Ogos 17, 11
4:39pm
"Kebimbangan saya adalah jika atas nama pemaju swasta yang mereka ini, tidak ada sokongan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, ia sangat terdedah kepada manipulasi pelbagai pihak yang akhirnya anak peneroka Felda menjadi mangsa.
"Saya percaya anak peneroka yang dijanjikan (skim) ini (akan diminta) memberi wang pendahuluan atas skim ini, (tetapi jika ia) akhirnya gagal, siapa yang akan bertanggungjawab?" soalnya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.
Menurut Mazlan, pihaknya sudah mendapat maklumat wujudnya orang tengah atau broker yang masuk ke kawasan Felda tertentu untuk menawarkan skim berkenaan kepada peneroka generasi kedua.
Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata taklimat berhubung skim rumah tersebut telahpun berjalan.
Lebih murah
Beliau mengulas laporan akhbar berhubung Gabungan Wawasan  Generasi Felda (GWGF) yang mengambil inisiatif memperkenalkan projek kediaman  berkonsepkan taman perumahan yang lebih murah daripada projek perumahan  biasa.
Dilaporkan sebanyak 160,000 unit rumah teres, separa  berkembar, dan banglo berharga dari RM19,000 hingga RM73,000 akan dibangunkan  secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian tanah rancangan  Felda.
Setakat ini GWGF yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali Ismail  telah menyelesaikan urusan pemilikan tanah dengan kerajaan negeri di Jengka 1  dan 9 di Pahang yang projek dijangka bermula tidak lama lagi.
Dua lagi projek akan dilaksanakan di Felda Gugusan Sungai  Dusun, Selangor dan Felda Gugusan Taib Andak di Johor. Bagaimanapun GWGF  menghadapi masalah dalam urusan pemilikan tanah di Felda Gugusan Sungai Dusun  kerana didakwa "tidak mendapat kerjasama baik daripada kerajaan negeri". 
Mazlan mendakwa semasa pentadbiran Tan Sri Muhammad Mohd Taib, bekas  menteri besar Selangor itu telah meluluskan projek pembangunan perumahan untuk  145 orang kakitangan Felda dalam parlimen Hulu Selangor.
Dengan memberi  contoh dan menunjukkan salinan bukti bagi menggambarkan kebimbangannya, Mazlan  mendakwa mereka telah berpencen awal kerana "menyahut skim ini" kerana  ditawarkan tapak rumah dan tanah seluas dua ekar dan perkara itu telah  diluluskan dalam mesyuarat exco.
"Yang menjadi kehairanan saya, tanah  yang diluluskan (sebanyak) 290 ekar, ke mana perginya, sebab ia telah  diluluskan.
Status tanah
"Saya cabar pihak yang berkenaan ini, tolong isytihar status tanah ini yang  terletak di Sungai Tengi Selatan," katanya.
Mazlan mendakwa berdasarkan  pengakuan kakitangan itu, mereka tidak mendapat faedah langsung daripada projek  berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan memuji tindakan Menteri  Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang meluluskan sejumlah tanah seluas 50  ekar untuk projek perumahan bagi anak peneroka Felda.
Bahkan kerajaan negeri, katanya sedang mengenal pasti  pemaju daripada anak syarikat kerajaan negeri untuk menjalankan projek itu yang  majlis pecah tanahnya dijangka akan diadakan akhir tahun ini.
Mazlan -  yang juga adalah ahli jawatankuasa Task Force yang ditubuhkan kerajaan negeri -  berkata bagi projek perintis itu dicadangkan dibina Sungai Tengi di atas tanah  seluas 12 ekar.
Kira-kira sekitar 100 buah rumah mampu milik akan dibina  di atas tanah itu, tambahnya.
"Kalau negeri-negeri lain nak buat, ini  mesti di bawah tanggungjawab kerajaan negeri yang didokong oleh kerajaan pusat,  seperti Syarikat Perumahan Negara.
"Barulah orang kata, ada satu jaminan kepada anak-anak peneroka Felda. Kalau tidak... minta maaflah, saya sangat cemburulah dengan kenyataan dan janji seperti ini," katanya sambil ketawa sinis.
http://malaysiakini.com/news/173303
 
 
No comments:
Post a Comment