SHAH ALAM, 22 Nov: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)  telah dinobatkan sebagai antara pihak berkuasa tempatan paling berjaya di  Selangor sepanjang tahun 2010 ini apabila berjaya memenangi dua anugerah dalam  satu majlis hari ini.MPSJ telah memenangi tempat pertama dalam  Anugerah Inovasi Sektor Awam Selangor untuk tahun 2010 melalui Sistem STAR  Rating Individu dan membawa pulang wang tunai RM 10,000 dan Sijil.
MPSJ  juga berjaya menduduki tempat pertama dalam Anugerah Pengurusan Pejabat  Cemerlang (APPC) dan menerima Anugerah Inovasi Menteri Besar Selangor (AIMBS)  dengan membawa pulang wang tunai RM20,000.00.
APPC merupakan salah satu  bentuk pengiktirafan yang diwujudkan khas untuk jabatan dan agensi yang telah  menunjukkan kecemerlangan dalam 7 kriteria khas penilaian.
Kriteria yang  dimaksudkan ialah Pengurusan Organisasi, Pengurusan Kewangan, Pengurusan ICT,  Pengurusan Projek Pembangunan, Pengurusan Sumber Manusia, Perkhidmatan Teras   dan Pengurusan Pelanggan.
Pada tahun ini, sebanyak 41 jabatan danagensi  di Negeri Selangor telah menyertai APPC. Sesi penilaian dan pemeriksaan dokumen  telah dilaksanakan mulai 29 September hingga 27 Oktober 2010 oleh Panel-panel  khas yang dilantik, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat SUk  Selangor hari ini.
Anugerah itu telah disampaikan dalam perhimpunan  bulanan dan sambutan hari inovasi kerajaan Selangor tahun 2010 hari  ini.
Dalam majlis ini, Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan  Negeri Selangor (MGPPPNS) akan turut dilancarkan.
Manual ini adalah  merangkumi aspek utama perancangan dan pemajuan hartanah yang terdiri dari  perumahan, perdagangan, perindustrian, kemudahan masyarakat, aspek alam sekitar  dan infrastruktur serta utiliti.
Ia dipersembahkan dengan cara yang  mudah dirujuk dan lebih bersifat ‘user friendly’.
MGPPPNS ini akan  menjadi rujukan utama dan membantu mempercepatkan proses terutama dalam proses  kebenaran merancang dan permohonan perancangan yang lain, kata kenyataan  itu.
Selain MPSJ, turut memenangi anugerah hari ini adalah Jabatan  Penjara, Sg. Buloh dalam kategori konvensyen kumpulan inovatif dan kreatif 2010,  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memenangi kategori pengurusan konvensyen  ini.
Kedua-dua jabatan ini telah membawa pulang wang tunai RM5,000.00,  piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.
Pejabat Tanah dan  Daerah Sepang pula telah menerima anugerah prestasi kutipan hasil cukai tanah  tahun 2009 apabila berjaya mengutip 97 peratus sasaran Cukai Tanah Semasa dan 89  peratus sasaran Tunggakan Cukai Tanah. Jabatan ini telah diberikan insentif  RM100,000 kerana kejayaannya itu.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29532:mpsj-dinobat-kerajaan-tempatan-paling-berjaya-di-selangor&catid=58:negeri-selangor-darul-ehsan&Itemid=103
 
 
No comments:
Post a Comment