“Apa masaalah MUBARAK? Apa masalah kerajaan untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.
“Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka  saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap,” katanya.
Menurut Nasrudin  beliau sendiri akan berada di saff hadapan pada perhimpunan itu nanti dan  mengingatkan kerajaan khususnya pemimpin BN supaya tidak menakut-nakutkan rakyat  dengan ISA.“Jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan  melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah  perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan  kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang  dituntut oleh Islam, justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran  ini,” katanya.
Menurut Nasrudin, himpunan BERSIH tidak meminta suatu yang  merugikan mana-mana pihak termasuk kerajaan.
“Apa yang kita minta ialah  padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan  berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem  pengendalian pilihanraya dalam negara ini,” katanya.Pemimpin PAS itu berkata himpunan BERSIH pada 9 Julai ini  diadakan setelah tuntutan pelbagai pihak yang mahu pilihan raya yang adil dan  telus di negara ini tidak dilayan dengan baik oleh kerajaan dan pihak  berkuasa.
Beliau juga memberikan jaminan himpunan BERSIH akan diadakan  secara aman dan menggesa semua pihak termasuk peniaga supaya tidak perlu bimbang  kerana tiada perkara yang tidak diingini akan berlaku sekiranya mana-mana pihak  termasuk polis tidak mencetuskan provokasi.
“Saya yakin, yang rasa tidak  aman ialah Umno dan BN, yang resah ialah Umno dan BN dan yang gundah ialah Umno  dan BN.“Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan  menangani masalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan.  Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah  ditentukan, silakanlah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa-apa,”  katanya.
Beliau mengakhiri kenyataannya menggesa semua rakyat dari  seluruh negara supaya melawat Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Pelancongan  pada 9 hb Julai ini adalah bertemakan 'Keadilan dan Ketelusan' di samping  menikmati kota raya negara kita sendiri.
“Datang jangan tak datang. Saya  tunggu anda semua,” katanya.
http://malaysiakini.com/news/167291
 
 
No comments:
Post a Comment