Thursday, May 7, 2009

Lagi wanita hamil maut selepas diragut


BEBERAPA anggota polis memeriksa mayat Saripah yang dilanggar kereta selepas diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Sudahlah beg tangannya diragut sehingga motosikal yang ditunggang hilang kawalan, wanita itu pula kemudian dirempuh sebuah kereta sehingga menemui ajal di tempat kejadian.

Itulah kesudahan hidup Saripah Mohd. Noor, 34, (gambar kecil) selepas diragut dua lelaki berjiwa syaitan di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh di sini semalam.

Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan terjatuh apabila tali beg tangan yang disilang pada badannya ditarik oleh dua lelaki bermotosikal kira-kira pukul 10.50 pagi.

Selepas terjatuh, mangsa yang mengandung tiga bulan anak keenamnya kemudian dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah, Tumpat untuk pulang ke rumahnya di Kampung Jel, Lepek, Bachok dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, mangsa sebelum itu dihampiri sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya sebelum berlaku pergeseran.

Akibat pergeseran itu, motosikal mangsa hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta yang gagal mengelak kerana terlalu hampir dengan mangsa.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...