Monday, May 10, 2010

Semenanjung gegar kerana gempa Sumatera

Semenanjung gegar kerana gempa Sumatera


BOMBA tiba di bangunan Peladang, Alor Setar selepas menerima laporan gegaran.


PULAU PINANG - Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 1.59 petang tadi, menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jurucakap jabatan itu berkata, antara negeri-negeri dan kawasan yang merasai gegaran selama dua minit itu ialah Pulau Pinang, Perlis, Lembah Klang, Kedah, dan Langkawi.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan di negara ini.

Jabatan itu juga melaporkan empat kawasan di Pulau Pinang merasai gegaran.

"Antara kawasan yang merasai gegaran ialah Seberang Jaya, Batu Feringgi, Sungai Dua dan Batu Kawan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...