Ogos 17, 11 8:21pm
CIMB Group Holdings Bhd hari ini berkata ia belum menerima sebarang surat dari  kerajaan yang dilaporkan di dalam media sebagai telah dihantar kepada Syarikat  Berkaitan Kerajaan (GLC) yang berkaitan penyelesaian saman di luar mahkamah yang  melibatkan Tan Sri Tajudin Ramli. 
 Menurut laporan media, sebilangan GLC sedang  berunding bagi mendapatkan penyelesaian global kesemua saman sivil dan pada  semua peringkat mahkamah terhadap bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines  itu.

Laporan itu berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah mengesahkan bahawa terdapat cadangan bagi dilakukan penyelesaian di luar mahkamah.
Nazri berkata kerajaan telah memikirkan mengenai penyelesaiakan itu sejak enam bulan lepas bagi manfaat pihak-pihak yang terlibat kerana jika kes-kes itu dibawa ke mahkamah, akan memakan masa yang panjang bagi mendapatkan penyelesaian.

"Sebarang penyelesaian dakwaan balas di mana CIMB dinamakan sebagai satu pihak  akan bergantung kepada pengesahan lembaga berkenaan dan akan diumumkan kelak,"  kata CIMB kepada Bursa Malaysia hari ini.
- Bernama
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/173335
 
No comments:
Post a Comment