Nov 20, 10 12:41pm
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan peristiwa berdarah Memali  yang berlaku 25 tahun lalu menggambarkan kemuncak 'ketakutan' Umno untuk  berhujah dengan PAS.
Katanya, semuanya bermula apabila PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno, seterusnya membawa kepada cadangan perdebatan antara kedua-dua wakil parti, lapor Harakahdaily.
 "PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang  dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima. Antaranya Umno yang  menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.

"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga ahli parlimen Marang ketika merasmikan sambutan ulang tahun memperingati peristiwa Memali di Baling, malam tadi.
 Bermula semalam, Pemuda PAS menganjurkan sambutan tiga hari  jubli perak memperingati peristiwa pada tahun 1985 itu, yang menyaksikan 14  orang terbunuh ketika menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan  Ibrahim dan pengikutnya kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menggugat  keselamatan negara.

Pengisian sepanjang program itu, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.
 Abdul Hadi mendakwa, kerajaan kemudiannya memberi tekanan  terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan menggunakan akta ISA untuk  menahan pemimpin parti Islam itu.

Menurut akhbar web PAS juga, Abdul Hadi berkata, ramai pemimpin PAS ditahan polis ketika itu walaupun Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya masih bebas.
"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah. Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.
"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," dakwa Abdul Hadi lagi.
Katanya, semuanya bermula apabila PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno, seterusnya membawa kepada cadangan perdebatan antara kedua-dua wakil parti, lapor Harakahdaily.
"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga ahli parlimen Marang ketika merasmikan sambutan ulang tahun memperingati peristiwa Memali di Baling, malam tadi.
Pengisian sepanjang program itu, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.
Menurut akhbar web PAS juga, Abdul Hadi berkata, ramai pemimpin PAS ditahan polis ketika itu walaupun Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya masih bebas.
"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah. Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.
"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," dakwa Abdul Hadi lagi.
http://malaysiakini.com/news/148690
 
No comments:
Post a Comment