Jun 30, 11
1:30pm
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berjanji anggota parti Islam itu akan berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang.
“Semua anggota akan berkelakuan baik dan teratur seperti pada demonstrasi  sebelum ini. Jika tidak, polis boleh bertindak ke atas mereka," katanya.
Menurut Mohamad, polis atau pihak keselamatan boleh menahan dan mengambil  tindakan terhadap ahli PAS yang melanggar undang-undang.
"Polis boleh  ambil tindakan atau menahan ahli PAS yang buat kacau seperti membakar kereta  atau melempar batu. Kita tidak akan membela mereka kalau betul ahli PAS  bertindak ganas," katanya. 
Mohamad yang terkenal sebagai pemidato yang lantang hadir di balai polis  daerah Gombak untuk memberi keterangan berhubung apa yang diperkatakannya pada  muktamar parti itu yang lalu.
Katanya, PAS menyokong BERSIH kerana  tuntutannya yang mahu pilihan raya yang bebas dan adil.
“Namun, kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan seterusnya (jika ini  berlaku),” katanya.Mohamad juga memberi jaminan bahawa ramai akan keluar  menyokong perhimpunan 9 Julai itu tetapi tidak dapat memberikan ramalan  jumlahnya tetapi mengulangi ia adalah himpunan yang aman.
“Saya mahu  polis dengan serius menyiasat sebuah pertubuhan yang mendakwa akan berlaku  'pertumpahan darah' jika BERSIH diteruskan. Perkataan seumpama ini berbaur  hasutan dan tidak perlu,” katanya.
 
 
No comments:
Post a Comment