Thursday, May 7, 2009

Umpan aksi lucah sebelum cabul murid

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki bernafsu binatang tergamak mencabul murid perempuan tahun dua dengan mengumpan aksi video lucah daripada telefon bimbitnya, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa dari Bukit Payung, Marang, yang belajar di sebuah sekolah rendah di bandar raya ini didatangi seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di perkarangan sekolah berkenaan.

Suspek memujuk mangsa ke bilik darjah dan menunjukkan video lucah berkenaan sebelum mencabulnya. 

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang baru selesai mengikuti kelas agama berada di kawasan itu kerana menunggu ibunya yang bekerja di bandar ini menjemputnya kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata ketika dalam perjalanan pulang, mangsa yang beranggapan perbuatan lelaki terbabit biasa, kemudian menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berusia 35 tahun melaporkan kejadian itu di Balai Polis Chabang Tiga di sini, kira-kira jam 7.50 malam.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut dan sehingga kini polis masih menunggu laporan pihak hospital,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati suspek berusia 20-an melakukan perbuatan itu dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan selepas memperdayakan mangsa dengan menunjukkan aksi lucah daripada telefon bimbitnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...