Wednesday, August 11, 2010

Kes tuntut mutaah RM5j ditutup

2010/08/10

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menutup kes membabitkan tuntutan mutaah RM5 juta oleh bekas isteri Datuk Kadar Shah Sulaiman terhadap bekas suaminya itu.

Keputusan dibuat selepas kedua-dua pihak, Datin Fauziah Haron (plaintif) dan bekas suaminya, Datuk Kadar Shah (defendan) bersetuju menarik balik kes itu.


Perkara itu di maklumkan peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Fauziah ketika ditemui di luar mahkamah Dia berkata keputusan itu dibuat di dalam kamar di hadapan pegawai pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Halimatun Saadiah Mohd Mohdee.


“Kedua-dua pihak sudah menyelesaikan kes tuntutan mutaah itu secara baik di luar mahkamah,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KestuntutmutaahRM5jditutup/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...