Dis 5, 10
11:55am
Manakala pihak polis memberi mereka tempoh sehingga jam 12.10 tengahari ini untuk bersurai.
M
Mereka yang berpakaian hitam itu melaungkan `1Malaysia' dan 'Daulat Tuanku'.
Mereka merancang untuk berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mengandungi dakwaan penyelewengan oleh Kerajaan Pakatan Selangor.
Pengerusi Gaps, Hamidzun Khairuddin yang tiba kira-kira jam 12 tengahari, memberitahu bahawa mereka sedang berunding dengan pihak polis sama ada dibenarkan berarak ke Istana Negara.
Sementara itu, Hamidzun memberitahu sidang akhbar bahawa pihaknya menghantar  memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong meminta supaya dapat dibincangkan dalam  mesyuarat Majlis Raja-Raja dan berharap suasana di Selangor bertambah  baik.Pihaknya berharap pemimpin politik dari Pakatan Rakyat dan BN supaya  menumpukan perhatian kepada ekonomi negeri Selangor dan "bukan mempamerkan  kehebatan politik".
Mengenai perubahan tempat mereka berkumpul ke Stadium  Merdeka, Hamidzun berkata: "Kita hormati nasihat selepas berundingan dengan  polis untuk pastikan keadaan terkawal dan aman".
Ditanya sama ada peserta  yang hadir hari ini terdiri daripada ahli Wanita dan Pemuda Umno, beliau  berkata: "Tidak sama sekali, mereka rakyat Selangor dan ahli NGO negeri  Selangor".
Ditanya jangkaan 2,000 peserta yang tidak menjadi kenyataan,  beliau berkata: "Ini merupakan kecemerlangan pasukan polis yang berjaya atur  dengan baik".Malah menurutnya, perjalanannya dari Shah Alam mengambil  masa dua jam untuk sampai ke Stadium Merdeka.
"Ramai sahabat yang  tersangkut dalam kesesakan," tambahnya.
Sementara itu, selepas berunding  dengan pihak polis, tidak ada perarakan tetapi wakil Gaps menaiki dua buah  kereta untuk menyerahkan memorandum tersebut ke Istana Negara. 
Hamidzun menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Istana Negara pada kira-kira jam 12.40 tengahari tadi.
http://malaysiakini.com/news/150021
 
 
No comments:
Post a Comment