Dis 5, 10
9:15pm
Beliau berkata demikian ketika ditanya dalam sidang akhbar hari ini berhubung saranan berkenaan yang disuarakan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Dalam ucapannya itu, Dr Chua berkata sebarang keputusan penting perlu dibuat secara bersama bagi mengelakkan berlakunya hubungan seperti "abang sulung dan adik bongsu" dalam BN.
"Kita mesti bekerja sebagai rakan kongsi yang setaraf, jadi keputusan mengenai dasar tidak sepatutnya diumumkan dalam perhimpunan agung Umno ataupun dalam mesyuarat majlis tertinggi," kata Chua dalam ucapannya.
Chua menjelaskan, mesyuarat berkenaan tidak setaraf dengan Kabinet.
Jaga perasaan komponen BN
Mengulas saranan  itu, Najib berkata beliau memahami kehendak untuk menjaga perasaan anggota  komponen parti BN.Najib juga bersetuju dengan ulasan Chua bahawa pemimpim parti  BN tidak patut menyebut perkataan dianggap sensitif seperti "ketuanan Melayu" demi menjaga perasaan anggota parti  komponen BN.
Chua dalam perbahasan petang tadi turut meminta pemimpin  tidak menyebut perkataan sensitif seperti "pendatang","penumpang" dan "tidak  patriotik."
"Dalam lain perkataan, kita perlu sensitif mengenai semua  parti komponen," kata Najib. 
"Ini tidak bermakna Umno sahaja, tetapi MCA, MIC, dan semua pihak; ia terpakai kepada semua. Ini bukanlah ditujukan kepada Umno semata-mata," katanya lagi kepada pemberita petang ini.
Calon BN pilihan rakyat
Dalam pada itu,  Najib turut memberi memberi jaminan bahawa calon Barisan Nasional (BN) yang  bakal terpilih pada pilihan raya umum akan datang, adalah terdiri calon pilihan  rakyat."Kita akan tekankan soal rakyat didahulukan," kata ketika  ditanya mengenai kaedah pemilihan calon pilihan raya umum akan datang sama ada  akan mendahulukan calon pilihan rakyat atau berdasarkan kehendak parti  semata-mata.
Mengenai kuota pembahagian kerusi pula, Najib berkata  perkara itu akan diputuskan atas semangat parti BN dengan mengadakan rundingan  dengan semua 13 parti komponen.
Perdana Menteri menegaskan bahawa  Konvensyen BN yang diadakan hari ini adalah sebagai satu proses untuk  mengukuhkan dan menguatkan BN secara berterusan.
"Ia bukanlah menjelang  pilihan raya umum ke-13, sebaliknya satu proses yang berterusan. Pilihan raya  boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.
"Terpulang kepada kami untuk  menentukan bila masa yang paling baik," katanya, sambil menolak tanggapan bahawa  konvensyen itu diadakan semata-mata untuk BN membuat persiapan menghadapi  pilihan raya umum akan datang.
http://malaysiakini.com/news/150049
 
 
No comments:
Post a Comment