Dis 6, 10
2:15pm
Pengganti pilihannya ialah penyokong setianya, Datuk G Panivel, yang akan  menjadi presiden MIC yang kelapan.
Manakala setiausaha agung, Datuk Dr S  Subramaniam pula dinaikkan pangkat menjadi timbalan presiden.
Bercakap  kepada wartawan selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC), Samy Vellu  berkata: "Saya sangat gembira menyerahkan tugas saya kepada Palanivel dan beliau  akan serahkan (tugasnya) kepada Datuk Dr S Subramaniam."
Samy Vellu, 74,  pada mulanya akan terus memegang jawatan presiden sehingga bulan Mac  2012.
Bagaimanapun, terdapat gesaan supaya beliau berundur lebih awal dan  menyerahkan jawatan itu kepada Palanivel untuk membuat persediaan bagi  menghadapi pilihan raya umum akan datang.
MIC kalah teruk dalam pilihan  raya umum 2008 yang turut menyaksikan Samy Vellu sendiri tewas di kubu kuatnya  di Sungai Siput.
[Berita penuh menyusul]
http://malaysiakini.com/news/150089
 
 
No comments:
Post a Comment