Pakatan akan buktikan ia lebih baik daripada BN
 Hafiz Yatim & Abd Rahim Sabri
Dis 17, 10
12:31pm
Dis 17, 10
12:31pm
Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadual Ahad ini akan cuba membuktikan kepada  rakyat bahawa gabungan parti pembangkang itu adalah alternatif yang lebih baik  daripada BN, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mujahid Yusof.
 Menurut Mujahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa  penganjuran konvensyen itu, persidangan yang bertemakan "Ubah Sekarang" antara  lain akan membincangkan mengenai isu dan membentuk pandangan Pakatan berhubung  isu Melayu, federalisme, dan keadilan dalam  pengagihan ekonomi rakyat.

Katanya perkara berkenaan akan dibincangkan oleh ketiga-tiga presiden parti - PAS, DAP dan PKR - dalam konvensyen sehari di Dewan Millenium, Kepala Batas.
"Ia merupakan peluang kepada Pakatan untuk menunjukkan bahawa kita lebih baik daripada BN. Tujuan utama kita, sekiranya Pakatan berkuasa, kita akan cuba meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM4,000 berbanding RM3,500 sekarang ini," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
 Mujahid - yang merupakan anak bongsu bekas presiden PAS  Yusof Rawa, berkata yang penting dalam konvensyen itu ialah Pakatan akan  membincangkan konsep ketuanan Melayu dan isu yang berkaitan  dengannya.

Katanya, Pakatan juga mahu memperkasakan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan tanpa mengganggu hak kaum yang lain.
"Definisi tersebut berlainan daripada konsep "ketuanan Melayu" seperti mana yang tersebar luas. Tambahan pula, kita berharap konsep Pakatan tentang federalisme, di mana kekayaan negara dapat diagihkan dengan adil, dapat menarik minat rakyat (bersama Pakatan)," katanya.
 "Rakyat Sabah dan Sarawak pastinya mengenal diri mereka  dengan objektif, kami ingin meningkatkan pendapatan isi rumah. Pandangan kami  mengenai federalisme bakal menjadikan Pakatan sebagai alternatif kepada rakyat,"  katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Konvensyen kali kedua - selepas berlangsung kali pertama di Selangor yang mana ia membincangkan rangka polisi umum bagaimana ketiga-tiga parti itu dapat berkerjasama.
 Kira-kira 1,800 perwakilan - 600 peserta dari setiap parti  - bakal bersidang hujung minggu ini. Selain itu, orang ramai juga akan  berpeluang melihat pameran mengenai pencapaian dan kejayaan negeri yang ditadbir  Pakatan Rakyat temasuk Perak dan Terengganu pada 1999.

[Baca berita penuh]
Katanya perkara berkenaan akan dibincangkan oleh ketiga-tiga presiden parti - PAS, DAP dan PKR - dalam konvensyen sehari di Dewan Millenium, Kepala Batas.
"Ia merupakan peluang kepada Pakatan untuk menunjukkan bahawa kita lebih baik daripada BN. Tujuan utama kita, sekiranya Pakatan berkuasa, kita akan cuba meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM4,000 berbanding RM3,500 sekarang ini," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Katanya, Pakatan juga mahu memperkasakan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan tanpa mengganggu hak kaum yang lain.
"Definisi tersebut berlainan daripada konsep "ketuanan Melayu" seperti mana yang tersebar luas. Tambahan pula, kita berharap konsep Pakatan tentang federalisme, di mana kekayaan negara dapat diagihkan dengan adil, dapat menarik minat rakyat (bersama Pakatan)," katanya.
Konvensyen kali kedua - selepas berlangsung kali pertama di Selangor yang mana ia membincangkan rangka polisi umum bagaimana ketiga-tiga parti itu dapat berkerjasama.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/151050
 
No comments:
Post a Comment