Dis 19, 10 2:34pm
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui wujudnya kelemahan dalam  Pakatan Rakyat apabila terdapat beberapa anggotanya yang mula hilang tumpuan  setelah diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional  (BN).
 Bagaimanapun, beliau berkata kelemahan itu merupakan  cabaran terbesar yang perlu dihadapi dan sekaligus menyeru agar anggota parti  bersatu dan tidak mudah tersasar daripada tujuan asal untuk melakukan perubahan  menyeluruh kepada generasi akan datang.

Ada ketikanya Pakatan juga sering berhadapan dengan perbezaan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan pelbagai masalah, katanya dalam ucapan di Konvensyen Pakatan Kedua sehari di Dewan Millenium di Kepala Batas hari ini.
Konvensyen itu turut dihadiri presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
Selain itu, Abdul Hadi berkata PAS mengakui tidak mempunyai masa yang panjang untuk melaksanakan beberapa dasar yang dirangka oleh Pakatan kerana BN sentiasa mencari jalan meruntuhkan negeri pimpinan mereka.
Beliau berkata negeri pimpinan Pakatan tidak akan memberi makna dalam politik baru negara sekiranya gagal menunjukkan kaedah pemerintahan jauh lebih baik daripada negeri yang ditadbir oleh BN.
 Sementara itu Lim ketika berucap di konvensyen itu berkata  Pakatan telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Ia merupakan sesuatu yang sangat penting dan kritikal, dan kita telah bersedia sepenuhnya," katanya.
Dr Wan Azizah pula berkata konvensyen Pakatan kedua ini membuktikan parti dalam pakatan ini masih kukuh dan bekerjasama antara satu sama lain.
Beliau turut menafikan bahawa anggota parti Pakatan Rakyat, PAS, DAP, PKR menghadapi masalah dalaman dan berada di ambang perpecahan.
 "Dakwaan yang Pakatan merosot dan menghadapi masalah  dalaman sehingga akan dibubarkan adalah salah, sebaliknya kami sentiasa bersatu  dan konvensyen ini membuktikan PR masih kukuh," katanya dalam sidang akhbar di  konvensyen tersebut.

Dr Wan Azizah berkata konvensyen ini juga akan mengeratkan lagi hubungan antara anggota dalam pakatan dan yakin mampu merancang pelbagai agenda untuk pengukuhan dalam pakatan tersebut.
- Bernama
Ada ketikanya Pakatan juga sering berhadapan dengan perbezaan pendapat dan pandangan dalam menyelesaikan pelbagai masalah, katanya dalam ucapan di Konvensyen Pakatan Kedua sehari di Dewan Millenium di Kepala Batas hari ini.
Konvensyen itu turut dihadiri presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
Selain itu, Abdul Hadi berkata PAS mengakui tidak mempunyai masa yang panjang untuk melaksanakan beberapa dasar yang dirangka oleh Pakatan kerana BN sentiasa mencari jalan meruntuhkan negeri pimpinan mereka.
Beliau berkata negeri pimpinan Pakatan tidak akan memberi makna dalam politik baru negara sekiranya gagal menunjukkan kaedah pemerintahan jauh lebih baik daripada negeri yang ditadbir oleh BN.
"Ia merupakan sesuatu yang sangat penting dan kritikal, dan kita telah bersedia sepenuhnya," katanya.
Dr Wan Azizah pula berkata konvensyen Pakatan kedua ini membuktikan parti dalam pakatan ini masih kukuh dan bekerjasama antara satu sama lain.
Beliau turut menafikan bahawa anggota parti Pakatan Rakyat, PAS, DAP, PKR menghadapi masalah dalaman dan berada di ambang perpecahan.
Dr Wan Azizah berkata konvensyen ini juga akan mengeratkan lagi hubungan antara anggota dalam pakatan dan yakin mampu merancang pelbagai agenda untuk pengukuhan dalam pakatan tersebut.
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/151196  
 
No comments:
Post a Comment