'Talibanisasi ke atas Syiah akan cetus keganasan'
 Dis 18, 10 9:31pm
Bekas mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau bimbang tindakan yang  diambil kerajaan supaya menahan pengikut Syiah akan menimbulkan ketegangan dan  unsur-unsur keganasan di dalam negara.
 Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan yang  berlaku susulan penahanan seramai 200 orang pengikut ajaran Syiah oleh Jabatan  Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis lalu.

Dilaporkan, dua orang pemimpin kumpulan itu turut ditahan dalam serbuan tersebut di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves.
Anggota kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka Hauzah Ar-Ridha Alaihissalam, meliputi golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan, menurut laporan.
 Tumpuan kerajaan ke atas gerakan Syiah di negara kini  semakin memuncak dengan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi dan JAIS  meningkatkan pemantauan ke atas  pensyarah dan pelajar universiti bagi membendung pengaruh ajaran  itu.

Malah tindakan tegas juga akan diambil ke atas pelajar dan pensyarah yang didapati terlibat dengan ajaran itu.
Mengulas lanjut Mohd Asri berkata penahanan pengikut Syiah seperti itu membuktikan negara menuju era "Talibanisasi" sekiranya tindakan itu dilakukan "tanpa sebarang tanda zahir (pengikut kumpulan berkenaan) melakukan keganasan."
"Saya tidak dapat menerima pendekatan kerajaan Malaysia yg kononnya demokratik yg menafikan kebebasan rakyat utk mengamal apa yang mereka yakin selagi tidak menggugat keselamatan awam
 "Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dgn ajaran  Syiah bahkan sering mengkritik dan berhujah dgn mereka

"Dalam era globalisasi pendekatan hujah dan ilmu hendaklah mendahului pendekatan kuasa dalam isu-isu hak rakyat. Hujah (perlu) ditentang oleh hujah, bukan hujah ditentang oleh kuasa," katanya lagi dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Dilaporkan, dua orang pemimpin kumpulan itu turut ditahan dalam serbuan tersebut di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves.
Anggota kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka Hauzah Ar-Ridha Alaihissalam, meliputi golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan, menurut laporan.
Malah tindakan tegas juga akan diambil ke atas pelajar dan pensyarah yang didapati terlibat dengan ajaran itu.
Mengulas lanjut Mohd Asri berkata penahanan pengikut Syiah seperti itu membuktikan negara menuju era "Talibanisasi" sekiranya tindakan itu dilakukan "tanpa sebarang tanda zahir (pengikut kumpulan berkenaan) melakukan keganasan."
"Saya tidak dapat menerima pendekatan kerajaan Malaysia yg kononnya demokratik yg menafikan kebebasan rakyat utk mengamal apa yang mereka yakin selagi tidak menggugat keselamatan awam
"Dalam era globalisasi pendekatan hujah dan ilmu hendaklah mendahului pendekatan kuasa dalam isu-isu hak rakyat. Hujah (perlu) ditentang oleh hujah, bukan hujah ditentang oleh kuasa," katanya lagi dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.
http://malaysiakini.com/news/151170
 
No comments:
Post a Comment