Jun 18, 11
9:34am
Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, Mohd Kamil mendakwa Khusrin mengeluarkan kata-kata fitnah itu di Utusan pada 15 dan 16 Disember tahun lalu.
Sehubungan itu, Mohd Kamil sebagai plaintif percaya bahawa kenyataan itu menggambarkannya sebagai pengikut Syiah yang menganggap umat Islam yang bermazhab lain sebagai kafir dan darahnya halal dan/atau boleh dibunuh.
Menurutnya, kenyataan Khusrin juga membawa makna plaintif adalah seorang pengikut ajaran Syiah yang lebih berbahaya dari ajaran sesat; pengikut ajaran Syiah yang sesat dari ajaran Islam; dan seorang Islam yang tidak beriman dengan kewajipan mengerjakan haji.
Dalam writ saman itu, Mohd Kamil berkata, penyiaran kenyataan tersebut menyebabnya menanggung malu dan aib yang amat berat dan juga kesengsaraan dari segi maruah, air muka, kredibiliti, karakter dan reputasi.
Tuntut siar maaf 3 hari
Utusan  juga didakwa menerbitkan kenyataan itu tanpa usul periksa dan dengan niat jahat  bagi mensensasikan berita dan melariskan akhbar tersebut.
Tindakan itu bagi mendapat faedah kewangan tanpa mengambil  berat reputasi, maruah dan harga diri plaintif.
Sementara JAIS pula  didakwa bertanggungjawab atas segala tindakan dan perbuatan yang  Khusrin.
Utusan dinamanakan sebagai defendan pertama, Khusrin  sebagai defendan kedua dan JAIS pula sebagai defendan ketiga.
Mohd Kamil  juga mendakwa telah dua kali menghantar notis meminta defendan-defendan menarik  balik tuduhan itu, meminta maaf dan membayar gantirugi.
Sehubungan itu,  Mohd Kamil menarik balik tuduhan fitnah dan memohon maaf yang disiarkan di muka  hadapan Utusan selama tiga hari dan memberikan gantirugi am, gantirugi teladan,  gantirugi melampau, kos dan lain-lain relif yang ditetapkan mahkamah.
Mohd Kamil diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin daripada tetuan Mohamed Hanipa & Associates.
http://malaysiakini.com/news/167279
 
 
No comments:
Post a Comment