Rais: Kerajaan tak gentar dengan 'Anonymous'
 Jun 18, 11 3:29pm
Kerajaan tidak gentar dengan ancaman kumpulan penggodam yang menyerang 198 laman  web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan sejak lima hari lalu, kata Menteri  Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.
 Katanya Malaysia sebagai negara berdemokrasi mempunyai  undang-undang untuk menghukum mereka yang melakukan perbuatan itu.

Beliau memberi jaminan siasatan serangan oleh kumpulan penggodam yang bergelar 'Anonymous' itu akan diketahui dalam masa terdekat selepas pihak yang berkaitan mengenalpasti mereka yang terbabit dalam kejadian itu.
"Dalam perkiraan kita, mereka tidak menang dan kita tidak perlu takut kepada gertak dari dalaman mahupun luar tanah air," katanya kepada pemberita selepas memulakan perlawanan persahabatan badminton antara pasukannya, D'sury mementang Kraftangan Malaysia di Institut Kraf Negara di Rawang, hari ini.

Menurutnya, serangan penggodam itu tidak merebak dengan meluas kerana hanya  sebahagian laman web rasmi kerajaan mahupun swasta mengalami kerosakan dan tidak  mengakibatkan kelumpuhan terhadap keseluruhan sistem laman web yang  digodam.
- Bernama
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/167308
 
No comments:
Post a Comment