Jun 19, 11
8:50am
Beliau juga menggesa AMK terus bekerja sedaya upaya dengan menyusun jentera serta turun ke akar umbi untuk berdepan dengan BN dengan penuh yakin pada pilihan raya umum itu.
"Orang (yang yakin) di barisan hadapan, pimpinan (AMK yang) kurang yakin, tolak ke belakang," tegasnya.
Menurutnya, syarat tersebut turut diaplikasi kepada pemimpin AMK di semua peringkat termasuk di peringkat pusat atau negeri.
Oleh itu, Anwar menggesa ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin - yang juga hadir dalam himpunan itu - mengkaji kepemimpinan AMK di semua peringkat yang mempunyai tahap keyakinan tinggi untuk diketengahkan ke hadapan.
"Angkatan Muda Keadilan, yang (mempunyai) keyakinan, kita akan ketengahkan. Yang kurang yakin, susun di barisan belakang," katanya yang mendapat tepukan dan sorakan lebih seribu anggota AMK di Shah Alam malam tadi.
"Buat sekarang, (kamu semua) beritahu Shamsul Iskandar, (buat) sekarang," katanya sambil diiringi ketawa dan ajukan anggota AMK perkataan "sekarang" beberapa kali.
Anwar membuat cabaran demikian sekalipun beliau sedar bahawa Shamsul Iskandar mampu untuk bertindak seperti yang dicadangkannya.
Erti perjuangan
Bercakap dalam majlis  Rapat Anak Muda 13.0 di Dewan Jubli Perak di Shah Alam, Anwar menasihatkan AMK  dan ahli-ahlinya untuk memperkuatkan parti ketika berdepan BN pada pilihan raya  umum kelak.
Malah, beliau juga menegur anggota AMK yang didakwanya  "merengek atau mengeluh" kerana tidak bersetuju dengan beliau atau dengan ketua  cabang tertentu dalam sesuatu perkara.Dengan  tidak menyebut identiti anggota itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut  seperti orang "yang tidak mengenali erti pejuangan".
"Jangan bertelagah  sesama kita kerana setiap tenaga diperlukan walaupun tidak bersetuju dengan  saya... (Kalau) ada agenda tersendiri sukar untuk dipertahankan.
"Parti  ini adalah jamaah dan kita bertungkus lumus (struggle) sebagai sebuah pasukan.  Ini agenda kita... Ada masa kita bersaingan dalam parti, ada masa kita bertempur  dengan dalam gelanggang.
"Sekarang adalah masa untuk kita bertempur dalam  gelanggang untuk melawan Umno dan BN," tegasnya.
Dengan nada yang serius  Anwar berkata AMK harus sedia melalui "pahit getir' dalam perjuangan walaupun  ada yang di tahan, di penjara atau di hadap ke mahkamah.
Bagaimanapun,  beliau meminta anggota AMK terus yakin bahawa rakyat bersama dengan perjuangan  Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Umno dan BN sungguhpun berdepan pelbagai fitnah  dan hasutan.
Cetusan dhamir
Beliau turut mengingatkan anak muda dalam sayap parti agar sentiasa mengikut  kata hati atau cetusan dhamir dalam usaha untuk membela nasib dan masa depan  rakyat.Anwar yang juga ketua pembangkang berkata dengan mengikut  cetusan dhamir tersebut menyebabkan mereka "tidak terpukau dan terpedaya" bagi  meneruskan agenda perubahan.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar AMK  menggilap semula "jeritan dhamir itu menjadi satu jeritan suci" demi survival  negara dan mengembalikan hak yang terjamin dalam perlembagaan sebagai seorang  muslim atau rakyat.
Mengulas perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan berlangsung  pada 9 Julai ini, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh mengajak semua  pihak untuk menyertai perhimpunan itu.Dengan nada menyindir, Anwar berkata perhimpunan itu tidak  sama seperti "jerit-jerit Pemuda Umno" - yang juga bercadang untuk berhimpun  pada tarikh yang sama.
"Kita berjuang kerana prinsip, bukan hanya  (mencari) keasyikan semata-mata," katanya.
Anwar turut menasihatkan  anggota AMK berperanan di peringkat akar umbi dengan memperbanyakkan program  demi memastikan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan menjadikan Umno sebagai  pembangkang.
Terima cabaran
Sementara itu, Shamsul Iskandar menyahut cabaran yang dibuat oleh Anwar yang  juga bekas timbalan perdana menteri supaya segera membuat perubahan demi  menyediakan pemimpin AMK di barisan hadapan."Saya terima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan saya  tahu isyarat dari saudara sekelian kepada saya untuk membuat  perubahan.
"Kita akan periksa (anggota dari) negeri mana yang tidak  datang hari ini... Kita akan periksa cabang mana yang tidak datang.
"Saya  ada senarai lengkap (bermula) dari Perlis sampai ke Sabah. Tapi dari cabang  mana, yang ini kita akan teliti," katanya.
Dalam pilihan raya umum akan  datang, Shamsul berkata beliau berjanji akan mencadangkan kepada kepimpinan PKR  Pusat bagi memastikan anggota AMK dipilih menjadi calon dalam pilihan raya  umum.
Oleh itu, beliau mahu anggota AMK bekerja bersungguh-sungguh demi  untuk memastikan bahawa negara dipimpin dari kalangan generasi anak muda pada  masa akan datang.
http://malaysiakini.com/news/167345
 
 
No comments:
Post a Comment