Dis 19, 10
11:00pm
Dalam ucapannya, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengumumkan  program 100 hari untuk rakyat melalui reformasi tulen yang boleh dilaksanakan di  bawah pentadbiran Pakatan.
Program itu merupakan resolusi sepuluh perkara  yang menggariskan secara terperinci bagaimana Pakatan akan mentadbir negara  untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.Pemimpin Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang  dijangka akan dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan  datang. 
Sebelum itu, Lim memberi amaran supaya jangan membiarkan Umno 'merampas'  Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat  Malaysia.
Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan  Persekutuan
mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada  pendekatan rasis mereka.
Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk  menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat  lain, juga mesti dilindungi.Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi  tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu  dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum  lain mengikut peruntukan Perkara tersebut.
Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua
umum  PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Dr  Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil  mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik  Mat.
Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang  dijangka berakhir jam jam 6 petang.Malam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin  Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen  hari ini.
Sebelum konvensyen bermula, pemimpin dan para perwakilan dihiburkan dengan  beberapa persembahan kesenian seperti persembahan silat, tarian singa dan  silamban (senibela diri dari selatan India).
Turut dipersembahkan ialah  tayangan mengenai prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang dengan berlatarbelakang  irama lagu popular P Ramli 'Getaran Jiwa'.Sementara itu, Wan Azizah, dalam ucapannya, memberi amaran  mengenai serangan berterusan terhadap Pakatan oleh Umno-BN, dengan menegaskan  bahawa ia jelas bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan di kalangan rakyat dan  penyokong Pakatan.
Katanya, mereka berbisik kepada orang Melayu bahawa  DAP akan menjual kepentingan Melayu, supaya orang Melayu mencurigai  DAP.
Menurutnya, mereka juga berbisik kepada bukan Melayu bahawa PAS  menentang mereka, supaya mereka bimbang terhadap PAS.
Mereka juga,  tambahnya, memberitahu seluruh Malaysia bahawa PKR dan Anwar mempunyai masalah  dengan Pakatan untuk meningkatkan kecurigaan di kalangan rakyat.Wan Azizah berkata Umno tidak akan pernah bosan menyebarkan  propaganda terhadap Pakatan bagi memecah belahkan gabungan  tersebut.
Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS akan terus menjadi  pemegang amanah melindungi Islam sebagai agama rasmi persekutuan, manakala agama  lain dibenarkan untuk diamalkan secara aman.
[Baca berita  penuh]
http://malaysiakini.com/news/151187
 
 
No comments:
Post a Comment