Pengerusi persatuan, Dr Mohd Yusof Ismail berkata banyak perkara yang memerlukan pindaan terhadap deraf asal dibincangkan dalam lab rang undang-undang itu di Melaka pada Ogos lepas dan sepatutnya segala pindaan dibincangkan serta mendapat persetujuan penduduk terlebih dahulu sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.
PPKB 'kebal' tindakan  undang-undang
"Antara aspek yang dibincang pada lab tersebut ialah  bidang kuasa perbadanan, kerana menurut deraf asal, perbadanan itu akan  mempunyai kuasa yang luas termasuklah dari segi pengambilan tanah penduduk  manakala Majlis Penasihat yang dikatakan akan dianggotai oleh Lembaga  Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) tidak akan mempunyai pengaruh  terhadap keputusan perbadanan."Selain itu, anggota perbadanan juga dijamin perlindungan  mereka daripada tindakan undang-undang di mana peruntukan seumpama ini akan  membawa kepada kesan yang tidak baik," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur,  hari ini.
Dr Mohd Yusof berkata walaupun perjumpaan telah dibuat oleh  pihak kementerian dengan 200 penduduk dari Kampung Hujung Pasir dan Kampung  Periok pada Selasa lepas, namun penjelasan yang diberi terlalu umum.
"... dan juga boleh dipersoalkan sama ada 200 orang yang menghadiri  pertemuan itu tahu tentang perkara penting terkandung dalam rang undang-undang  itu," katanya yang mendesak agar kementerian berkenaan memberi penjelasan secara  terperinci kepada seluruh penduduk Kampung Baru sebelum rang undang-undang itu  dikemukakan untuk bacaan kali kedua di Parlimen.
Dr Mohd Yusof, yang juga  bekas Pengarah (Industri) Unit Perancang Ekonomi(EPU), turut mengulas mengenai  harga tanah terlalu rendah yang dinilai oleh syarikat perunding pelaburan  hartanah antarabangsa, Rahim & Co yang dilantik oleh kementerian.
Nilai hartanah terlalu rendah
"Rahim & Co pernah mengatakan bahawa nilai tanah Kampung Baru boleh  berganda, tetapi kalau nak diikutkan pada harga tanah yang ditetapkan mereka  (Rahim & Co), tanah di Kampung Baru
sekarang bernilai RM350 sekaki  persegi (skp) untuk tanah perumahan."Tetapi persoalannya jika tanah yang dijual oleh keluarga  Tan Sri Aishah Ghani 15 tahun lepas boleh mencecah RM500 skp, jadi bagaimana  harga tanah di Kampung Baru sekarang boleh ditetapkan pada paras yang  sedemikian.
"Sepatutnya, harga minimum ditetapkan pada RM700 skp dan  boleh mencapai sehingga RM2,000 skp," tegas beliau.
Sementara itu,  seorang penduduk yang ditemui, Hasri Yazid, 42, berpendapat kementerian perlu  mengutamakan persetujuan penuh penduduk Kampung Baru terlebih dahulu sebelum  membuat apa-apa keputusan.
"Dari segi pembangunan, jangan nafikan hak  kami untuk mendapatkan penjelasan yang penuh," katanya.
Seorang lagi  penduduk, Fuad Fahmy, 37, pula berkata generasi muda Kampung Baru seperti beliau  tidak akan menolak pembangunan, malahan mereka ingin lihat Kampung Baru  membangun.
"Tapi, kita hanya minta kerajaan supaya telus membuat cadangan  dan penjelasan, kerana terlalu banyak keraguan mengenai rang undang-undang itu  sekarang," katanya.
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/151159
 
 
No comments:
Post a Comment