Jun 18, 11 6:57pm
Kerajaan negeri Terengganu sedang mengenalpasti satu kawasan yang sesuai untuk  dijadikan litar lumba motosikal bagi anak-anak muda yang berminat dalam sukan  berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat, berkata setakat ini beberapa kawasan telah dikenalpasti iaitu di Merang, Gong Badak dan Seberang Takir.
 "Yang penting kedudukan litar itu tidak mengganggu  masyarakat dan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup  Karnival Belia Terengganu, di Kuala Terengganu, hari ini.

Katanya litar yang bakal dibuka itu memerlukan kawasan seluas 1.6 hektar dan dijangka akan dibina secepat mungkin dalam usaha untuk mengatasi masalah mat rempit di negeri itu.
Rozi berkata kos pembinaan litar tersebut sedang diteliti dan beberapa syarikat permotoran telahpun menyatakan persetujuan untuk memberikan sokongan dan panduan dalam pembinaan litar itu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat, berkata setakat ini beberapa kawasan telah dikenalpasti iaitu di Merang, Gong Badak dan Seberang Takir.
Katanya litar yang bakal dibuka itu memerlukan kawasan seluas 1.6 hektar dan dijangka akan dibina secepat mungkin dalam usaha untuk mengatasi masalah mat rempit di negeri itu.
Rozi berkata kos pembinaan litar tersebut sedang diteliti dan beberapa syarikat permotoran telahpun menyatakan persetujuan untuk memberikan sokongan dan panduan dalam pembinaan litar itu.
Beliau berkata, apabila siap kelak, ia akan menjadi litar pertama seumpananya di  negeri itu.
- Bernama
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/167330
 
No comments:
Post a Comment