Ogos 17, 11
2:11pm
Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.
Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.
Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.
"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut  mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi  pembangkang.
"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi  pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan  bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.
Selain Kamarulzaman,  turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama  kali muncul pada awal bulan ini  dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada  1986.
Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih  400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.
Apa yang menghairankannya,  tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai  pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya  lagi.
Tambahnya (foto kiri), kertas undi berkenaan mungkin  dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan  peralihan.
"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa  untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima  arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.
"Kita  tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH,  barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.
Turut bercakap dalam sidang  media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan  seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.
Mohd Kamil  mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk  tugas menanda "sekotak kertas undi."
Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa,  beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak  betul."
Risman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda  kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun  1978.
"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang  menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas  undi.
Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat  demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.
Mengulas dakwaan yang  dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata  pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian  pos.
Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan  kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.
Beliau  juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan  raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.
http://malaysiakini.com/news/173273
 
 
No comments:
Post a Comment