Thursday, May 7, 2009

Jabatan Perkhidmatan Veterinar kenal pasti risiko wabak lain

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang mengenal pasti wabak lain selain Influenza A H1N1 sebagai langkah pencegahan penularan mana-mana wabak di negara ini pada masa akan datang, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin.

“Di negara ini hanya wujud wabak H1N1 yang dinamakan ‘classical H1N1’ yang tidak Berbahaya berbanding ‘novel H1N1’ (Influenza A) yang menular di Mexico dan Amerika Syarikat ketika ini (dan 19 negara lain).

“Jadi kita kena pastikan jenis wabak penghidap sama ada classical, novel atau wabak lain untuk langkah keselamatan,”
katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi classical H1N1, tanda wabak ini lebih kurang sama dengan novel H1N1 namun tidak mempunyai keupayaan berjangkit dengan lebih teruk sehingga membawa kepada kematian seperti novel H1N1.

“Sebagai contoh, setiap individu mempunyai kereta (Proton) Wira yang luarannya sama namun dalamannya berbeza sama ada enjin 1.5 dan 1.6 atau ada aksesori tambahan, begitu juga H1N1, walaupun sama, tetapi kandungan keberbahayaan berbeza,” katanya.

Beliau berkata, jabatan itu juga sedang mengkaji vaksin yang sesuai dari luar negara bagi digunakan untuk tujuan pencegahan jika ada kes wabak influenza A H1N1 

di negara ini.

Dr Abdul Aziz berkata, setiap vaksin yang akan dibawa masuk perlu mempunyai kajian dan dokumen yang lengkap sebelum boleh digunakan di seluruh negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...