Friday, June 26, 2009

Taser X26 senjata ‘mesra nyawa’


Diraja Malaysia tidak lama lagi." title="SELAMAT...Taser X26 yang bakal digunakan Polis
Diraja Malaysia tidak lama lagi." height="213" width="300" border="0">
SELAMAT...Taser X26 yang bakal digunakan Polis
Diraja Malaysia tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama menggunakan senjata pistol diisi peluru hidup, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) beralih kepada dimensi baru apabila bakal memperkenalkan senjata baru dikenali Taser X26 berkuasa renjatan elektrik bagi melumpuhkan penjenayah serta-merta.

Senjata baru berkenaan yang dianggap ‘mesra nyawa’ menjadi pilihan PDRM berikutan ia dianggap praktikal untuk menundukkan penjenayah kurang berbahaya tanpa mendatangkan kecederaan serius atau kesan kesakitan jangka panjang.

Difahamkan, senjata Taser X26 yang digunakan polis Amerika Syarikat dan kebanyakan pihak berkuasa di Eropah menjadi pilihan PDRM baru-baru ini dan bakal dibekalkan kepada anggota polis di setiap kontinjen bagi rondaan cegah jenayah tidak lama lagi.

Berdasarkan maklumat
sebanyak 210 unit senjata Taser X26 sudah dibeli PDRM menerusi syarikat ejen pengedaran PDT Ventures beribu pejabat di ibu kota.

Pengarah PDT Ventures, Yusry Yusoff berkata, senjata Taser X26 berkenaan yang di kilang Taser International Inc. Amerika Syarikat diiktiraf sebagai senjata paling selamat untuk menangani penjenayah agresif tanpa bersenjata api.

Menurutnya, Taser X26 yang boleh mengenai sasaran dalam jarak kurang tujuh meter turut dilengkapi dengan pancaran laser bagi memudahkan sasaran ditetapkan.

“Sebaik picu ditarik, Taser X26 yang menyerupai bentuk pistol ini akan mengeluarkan peluru dipanggil ‘prob’ menyerupai jarum sebelum menembusi kulit suspek walaupun suspek berpakaian tebal,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...