Dis 5, 10
12:00pm
Presiden PSM, Dr Nasir Hashim dan setiausaha agungnya, S Aruthcelvan antara  tiga orang yang ditahan kerana didapati memakai baju merah.Mereka ditahan pada kira-kira jam 11.30 pagi di sekitar KL  Sentral. 
Ketika ditemui, Nasir memberitahu Malaysiakini:
"Saya tak  pasti (ditahan). Polis halang saya (bergerak) sebab pakai baju merah." 
Apabila dihubungi setengah jam kemudiannya, Dr Nasir yang juga ADUN Kota  Damansara mengesahkan mereka ditahan dan dibawa ke balai polis PGA  Cheras.
"Mereka kata ianya perhimpunan haram. Tapi kami hanya tiga orang  sahaja," katanya.
Dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Dr  Nasir yang juga ADUN Kota Damansara memberitahu semua mereka yang ditahan di KL  Sentral dibebaskan setelah sejam setengah.
Katanya, polis juga tidak  merekodkan sebarang kenyataan malah menghantar mereka kembali ke KL  Sentaral.
Sementara itu, polis mengadakan sekatan jalan raya ekoran  rancangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan di Masjid Negara  bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong membantah kenaikan  kadar bayaran air.
Manakala di Stadium Merdeka, kira-kira 200 penyokong  Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) berhimpun mulai jam 11.50 pagi tadi.  
Polis kemudiannya mengarahkan mereka bersurai. Kemudian selepas berunding dengan polis, mereka menaiki dua kenderaan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mendakwa penyelewengan Kerajaan Selangor.
Sementara itu, di tempat lain di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam,  Selangor, sekatan jalan raya diadakan untuk menghalang orang ramai daripada  menghadiri protes kenaikan harga air dan penyerahan memorandum kepada Yang  di-Pertuan Agong.Penganjurnya sebelum ini berkata, mereka akan berarak dari  Masjid Negara menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum  tersebut.
Menurut bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul  Hisham Shaharin, beberapa orang 'marsyal' telah ditahan. Beliau menggesa peserta  lain supaya bertenang dan meneruskan perjalanan mereka ke Masjid  Negara.
Menurut Twitter ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng SAN,  seorang jurugambar TV Selangor turut ditahan.
http://malaysiakini.com/news/150024
 
 
No comments:
Post a Comment