Monday, May 10, 2010

Penduduk panik gempa kuat


Seorang wanita berdoa sejurus gegaran kuat melanda Darussalam, Aceh Besar semalam.


JAKARTA - Satu kejadian gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah utara Sumatera, Indonesia semalam, kata beberapa pegawai.

Gempa bumi itu menyebabkan satu amaran tsunami dikeluarkan, bekalan elektrik terputus dan beberapa buah rumah rosak.

Agensi Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa bumi yang berlaku pada waktu petang itu berlaku dalam lingkungan 220 kilometer ke tenggara Banda Aceh pada kedalaman 61 kilometer.

Bagaimanapun, amaran tsunami yang dikeluarkan Indonesia dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Honolulu itu ditarik balik selepas dikeluarkan hampir 90 minit.

Ketua Agensi Meteorologi Indonesia, Fauzi berkata, tsunami kecil dikesan di perairan Meulaboh yang berukuran 20 sentimeter.

Media tempatan melaporkan bahawa gempa bumi itu mencetuskan panik di kebanyakan tempat di Aceh.

Menurut Ketua Polis Aceh Barat di Meulaboh, Leftenan Kolonel Widodo, ramai penduduk menunggu di luar rumah kerana takut gempa bumi susulan berlaku. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...