Tuesday, June 2, 2009

Keluarga rayu Noor Syazwani pulang

ALOR STAR: “Abah, kak long selamat tetapi tidak dapat balik.”

Itulah kata-kata akhir yang cukup ringkas daripada Noor Syazwani, 19, pelajar tahun dua sebuah kolej swasta di Kajang, Selangor kepada bapanya, Azizul Kharnain Saad, 43, untuk memaklumkan yang dia tidak akan pulang bercuti pertengahan semester bersama keluarganya di Jalan Langgar, di sini, Jumaat lalu.

Azizul Kharnain berkata, dia curiga dan tidak sedap hati selepas perbualan terakhir itu kerana anaknya seolah-olah didesak seseorang untuk bercakap seringkas yang mungkin.

Lebih membimbangkan, katanya, pensyarah kolej ada menghubunginya minggu lalu memaklumkan anaknya sudah seminggu tidak menghadiri kelas.

“Saya tidak sempat bertanya mengenai perkara itu daripada anak saya. Malah, cubaan untuk menghubunginya selepas itu juga tidak berjaya,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Norhaya Azahari, 44, berkata Noor Syazwani ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 22 Mei lalu untuk meminta wang bagi membeli tiket bas untuk pulang serta perbelanjaannya di Kajang, sebalik wang sudah dikirimkan, dia tidak jadi pulang.

“Sesiapa yang melihat anak kami bolehlah menghubungi di talian 017-5673765 atau 04-7355575,“ katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...