"Saya mahu menjelaskan bahawa yang kita guna pinjaman itu baru RM3.5 bilion, pinjaman yang diluluskan ialah RM6.5 bilion. Sama ada kita buat keputusan untuk mengambil RM3 bilion lagi baki pinjaman itu akan diputuskan kemudian.
"Semasa kita membuat keputusan untuk meminjam, harga kelapa sawit tidak berapa tinggi nilainya, sekarang harga kelapa sawit dan getah sudah tinggi, jadi ada kemungkinan Felda akan mengkaji sama ada akan mengambil baki RM3 bilion pinjaman itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata Felda telah membuat pelaburan yang menguntungkan dengan  memiliki syarikat gula tersebut apabila memiliki dana terkumpul berjumlah RM1.1  bilion selepas hanya dua hari disenaraikan di Bursa Malaysia.
"Saya nak  maklumkan hari ini MSM ketika menyenaraikan tawaran awam permulaannya adalah  RM3.50 dan pada hari pertama meningkat tertinggi kepada RM5.04 dan semalam  RM4.98 dan hari ini RM4.80. Jadi peneroka tidak perlu risau dengan pinjaman  daripada KWSP ini," tambahnya.
Katanya, Felda sebelum ini pernah membuat  pinjaman berjumlah RM4.9 bilion pada 70-an atau 80-an daripada kerajaan, Tabung  Kewangan Antarabangsa, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kuwait dan Tabung Saudi,  dan berjaya membuat bayaran balik lebih awal iaitu pada 2000 berbanding tempoh  yang diberi iaitu sehingga 2013.
"Felda mempunyai rekod yang baik dalam  menyelesaikan pinjaman. Pinjaman dengan KWSP RM3.5 bilion ini patut diselesaikan  10 tahun dan kita lihat bagaimana kita boleh melunaskan pinjaman itu,"  katanya.
Ahmad berkata kenyataan KWSP juga menyebut secara keseluruhan  syarikat itu menganggap pinjaman tersebut merupakan pelaburan yang dapat  menyumbang ke arah pencapaian dividen yang baik kepada pencarumnya memandangkan  ia menjana pulangan yang menarik serta berisiko rendah.
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/168517
 
 
No comments:
Post a Comment