kepada rakyat di negara ini paling lewat pun pada 14 November," katanya.

18 November lalu, Salahuddin mengemukakan usul berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam usul tersebut, beliau mendakwa sambutan Aidil Adha pada Rabu lalu "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".


LIHAT VIDEO SIDANG MEDIA

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29529:usul-bincang-kekeliruan-aidiladha-ditolak&catid=1:utama&Itemid=50

Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

"Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.

Beliau mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mengikut secara membabi buta cadangan kerajaan pusat dan negeri BN membubarkan Parlimen dan Dun mereka.

"Kita mesti ada kuasa tawar menawar. Kalau kita ikut sahaja kehendak mereka bermakna, mereka sentiasa menetapkan kehendak mereka dan kita mengikut mereka sahaja," kata Husam dalam satu kenyataannya.

PRU 13 dikatakan akan diadakan pada awal tahun depan iaitu antara Mac atau April 2011.

Bendahari PKR yang juga anggota Parlimen Selayang, William Leong berkata, pihaknya mendapat maklumat ia akan diadakan April tahun depan iaitu serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Para media BN pula diarahkan agar memainkan berita baik untuk BN bagi melahirkan rasa senang rakyat kepada parti yang memerintah negara itu di samping memburuk kerajaan Pakatan Rakyat.

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim meninggalkan PKR selepas tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden telah dijadikan modal oleh media BN untuk menghuruharakan PKR.

Pemilihan dalam PKR juga dihebohkan kononnya berlaku kekecohan besar dalam parti itu, walaupun PKR menegaskan ia hanya kekecohan kecil sahaja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein juga menyerang Pakatan apabila menolak usahanya untuk mendaftarkan simbul bersama dalam pilihan raya negeri Sarawak kononnya Pakatan hanya bersatu dari segi simbul sahaja tetapi berpecah.

Negeri-negeri Pakatan juga didakwa gagal melaksanakan manifesto pilihan raya mereka namun begitu manifesto yang mana gagal dilaksanakan tidak dinyatakan oleh beliau.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29528:negeri-pakatan-tidak-akan-bersama-dalam-pru-13&catid=1:utama&Itemid=50

Bapak bukti Anak berjaya

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Penubuhan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) yang diumumkan kerajaan semalam membuktikan usaha Anak selama ini berjaya.

Anak atau nama penuhnya Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, ditubuhkan bagi membuka mata kerajaan tentang permasalahan peneroka Felda, kata pengerusinya, Mazlan Aliman.

"Penubuhan biro ini saya anggap satu pengiktirafan kepada Anak yang kita tubuhkan.

"Hasrat penubuhan Anak adalah bagi merangsang kesedaran semua pihak terhadap masalah peneroka dan kita telah berjaya buka mata mereka," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Biarpun mengalu-alukan penubuhan biro itu, Mazlan berkata ianya tetap terkebelakang kerana sepatutnya ia ditubuhkan sejak awal penubuhan Felda lagi.

Beliau juga mendakwa penubuhan tersebut tidak lebih dari 'gimik politik' Umno menutup kelemahan Felda menjelang PRU 13 yang dijangka tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya, Anak sedia bekerjasama dengan Bapak untuk menyelesaikan kes tertunggak peneroka yang ada.

"Tak ada masalah Anak nak tolong Bapak, tapi kalau Bapak tak boleh harap, biarlah Anak yang buat," katanya sinis.

Untuk permulaan katanya, Anak akan menyerahkan 20 kes yang ada pada mereka kepada Bapak.

"Kita nak tengok Bapak boleh tak selesaikan 20 kes pertama ini dalam masa seminggu seperti yang dijanji Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

"Kita cabar mereka tunjukkan keikhlasan dan komitmen untuk bantu masalah peneroka di 317 tanah rancangan," katanya.

Anak sebelum ini dikenali sebagai NGO yang membela nasib peneroka yang dinafikan hak oleh Felda.

Ianya termasuk isu wang tanam semula yang dimenangi peneroka di Pahang dan Kelantan.

Mazlan juga mendakwa nama Bapak yang diumumkan itu seolah-olah menciplak nama NGO yang telah ditubuhkannya sebelum ini untuk menangani masalah peneroka Felcra.

NGO Bapak sepatutnya akan dilancar pada 26 Disember ini bertempat di Ipoh, Perak.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29526:bapak-bukti-anak-berjaya&catid=1:utama&Itemid=50

Mahkamah tolak permohonan Anwar lihat nota klinikal

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Mahkamah sekali lagi menyekat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melihat nota-nota klinikal yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa pasukan pembela Anwar gagal untuk memberikan sebab-sebab mengapa mahkamah harus membenarkan Anwar melihat dan mendapatkan nota-nota tersebut.

Ini kerana, kata hakim itu hari ini, hak untuk tertuduh dibekalkan dengan dokumen-dokumen yang perlu bergantung pada Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan juga pasukan pendakwaan.

Anwar memohon bagi mendapatkan nota klinikal yang direkodkan oleh tiga pakar HKL semasa pemeriksaan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan mendapatkan nota klinikal itu timbul selepas pakar bedah am HKL, Dr Mohd Razali Ibrahim memaklumkan mengenai nota tersebut di mana pihak pembelaan sedar bahawa mereka tidak dibekalkan dengan dokumen berkenaan.

Dr Mohd Razali merupakan saksi kedua pendakwaan dalam kes perbicaraan Anwar yang sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Sebelum ini, Anwar telah beberapa kali gagal untuk mendapat senarai saski dan bahan-bahan bukti untuk membolehkan pihaknya membuat pembelaan.

Mahkamah Rayuan pada 8 November lalu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah pihak pendakwa dalam kes tersebut menyerahkan bahan bukti kepada ketua pembangkang itu yang dikatakan penting untuk pembelaannya.

Anwar dalam tulisan yang disiar di blognya http://anwaribrahimblog.com memberitahu, pihak tersebut kini sedang berselindung di sebalik dolak dalih kononnya mendakwa beliaulah yang melengah-lengahkan perbicaraan tersebut.

"Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan.

"Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar?

"Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan," kenyataanya dipetik.

Dalam tulisan tersebut Anwar melahirkan harapan agar perbicaraan kes beliau itu berjalan lancar mengikut lunas perundangan.

Beliau juga tidak mahu proses perundangan tersebut dihalang dan dicampurtangan pihak pemerintah.

"Jangan halang proses perundangan yang sebenarnya, biarkan ianya berlangsung tanpa dicampuri dan digugat pemerintah," tulisnya lgi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29524:mahkamah-tolak-permohonan-anwar-lihat-nota-klinikal&catid=1:utama&Itemid=50

Nurul Izzah naib presiden PKR paling kanan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar menjadi naib presiden PKR paling kanan kini apabila beliau memenangi undi terbanyak dalam pemilihan PKR yang berakhir semalam.

Beliau mendapat undi tertinggi iaitu 13,170 mendahului naib presiden sekarang Tian Chua yang mendapat 11,460, pengarah pilihan raya Fuziah Salleh (8,891) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansur Othman (8,477) yang turut terpilih.

Sebagaimana dijangka, Azmin Ali memenangi jawatan timbalan presiden apabila mendapat 19,212 mengalahkan pencabarnya, Mustaffa Kamil Ayub yang cuma mendapat 4,567 undi.

Keputusan itu berdasarkan 214 daripada 222 cabang PKR yang berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Berbanding keputusan minggu sudah, exco Selangor berjaya memintas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan di tempat kelima.

Hanya empat kerusi sahaja diperuntukkan untuk pemilihan naib presiden. Bagaimanapun, PKR berhak melantik dua lagi ke jawatan itu.

Berikut jumlah Undi yang diterima mereka:

Nurul Izzah - 13,170
Tian Chua - 11,460
Fuziah Salleh - 8,891
Dr Mansor Othman - 8,477
Dr Xavier Jayakumar - 6,984
Gobalakrishnan - 6,721
Yahya Sahri - 6,436

Keputusan rasmi akan diumumkan dalam kongres PKR di Petaling Jaya yang akan berlangsung minggu depan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29523:nurul-izzah-naib-presiden-pkr-paling-kanan&catid=1:utama&Itemid=50

Akta siber: Kerajaan mahu rakyat buta, pekak

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan garis panduan, definisi hasutan kepada pengguna internet sebagi satu lagi usaha untuk 'membuta dan memekakkan' rakyat.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, tindakan tersebut lebih kepada usaha menyekat maklumat sebenar sampai kepada rakyat.

"PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN.

"Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini.

"Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Katanya lagi, seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, dan hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja.

Malahan setengah tempat ujarnya, Umno terpaksa menswastakan program penerangan melalui NGO yang pro mereka agar boleh menarik orang datang.

"Jika tidak, orang tidak mahu datang jika atas lambang umno.

"Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN dalam mesyuarat majlis tertinggi.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan itu dengan asas bahawa telah banyak akta-akta yang diwujudkan untuk mengatasi masalah tersebut.

Ianya seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.

"Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju jika tindakan diambil kepada mereka yang mendedahkan maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa.

"Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewingan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," soalnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29520:akta-siber-kerajaan-mahu-rakyat-buta-pekak&catid=1:utama&Itemid=50

Syarikat gergasi China serta Ekspo Cheng Ho

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 22 Nov: New Hope Group, Hua Long Group, Dantong Group antara syarikat gergasi negara China termasuk lebih 200 syarikat kecil dan sederhana negara terbabit yang mengambil bahagian pada Ekspo Cheng Ho dan Fiesta Perdagangan Antarabangsa Kelantan-China.

(Gambar: Tengku Mahkota Kelantan merasmikan Ekspo Cheng Ho di Kota Bharu)

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata walaupun Kelantan hanya sebuah negeri yang kecil dan terpinggir kerana halangan tertentu, namun usahawan gergasi China sanggup datang ke Kota Bharu.

“Ianya dilakukan atas semangat ukhuwah serantau yang tiada sempadan,”ujarnya.

Sambungnya lagi, pelbagai kerjasama dapat dijalinkan melalui program ini dan ia turut terbuka kepada semua pihak, termasuk swasta dan individu.

Katanya, China kini muncul sebagai kuasa ekonomi yang terus berkembang di samping mempunyai khazanah peradaban lama, lubuk budaya dan kuasa pasaran ekonomi dunia yang besar.

Selain itu katanya, imam, pemimpin Islam, pemimpin kerajaan, ahli budaya, pakar perubatan, pensyarah, penulis, wartawan, pengkaji, penghibur dan ahli masakan tiba untuk menjayakan rasa muhibbah Kelantan China.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29533:syarikat-gergasi-china-serta-ekspo-cheng-ho&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96

MPSJ dinobat kerajaan tempatan paling berjaya di Selangor

Harakahdaily

SHAH ALAM, 22 Nov: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah dinobatkan sebagai antara pihak berkuasa tempatan paling berjaya di Selangor sepanjang tahun 2010 ini apabila berjaya memenangi dua anugerah dalam satu majlis hari ini.

MPSJ telah memenangi tempat pertama dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam Selangor untuk tahun 2010 melalui Sistem STAR Rating Individu dan membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan Sijil.

MPSJ juga berjaya menduduki tempat pertama dalam Anugerah Pengurusan Pejabat Cemerlang (APPC) dan menerima Anugerah Inovasi Menteri Besar Selangor (AIMBS) dengan membawa pulang wang tunai RM20,000.00.

APPC merupakan salah satu bentuk pengiktirafan yang diwujudkan khas untuk jabatan dan agensi yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam 7 kriteria khas penilaian.

Kriteria yang dimaksudkan ialah Pengurusan Organisasi, Pengurusan Kewangan, Pengurusan ICT, Pengurusan Projek Pembangunan, Pengurusan Sumber Manusia, Perkhidmatan Teras dan Pengurusan Pelanggan.

Pada tahun ini, sebanyak 41 jabatan danagensi di Negeri Selangor telah menyertai APPC. Sesi penilaian dan pemeriksaan dokumen telah dilaksanakan mulai 29 September hingga 27 Oktober 2010 oleh Panel-panel khas yang dilantik, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat SUk Selangor hari ini.

Anugerah itu telah disampaikan dalam perhimpunan bulanan dan sambutan hari inovasi kerajaan Selangor tahun 2010 hari ini.

Dalam majlis ini, Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (MGPPPNS) akan turut dilancarkan.

Manual ini adalah merangkumi aspek utama perancangan dan pemajuan hartanah yang terdiri dari perumahan, perdagangan, perindustrian, kemudahan masyarakat, aspek alam sekitar dan infrastruktur serta utiliti.

Ia dipersembahkan dengan cara yang mudah dirujuk dan lebih bersifat ‘user friendly’.

MGPPPNS ini akan menjadi rujukan utama dan membantu mempercepatkan proses terutama dalam proses kebenaran merancang dan permohonan perancangan yang lain, kata kenyataan itu.

Selain MPSJ, turut memenangi anugerah hari ini adalah Jabatan Penjara, Sg. Buloh dalam kategori konvensyen kumpulan inovatif dan kreatif 2010, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memenangi kategori pengurusan konvensyen ini.

Kedua-dua jabatan ini telah membawa pulang wang tunai RM5,000.00, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pejabat Tanah dan Daerah Sepang pula telah menerima anugerah prestasi kutipan hasil cukai tanah tahun 2009 apabila berjaya mengutip 97 peratus sasaran Cukai Tanah Semasa dan 89 peratus sasaran Tunggakan Cukai Tanah. Jabatan ini telah diberikan insentif RM100,000 kerana kejayaannya itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29532:mpsj-dinobat-kerajaan-tempatan-paling-berjaya-di-selangor&catid=58:negeri-selangor-darul-ehsan&Itemid=103

Monday, November 22, 2010

'Bercerai jalan terbaik'

Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Walaupun perceraian amat dibenci dalam Islam, ia dianggap pintu kecemasan atau alternatif terbaik bagi pasangan suami isteri yang hidup dalam rumah tangga pincang berikutan si suami hanya bernafsu kepada kaum sejenis atau homoseksual.

Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Hussain Habil berkata, homoseksual ada kaitan dengan gangguan psikologi seksual dan boleh dirawat tetapi kebiasaannya ia mengambil masa untuk merawat dan membolehkan lelaki terbabit hidup seperti lelaki normal.


“Berdasarkan pengalaman saya berdepan masalah homoseksual ini, hanya sedikit yang berjaya dirawat manakala ramai tidak berjaya terutama mereka yang sudah di peringkat serius.

“Homoseksual bermakna sudah ada pasangan dan agak sukar mengatasi masalah itu kerana keinginan seks terlalu menjurus kepada pasangan lelaki atau kaum sejenisnya dan langsung tidak berselera terhadap isteri.


“Akhirnya, mereka terpaksa berbincang untuk mencari jalan penyelesaian, antaranya berpisah sementara untuk tempoh tertentu bagi membolehkan pasangan pulih dan jika gagal, akan bercerai manakala sebahagian lagi memilih untuk terus bercerai secara baik,” katanya ketika dihubungi kelmarin.


Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan akhbar ini, Sabtu lalu, mengenai seorang ahli perniagaan wanita berusia 35 tahun yang mendakwa masih perawan walaupun bernikah sejak 2003 kerana suaminya hanya bernafsu dengan kaum sejenis.

Wanita dikenali sebagai Citra itu mengakui kini lega selepas menderita batin dan emosi dan memaklumkan segala urusan perceraiannya sudah selesai di pejabat agama sebuah daerah di Selangor, baru-baru ini.


Citra mendakwa, tembelang suaminya pecah selepas dia memasang alat perakam di dalam kereta, selain penemuan gambar, maklumat dalam diari serta pendedahan rakan karib lelaki terbabit mengenai perlakuan songsang suaminya.

Dr Hussain berkata, pada peringkat awal, pakar psikiatri dan kaunseling akan membantu suami homoseksual dengan memberi kaunseling tetapi ada yang gagal selepas menjalani rawatan menyebabkan pasangan itu terpaksa bercerai kerana sudah tidak sehaluan.


“Gangguan homoseksual kebiasaannya mengambil masa untuk dirawat dan ada kes rawatan diberikan tidak mampu mengatasi masalah itu.


“Kalau tidak boleh dirawat, kena ambil langkah ‘pintu kecemasan’ iaitu bercerai. Walaupun bercerai amat dibenci dalam Islam, tetapi ia terpaksa diambil untuk mengelakkan pelbagai masalah lain terutama tekanan emosi serta derita batin terhadap pasangan wanita kerana pasangannya (suami) tiada keinginan terhadap diri wanita terbabit,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berceraijalanterbaik/Article/index_html

Derita batin sampai murtad

Derita batin sampai murtad

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Disebabkan tidak sanggup terus menderita akibat digantung tidak bertali’ selama 10 tahun, ada wanita Islam yang bukan saja berhijrah ke luar negara, malah menjadi murtad selepas berkahwin dengan lelaki bukan Islam.

Mendedahkan kes berkenaan, Penasihat Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih Sungai Besi, Datuk Wan Abdul Halim Wan Othman, berkata wanita terbabit yang berusia 40-an bertindak sedemikian selepas tertekan tindakan suami asalnya yang berkahwin lain dan mengabaikan nafkah zahir serta batin.


Menurutnya, wanita itu yang berkerjaya profesional mendakwa fobia dengan ‘kata dua’ suami yang mahu melihat dia menderita sehingga mati dan membiarkannya digantung tidak bertali. “Kes ini antara puluhan, malah ratusan masalah yang dihadapi ibu tunggal digantung tidak bertali yang tewas dalam perjuangan mendapatkan hak mereka mengikut yang terkandung dalam al-Quran.

“Sepatutnya golongan seperti ini dibantu. Malangnya, pada masa ini kesukaran mereka terus tidak dibela sewajarnya sehingga ada yang nekad mengambil keputusan yang salah,” katanya.


Beliau berkata, kes wanita tertekan berkenaan yang berhijrah ke luar negara dan meninggalkan Islam, amat menyedihkan, tapi ia bukan sesuatu yang aneh kerana mereka juga memiliki naluri untuk menjalani kehidupan lebih baik.


“Tetapi, mereka digantung tidak bertali dan tidak diberikan bantuan apabila diperlukan. Keadaan itu menyebabkan harapan mereka hancur terutama apabila proses di mahkamah juga tidak memihak kepada mereka,” katanya. Wan Abdul Halim berkata, kemelut yang dihadapi ibu tunggal dan wanita digantung tidak bertali ini boleh ditangani dengan baik jika pelbagai pihak memberi tumpuan terhadap permasalahan yang dihadapi golongan berkenaan sejajar apa yang terkandung dalam al-Quran.

Beliau berkata, wanita yang sudah nekad menukar agama itu individu berpendidikan yang arif mengenai hak wanita seperti terkandung dalam al-Quran dan mereka berharap undang-undang itu digunakan.


Bagaimanapun, katanya, apa yang diharapkan mereka tidak menjadi kenyataan, malah proses ‘melepaskan diri’ terlalu sukar walaupun suami sudah berkahwin baru dan sengaja mahu melihat isteri digantung tidak bertali sehingga mati.

Menurutnya, mahkamah syariah mempunyai tanggungjawab dan amanah cukup berat bagi mendaulatkan hak wanita seperti terkandung dalam al-Quran bagi memastikan golongan itu termasuk ibu tunggal dan mereka yang digantung tidak bertali diberikan keadilan sewajarnya.


“Keadilan penting bagi memastikan golongan berkenaan dibantu bagi membina kehidupan baru selain menyelamatkan mereka daripada sikap suami atau pihak tertentu yang hanya mementingkan diri sendiri.


“Kita tidak mahu ada sesetengah wanita sepatutnya mampu menjalani kehidupan sempurna, tetapi akibat dihalang pihak yang tidak bertanggungjawab, kehidupan mereka berubah ke kancah yang tidak sihat dan merosakkan masa depan mereka,” katanya.


Tanpa berselindung, beliau tidak menafikan ada ibu tunggal yang terbabit kes yang tidak sihat, tetapi jika dikaji secara terperinci ia boleh dikaitkan dengan punca yang tidak sepatutnya terjadi, termasuk tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki pilihan mereka.


Katanya, banyak masalah yang menyebabkan ibu tunggal itu tertekan termasuk anak yang tamak harta sehingga tidak membenarkan ibunya berkahwin lain kerana bimbang harta itu akan dimiliki pasangan baru ibu mereka.


“Sepatutnya, masalah yang membelenggu ibu tunggal dan mereka yang digantung tidak bertali boleh diselesaikan dengan baik jika lunas Islam dijadikan asas utama kerana ia sudah pasti akan memberikan satu keputusan yang adil dan saksama.


“Bukan itu saja, ia sudah pasti menyelamatkan golongan berkenaan supaya tidak melakukan tindakan tidak bijak, termasuk berfikir untuk meninggalkan agama dianuti,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Deritabatinsampaimurtad/Article

Tahi judi menangis

Tahi judi menangis

Oleh SHAMSUL MUNIR SAFINI
metahad@hmetro.com.my

LAKSANA TUGAS... Razali (kiri) menyoal salah seorang kaki judi yang ditahan.
LAKSANA TUGAS... Razali (kiri) menyoal salah seorang kaki judi yang ditahan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tahi judi yang ditahan ketika leka bermain mesin judi menangis teresak-esak sejurus polis menelefon keluarganya.

Lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga pemandu bas dan mempunyai empat anak itu dikatakan sanggup menghabiskan ribuan ringgit pendapatannya semata-mata kerana ketagihan berjudi sejak beberapa bulan lalu.


Dia antara 33 kaki judi ditahan dalam ‘Ops Dadu’ yang dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sekitar dua lokasi di Danau Kota dan Taman Intan Baiduri, Kepong, malam kelmarin.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas 183 komputer dan wang tunai RM3,013.


“Enam pekerja dan 28 pelanggan, termasuk seorang wanita warga asing, ditahan bagi siasatan lanjut.


“Premis terbabit mampu memperoleh pendapatan ribuan ringgit bagi tempoh sehari dan jumlah itu bertambah pada hujung minggu,” katanya.

Sementara itu, seorang wanita warga asing terjatuh ke dalam lopak air berlumpur ketika cuba melarikan diri daripada polis dalam ‘Ops Noda’, awal pagi semalam.


Wanita berkenaan sebahagian daripada kumpulan wanita warga asing dari China yang tidak kisah dibasahi hujan bagi menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang datang ke Jalan Geylang, di sini.

Aktiviti mereka bukan hanya pada hari tertentu, malah setiap hari bermula jam 2 sehingga 6 pagi.


Jam 3 pagi semalam, 12 daripada mereka berjaya dicekup pihak berkuasa apabila kawasan itu digempur polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).


Dalam operasi yang turut dibantu D7 dari Ibu Pejabat Polis Daerah sekitar Kuala Lumpur itu, polis terpaksa mengejar mereka sebelum beberapa wanita terjatuh akibat licin sebelum dicekup.


Menurut Razali, kawasan berkenaan sering digempur dan dalam tempoh empat bulan ini saja empat serbuan dilakukan.


Katanya, wanita asing itu sering mengubah waktu operasi setiap kali lokasi mereka diserbu.


Menurutnya, kawasan terbabit sentiasa dipenuhi pelanggan kerana lokasinya terletak di sebuah medan selera dan dikelilingi beberapa unit flat murah.


“Mereka menggunakan hotel atau rumah tumpangan berhampiran bagi melampiaskan nafsu pelanggan dengan harga RM150 dan jika pelanggan ingin membawa mereka pulang, caj tambahan RM50 dikenakan.


“Walaupun terpaksa menanggung risiko ditangkap pihak berkuasa mereka tidak pernah serik, malah ada yang beberapa kali keluar masuk Malaysia berdasarkan cop pasport mereka,” katanya.


Menurutnya, enam daripada 12 wanita berkenaan mempunyai pasport, empat menggunakan pas pelajar manakala dua lagi tidak mempunyai dokumen masuk yang sah ke negara ini.


Beliau berkata, polis memerlukan kerjasama orang ramai dan pihak berkuasa lain bagi membantu membanteras aktiviti maksiat membabitkan warga asing di sekitar kawasan berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/articles/Tahijudimenangis/Article

Umi mungkin dijel 12 tahun

Umi mungkin dijel 12 tahun

Oleh ADNAN MOHAMAD
metahad@hmetro.com.my

TERSENTUH... Lazim membaca akhbar kisah Umi Azlim.
TERSENTUH... Lazim membaca akhbar kisah Umi Azlim.

PASIR PUTEH: “Jika benar hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan terhadap anak saya dikurangkan kepada hanya 12 tahun, saya sekeluarga sangat bersyukur.

“Selama ini saya ingat anak sulung saya akan mati di dalam penjara, namun mimpi ngeri itu nampaknya akan bertukar,” kata Mohamad Lazim, 54, ayah kepada Umi Azlim, 26, gadis Malaysia yang dipenjara di Guangzhou, China kerana kesalahan mengedar hampir tiga kilogram heroin.


Mohamad Lazim berkata, berita gembira itu diperolehnya daripada seorang saudara yang berhubung dengan kakitangan kedutaan Malaysia di China dan berharap ia adalah benar.

“Setakat ini saya berharap apa dikhabarkan kepada saya benar belaka. Saya bersyukur kerana rayuan dibuat sebelum ini mungkin mendapat maklum balas daripada mahkamah di China,” katanya.


Menurutnya, sebelum ini keluarganya tertekan kerana Umi Azlim dijatuhi hukuman mati sebelum ditukar kepada penjara seumur hidup.


“Saya menganggap jika benar hukuman ke atas Umi Azlim dikurangkan kepada penjara 12 tahun, tiada yang lebih menggembirakan adik- beradiknya, terutama adik kembarnya Umi Azmira dan Umi Azuraiha, 18.

“Meskipun kami sekeluarga belum mendapat pengesahan mengenai perkara itu, sedikit sebanyak berita ini menceriakan kami, malah memberi harapan rayuan kami mungkin diterima,” katanya yang bekerja sebagai mekanik di Taman Desa Anda, di sini, semalam.


Mohamad Lazim berkata, dia menyerahkan surat rayuan itu kepada pihak mahkamah ketika melawat Umi Azlim bersama arwah isterinya, Umi Slaia Ibrahim dan penyelaras Tabung Umi Azlim, Hu Pang Chaw, tiga tahun lalu.

“Pada awalnya kami menjangkakan hukuman penjara seumur hidup itu yang terakhir dikenakan terhadap Umi Azlin dan menganggap mungkin hayatnya akan berakhir di sana.


“Namun kini dengan berita yang kami peroleh, mungkin harapan untuk dia dibebaskan akan terlaksana,” katanya.


Menurutnya, daripada maklumat yang diberitahu kepadanya, bukan anaknya saja yang kini dipenjara di China atas kesalahan dadah, malah ramai lagi rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan sama.


“Sebagai bapa, saya menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi pekerjaan anak mereka, terutama jika membabitkan perjalanan ke luar negara.


“Saya tidak mahu apa yang menimpa anak saya turut berlaku ke atas anak orang lain dan anggaplah ia sebagai pengajaran,” katanya yang memaklumkan dia mendapat tahu mengenai berita itu melalui adiknya pada sambutan Aidilfitri lalu.


Sebelum ini, Umi Azlim didakwa menyeludup dadah jenis heroin seberat 2,983 gram ke negara itu pada 19 Januari 2007 dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou pada Mei 2007, tetapi ditukar kepada penjara seumur hidup selepas rayuannya diterima.

http://www.hmetro.com.my/articles/Umimungkindijel12tahun/Article

Terlanjur di rumah

Terlanjur di rumah

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, SHAMRAN SARAHAN dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my

AMBIL KESEMPATAN... Adila musnahkan kerpercayaan ibu bapa.
AMBIL KESEMPATAN... Adila musnahkan kerpercayaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.

Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.



KES 1 - ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.


KES 2 - RAHMAN, 15:

“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).

Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.

Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.

Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.

Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.

Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.

Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.”

http://www.hmetro.com.my/articles/Terlanjurdirumah/Article

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...