Thursday, June 11, 2009

4 produk tradisional tidak selamat diguna

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan meminta orang ramai mengelak membeli atau mengguna empat produk tradisional yang mengandungi bahan tidak dibenarkan seperti Sibutramine, Aminotadalafil, Diphenhydramine dan Paracetamol.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi kementerian itu Eisah Abdul Rahman berkata produk itu ialah Bodybeaus, Jinglida, Eng Leong Cordyceps, Chuanbei Plus Cough Pill 3.5gm dan Loong Choo Brand Reh Bih Ho Herbal Tea.

“Pendaftaran produk terbabit sudah dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-216 kerana dikesan mengandungi bahan yang tidak dibenarkan dalam ubat tradisional,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Eisah berkata, keempat-empat produk itu sudah melalui penilaian untuk memastikan produk berkenaan selamat, berkesan dan berkualiti.

Bagaimanapun, ubat yang mengandungi bahan itu kecuali Paracetamol boleh dibekalkan doktor atau diperoleh dari farmasi. — Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...