Friday, December 19, 2008

Harga minyak masak turun

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Harga minyak masak boleh diturunkan sekiranya harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) berada di bawah paras RM1,500 satu tan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Samad berkata, kemungkinan harga minyak masak turun tinggi jika keadaan itu berlaku.

Menurutnya, kebanyakan pengguna tidak menyedari bahawa harga minyak masak tidak pernah meningkat kerana subsidi yang diberikan kerajaan.

Malah, katanya, kerajaan membelanjakan RM1 bilion setahun bagi peruntukan subsidi minyak masak di pasaran tempatan.

“Boleh dikatakan harga minyak masak tempatan tidak turun kerana ia tidak pernah naik seperti disangka pengguna.

“Tapi apabila harga berkenaan berada di paras yang menyebabkan kerajaan tidak perlu lagi memberikan subsidi barulah boleh dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Kedai Harga Patut 2008/09 di sini, semalam.

Sejumlah 373 daripada 1,668 penyertaan premis perniagaan seluruh negara menerima Anugerah Kedai Harga Patut 2008/09 yang diadakan selama sebulan sejak Jun lalu.

Anugerah ini dilaksanakan untuk mengenal pasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang menjual produk tarikan pelancong pada harga berpatutan bertepatan dengan kualiti barang serta perkhidmatan ditawarkan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081219090955/Article/index_html

Kelantan paling tinggi

Oleh Kamarulzaman Pid
amar@hmetro.com.my



PUTRAJAYA: Kelantan negeri paling tinggi mencatat kes demam chikungunya sepanjang minggu lalu iaitu 38 kes, diikuti Kedah sebanyak 34 kes.

Dalam tempoh 7 hingga 13 Disember lalu, 158 kes demam chikungunya dilaporkan di seluruh negara menjadikan jumlah kes demam itu hingga kini 3,854 kes.

Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata kawasan terbabit mempunyai kadar pembiakan nyamuk aedes yang tinggi dengan tempat pembiakan utama ialah pasu bunga, tong sampah dan tin kosong.

“Majoriti iaitu 2,991 kes demam Chikungunya dirawat sebagai pesakit luar manakala bakinya iaitu 873 kes menerima rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Selain Kelantan dan Kedah, sebanyak 31 kes demam itu dikesan di Perak, Johor (23), Selangor (18), Pahang (7), Kuala Lumpur (3), Negeri Sembilan (2) dan masing-masing satu kes di Perlis dan Melaka.

Mengenai demam denggi pula, Dr Hasan berkata, dua kematian dicatatkan sepanjang minggu lalu iaitu masing-masing di Selangor dan Terengganu yang menjadikan jumlah kematian akibat denggi di seluruh negara hingga 13 Disember lalu kepada 100 kes, berbanding hanya 96 kes kematian tahun lalu.

“Empat kawasan menunjukkan peningkatan jumlah kes berbanding pada minggu sebelumnya iaitu Wilayah Persekutuan Labuan dengan peningkatan sejumlah 100 peratus, Perak (62 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (8 peratus), Terengganu (8 peratus) dan Kelantan (tiga peratus).

“Pemeriksaan menunjukkan 83 peratus premis positif pembiakan aedes adalah rumah kediaman atau kedai.

“Dalam tempoh yang sama, kami mengumpul sebanyak 294 kompaun bernilai RM32,550,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081219090747/Article/index_html

Kediaman keluarga pelakon berkunci


BERTUTUP...wartawan menunggu di luar rumah keluarga Rita
di Utan Aji yang berkunci.



KANGAR: Keluarga Rita Rudaini di Kampung Sentua, Utan Aji, dekat sini, dikatakan cuba menyembunyikan diri selepas pendedahan kes pernikahan pelakon popular itu dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, semalam.

Harian Metro yang cuba mendapat ulasan keluarga pelakon itu di Perlis mengenai penikahan Rita dan Mohd Aidil Zafuan di Songkhla gagal selepas mendapati rumah pelakon berkenaan ditutup rapat dan berkunci.

Bagaimanapun, kehadiran dua kereta jenis Toyota Vios dan Proton Wira dilihat di hadapan rumah itu menimbul tanda tanya, manakala ucapan salam tidak dijawab seolah-olah rumah berkenaan tidak berpenghuni.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia melihat seorang lelaki dipercayai bapa tiri Rita Rudaini keluar dari rumah terbabit untuk membeli sarapan pagi di kedai berhampiran.

"Saya pun tidak tahu ke mana keluarga terbabit pergi tetapi (pagi semalam) saya lihat bapa tiri Rita keluar dari rumah untuk ke kedai berhampiran,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081219093409/Article/index_html

Rakan sepasukan terkejut

SEREMBAN: Ramai di kalangan rakan kepada pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, mengakui tidak tahu-menahu mengenai pemain itu sudah berkahwin dengan pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, walaupun mereka sentiasa bersama dalam pasukan bola sepak Negeri Sembilan.

Malah, mereka terkejut dengan berita yang tersiar di semua akhbar utama semalam mengenai pendedahan ahli keluarga Mohd Aidil yang mengakui pemain itu sudah berkahwin dengan artis berkenaan sejak lebih 10 bulan lalu iaitu pada 25 Februari tahun ini.

Seorang daripada rakannya dalam pasukan itu, Rezal Zambery Yahya, berkata dia tidak mengetahui mengenai perkahwinan Mohd Aidil, 21, dengan Rita Rudaini, 32, di Songkla, Thailand.

Menurutnya, dia dan rakan lain juga tidak melihat perubahan pada pemain pertahanan kebangsaan dan Negeri Sembilan itu sejak Februari lalu, malah Mohd Aidil tidak pernah menceritakan hubungannya dengan artis terbabit sama ada sebagai kawasan biasa mahupun sebagai isteri.

“Walaupun kami bersama dalam satu pasukan bola sepak, kami tidak pernah diberitahu mengenai perkahwinan mereka, malah sepanjang tempoh berkenaan, kami juga tidak melihat apa-apa perubahan pada diri Mohd Aidil.

“Kami sebenarnya baru hari ini (semalam) mendapat tahu mengenai perkahwinan Aidil dengan Rita selepas membaca akhbar.

Walaupun beberapa tahun sebelum itu akhbar mendedahkan hubungan mereka tetapi kemudian senyap seketika,” katanya di sini, semalam.

Rezal Zambery yang juga kapten pasukan Negeri Sembilan, bagaimanapun menyifatkan tindakan itu tiada salahnya kerana perkahwinan sesuatu yang baik walaupun tindakan Mohd Aidil dan artis itu mengguris hati keluarga masing-masing.

Menurutnya, jodoh pertemuan ketentuan Tuhan dan pemilihan Rita Rudaini sebagai isteri hak pemain itu.

“Saya mendoakan mereka berdua bahagia dan berharap Mohd Aidil tidak hilang tumpuan untuk membantu pasukan bola sepak Negeri Sembilan mencatat kejayaan cemerlang,” katanya.

Seorang lagi pemain pasukan itu yang enggan dikenali juga terkejut dengan berita perkahwinan rakannya itu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081219093506/Article/index_html

‘Kami tak larikan diri’

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: “Saya rayu pihak media memberi ruang kepada saya mahupun isteri menyelesaikan beberapa perkara sebelum kami tampil memberikan sidang akhbar,” kata Mohd Aidil Zafuan, 21, yang dihubungi bagi mendapatkan kenyataan balas mengenai pernikahannya dengan pelakon popular, Rita Rudaini, 33.

Mohd Aidil turut meminta semua pihak menghormati pendiriannya dengan tidak mengganggu atau cuba mendapatkan kenyataan daripada ahli keluarganya mahupun keluarga Rita.

“Saya akui dalam hal ini saya yang bersalah dan kerana itu kami memohon maaf kepada ibu bapa saya dan keluarga.

“Tidak dinafikan dalam hal ini saya sepatutnya tampil dan memberikan kenyataan mengenai perkara ini, cuma masalahnya sekarang masa tidak mengizinkan kerana ada beberapa perkara yang perlu saya dan Rita selesaikan terlebih dulu.

“Nantilah, apabila segalanya sudah beres, saya bersama Rita akan mengadakan sidang media dan menjemput semua rakan wartawan serta menjawab segala soalan berbangkit,” katanya.

Mohd Aidil juga menafikan dia dan Rita cuba melarikan diri daripada media dengan menegaskan tiada apa yang mahu disorok kerana perkara sudah berlaku dan perkahwinan itu dibuat dengan tujuan baik.

“Saya bimbang kalau sidang akhbar diadakan sekarang, nanti ia akan berpanjangan, sekali gus memberikan kesan kepada semua orang bukan saja saya dan Rita, malah keluarga.

“Tekanan diberikan pihak luar yang mahu mendapatkan kenyataan balas kami mahupun ahli keluarga lain juga akan mempengaruhi kesihatan ibu bapa saya.

“Kasihanilah mereka dalam hal ini kerana ibu bapa saya tidak bersalah,” katanya lagi tanpa mahu mengulas panjang.

Kelmarin keluarga Mohd Aidil, mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan mengenai pernikahan Mohd Aidil dan Rita di Selatan Thailand, 25 Februari lalu.

Dalam kenyataan diberikan bapa Mohd Aidil, Abd Radzak Saleh, 59 menyatakan keluarganya menerima kenyataan membabitkan pernikahan itu tetapi terkilan kerana ia dirahsiakan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081219093555/Article/index_html

Anda kenal lelaki ini?


SUSPEK...dikehendaki.


SHAH ALAM: Polis mengedarkan lakaran wajah lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan penculikan seorang budak perempuan malam Sabtu lalu.

Penculikan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pada jam 8.30 malam berlaku kurang 50 meter dari rumahnya di Kampung Selayang Baru ketika dalam perjalanan pulang dari kedai runcit bersama adik lelakinya berusia lima tahun.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, berkata budak perempuan itu bagaimanapun tidak dicabul ketika diculik selama tiga jam.

“Dalam tiga jam itu, penculik membawanya ke beberapa tempat sebelum meninggalkannya di sebuah surau dekat Selayang,” katanya, semalam.


Khalid berkata, lelaki itu dipercayai Melayu dalam berusia 30-an, berkulit gelap, bermisai serta janggut dan mempunyai motosikal warna hitam.


Beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada penculik itu ‘pencabul Kampung Baru’ atau seorang yang meniru kegiatannya. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081219093927/Article/index_html

Pejabat koperasi diserbu

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my



ABDULLAH (kiri) dan rakannya Jaafar Atan di hadapan pejabat koperasi yang dipercayai menjalankan skim cepat kaya di Sentul semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Sebuah koperasi yang didakwa menjalankan skim cepat kaya kecoh semalam apabila pejabatnya yang terletak di Sentul diserbu oleh pelabur-pelaburnya yang menuntut supaya wang mereka dikembalikan.

Malah ada antara pelabur itu mengugut membuat laporan polis sekiranya wang mereka tidak dipulangkan dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Tinjauan ke premis koperasi terbabit mendapati pelabur-pelabur yang terlibat sudah mengunjungi pejabat tersebut sejak dari awal pagi bagi menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan setelah berita mengenai koperasi itu disiarkan Kosmo! kelmarin.

Bagaimanapun, usaha wartawan Kosmo! untuk bertemu dengan pengurusan koperasi itu gagal apabila salah seorang daripada kakitangannya meminta supaya satu temu janji dibuat terlebih dahulu.

Semalam Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mendedahkan, tiga buah koperasi iaitu Koperasi Usahawan Malaysia Berhad dan Koperasi Birr Berhad di Kuala Lumpur serta Koperasi Taqwa Malaysia yang beroperasi di Kota Bharu, Kelantan didapati menawarkan skim cepat kaya.

Ekoran itu, ketiga-tiga koperasi terbabit digantung dan asetnya dibekukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkuat kuasa kelmarin setelah SKM mendapati ia melanggar Akta Koperasi 1993 kerana menyeleweng dan melakukan kesalahan menjejaskan kepentingan ahli.

Seorang mangsa, Abdullah Mohd. Shuib, 57, yang sudah melabur sebanyak RM20,000 sejak dua tahun lalu kecewa dengan apa yang berlaku.

"Saya menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk melabur dalam skim ini, tidak sangka akhirnya duit hasil titik peluh saya kini lesap," kata pekerja syarikat swasta itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Dividen tinggi jadi perangkap - Tiga koperasi anjur skim cepat kaya diserbu, tawar dividen 12 peratus sebulan

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan JUNHAIRI ALYASA
berita@kosmo.com.my




PEJABAT Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (Kotaqwa) Wilayah Timur di Kota Bharu.
--------------------------------------------------------------------------------


PUTRAJAYA - Jika pada 1990-an berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia terpedaya dengan skim pelaburan anjuran individu bernama Pak Man Telo, kini koperasi berdaftar pula didakwa sudah terikut-ikut dengan janji keuntungan skim yang sama.

Bezanya, Pak Man Telo atau nama sebenarnya Osman Hamzah memperdayakan 50,000 orang dengan nilai pelaburan RM99 juta. Tiga buah koperasi kini didakwa menjalankan skim yang hampir serupa dengan mengutip RM80 juta daripada 5,000 ahli.

Akibatnya, operasi kesemua koperasi tersebut kini digantung dan asetnya dibekukan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berkuat kuasa semalam.

Koperasi-koperasi itu ialah Koperasi Birr Berhad (Birr) dan Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) yang beroperasi di Kuala Lumpur. Sebuah lagi koperasi yang turut digantung ialah Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (Kotaqwa) yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan.

Kegiatan koperasi-koperasi itu disiasat selepas pihak pengurusannya menawarkan perolehan dividen antara 8 hingga 12 peratus sebulan.

Dalam pendedahannya, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, kegiatan yang bermula sejak beberapa tahun lalu itu dibongkar dalam serbuan SKM bersama Bank Negara Malaysia (BNM) setelah ketiga-tiga koperasi itu didapati melanggar Akta Koperasi 1993 dan Akta Penggubahan Wang Haram.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Hukum Perkahwinan Janda

Dalilnya ialah:
¡°Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya¡±.
(Riwayat Darul-Qutni)

Rasulullah saw bersabda:
¡°Seseorang yang bukan anak dara mempunyai hak yang lebih besar mengenai dirinya daripada penjaganya. Persetujuan seorang anak dara haruslah dipinta berkenaan dengan sesuatu mengenai dirinya dan diam membisu pada haknya itu adalah bererti memberikan persetujuan¡±.
(Riwayat Muslim)

Wali Mujbir atau wali-wali yang lain tidak boleh mengahwinkan perempuan janda kecuali hendaklah mendapat izin perempuan itu terlebih dahulu. Rasulullah saw telah bersabda:
¡°Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda, ¡°Perempuan janda diajak bermusyawarah tentang urusan dirinya, kemudian jika ia diam, maka itulah izinnya, tetapi jika ia menolak maka tiada paksa ke atasnya¡±.
(Riwayat Al-Khamsah kecuali Ibnu Majah) Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw telah menyatakan:
¡°Dari Khansa¡¯ binti Khadam, bahawasanya bapa Khansa¡¯ telah mengahwinkan dia, sedang ia perempuan janda, lalu ia tidak suka demikian itu. Kemudian ia datang kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah menolak perkahwinan itu¡±.
(Riwayat Al-Bukhari dan Ahmad) Ini bermakna perempuan janda mempunyai bidang kuasa menolak perkahwinan yang dibuat tanpa kebenarannya iaitu ia boleh menfasakhkan perkahwinan itu di Mahkamah Syariah.

Janda ada hak atas diri dia dalam urusan nikah ... anak dara kena ada wali.

but there's a twist there ... kan ke antara syarat sah nikah .. tak kira janda atau anak dara ... adalah perlu adanya wali. kalau bapak takde, bapak sedara la orangnya jadi wali dan seterusnya ikut susur galur yang dah ditetapkan.

RUKUN-RUKUN AKAD NIKAH
Rukun-rukun akad nikah (yang tidak sah suatu pernikahan tanpa salah satunya) ialah :

[1]. Izin dari wali perempuan
[2]. Adanya keredhaan dari pihak perempuan, baik ia berstatus gadis perawan ataupun janda.
[3]. Dua saksi yang adil
[4]. Adanya ijab dan qabul yang bersambung dengan lafazh qabul (menerima) atau menikahkan.

masalahnya ... memang rita boleh bernikah ikut suka dia dengan siapa pun sebab dia janda ... tapi bapak dia masih ada .. so peranan bapak dia sebagai wali dalam pernikahan dia tak pernah jatuh walaupun dia dah janda.

Dari hadits yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiyallahu anha'.

"Ertinya : Siapapun seorang wanita yang menikahi dirinya sendiri tanpa persetujuan dari walinya, maka nikahnya batal, nikahnya batal, dan nikahnya batal"

Ibnu Hazm berkata. "Tidak halal bagi seorang perempuan untuk menikah (baik janda atau perawan), kecuali dengan izin wali dari bapanya, saudaranya,
datuknya, atau bapa saudaranya"

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Tidak sah pernikahan tanpa adanya wali, dan seorang penguasa sebagai wali bagi orang yang tidak mempunyai wali".

dalam hal rita ni .. aku rasa mungkin dia berwalikan hakim sebab parents dia pun tak tau dia dah menikah .. kalau sungguh tak tau la.

http://eforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=341431&extra=page%3D1&page=39

Peringatan

terutama anak2 lelaki ni .. sebab perempuan bila dah nikah, taat dia pada suami bukan pada parents dah ...

Islam mengajar umatnya supaya sentiasa menghormati dan menaungi golongan tua, lebih-lebih lagi ibu bapa. Dalam al-Quran dan sunnah dijelaskan fungsi dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh anak terhadap ibu bapa.

Sebenarnya, perintah berbuat baik kepada ibu bapa berkait rapat dengan pengabdian seseorang itu terhadap Allah.

Ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: ¡°Dan kamu hendaklah menyembah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa...¡± (Surah an-Nisa, ayat 36)

Dalam ayat ini, Allah meletakkan berbuat baik kepada ibu bapa selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya semata-mata. Ini memberi gambaran betapa tingginya kedudukan berbuat baik kepada ibu bapa.

Menghina ibu bapa hampir sama dengan menghina Allah, melupakan ibu bapa hampir sama dengan melupakan Allah, mengherdik ibu bapa hampir sama dengan mengherdik Allah.

Firman Allah yang bermaksud: ¡°Dan jika mereka berdua (ibu bapa) mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku dengan sesuatu, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaul dengan mereka di dunia ini dengan baik.¡± (Surah Lukman, ayat 15)

Ini bermakna Islam tidak reda seseorang itu memutuskan silaturrahim atau melakukan sesuatu yang boleh melukakan hati ibu bapanya walaupun mereka masih dalam agama berlainan.

Melayani mereka dengan sebaik-baiknya serta mendoakan kebahagiaan mereka adalah tanggungjawab anak-anak, sepertimana firman Allah bermaksud: ¡°Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata. Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

¡°Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sampai kepada umur tua, maka janganlah engkau berkata kepada mereka ¡°Ceh!¡± dan janganlah engkau mengherdik mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.

¡°Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan doakanlah bagi mereka: Wahai Tuhanku, kasihani mereka berdua sebagaimana mereka mendidikku ketika kecil.¡± (Surah al-Isra¡¯, ayat 23-24)

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw: ¡°Wahai Rasulullah, adakah lagi tinggal sesuatu kebaikan yang saya mesti buat terhadap ibu bapa saya yang meninggal dunia?¡±

¡°Ya, Jawab Rasulullah, iaitu empat perkara: Menyembahyangkan jenazahnya dan berdoa kepadanya; memohon keampunan kepada kedua-duanya; melaksanakan apa yang menjadi tanggungjawab kedua-duanya; dan menghormati sahabat kedua-duanya, iaitu menghubungi tali silaturrahim yang engkau tidak ada hubungan melainkan disebabkan mereka dahulu yang menghubungkannya.¡±

Sabda Rasulullah saw bermaksud: ¡°Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu pula akan berbuat baik kepada kamu.¡±

Dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda bermaksud: ¡°Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa.¡±

Dari sini, dapatlah disimpulkan antara tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya ialah:

Mentaati dan melayani dengan memberi kasih sayang sepenuhnya sebagaimana ibu bapa menyayangi ketika kecil.

Sentiasa mendoakan ibu bapa yang masih hidup atau meninggal dunia supaya mereka tergolong dalam golongan orang dikasihi Allah.

Menghulurkan bantuan kewangan kepada ibu bapa, terutama sekali ibu bapa miskin, maka amatlah besar dosa anak yang hidup selesa dan mewah, sedangkan ibu bapa hidup melarat dan menderita.

Melaksanakan janji ibu bapa ketika hayatnya yang pernah berazam hendak melakukan sesuatu kebajikan.

Mengqadakan puasa ibu bapa dan menunaikan haji untuk kedua-duanya sekiranya mereka tidak sempat menunaikannya ketika hayatnya.

Menghubungkan tali persaudaraan dengan teman ibu bapa dan meneruskan perhubungan baik dengan kawan ibu bapa ketika hayat mereka.

Pernah seorang lelaki bertemu Rasulullah saw dan berkata: ¡°Ya Rasulullah saw, sesungguhnya ibuku terlalu tua dan tinggal bersamaku. Lalu daku suapkan makan dan minumnya dengan tanganku sendiri serta aku ambilkan wuduk untuknya.

¡°Dan aku dukung di atas tengkukku. Apakah aku membalas jasanya?¡±

Jawab Rasulullah saw: ¡°Belum lagi walaupun satu daripada seratus tetapi engkau berbuat baik dan Allah akan membalasmu dengan ganjaran yang besar di atas amalanmu yang sedikit itu.¡±

Tanyalah diri kita sendiri apakah kita pernah melakukan apa yang dilakukan oleh lelaki itu, sedangkan apa yang dilakukannya tidak menyamai satu daripada seratus jasa ibu bapa.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda bermaksud: ¡°Semua dosa di antaranya ada yang ditangguhkan Allah hukumannya menurut kehendak Allah sampai hari kiamat kecuali dosa derhaka terhadap kedua ibu bapa, Allah akan menyegerakan hukuman bagi yang menderhaka itu dalam kehidupan dunia sebelum mati.¡±

Rasulullah saw menceritakan peristiwa seorang yang kuat beribadat pada zaman nabi bernama Juraih. Dia tidak menyahut panggilan ibunya ketika beribadat. Akhirnya ibunya berdoa kepada Allah supaya dikenakan fitnah ke atas Juraih.

Allah memakbulkan doa ibu Juraih, lalu dia difitnah melakukan zina dengan seorang pelacur sehingga melahirkan seorang anak.

Gemparlah masyarakat kerana seorang yang warak dan soleh, melakukan dosa besar dan malulah Juraih tidak terkira. Akhirnya Juraih memanggil perempuan yang dituduh berzina dengannya dengan membawa anaknya bersama. Lalu Juraih menekan perut bayi itu dan menanyakan siapakah bapa kamu sebenar.

Lalu bayi itu bercakap mengatakan bahawa bapanya yang sebenar ialah seorang gembala kambing yang tinggal di hujung kampung. Maka, terselamatlah Juraih daripada fitnah itu.

Seorang sahabat bernama Al-Qomah sakit, lalu isterinya bertemu Rasulullah saw untuk menyatakan bahawa suaminya dalam keadaan nazak. Maka, Rasulullah saw mengutuskan beberapa sahabat, antaranya Bilal untuk melihat keadaan Al-Qomah.

Apabila rombongan itu tiba, mereka mendapati Al-Qomah sedang nazak dan Bilal menyuruh Al-Qomah mengucapkan kalimah syahadah, tetapi lidah Al-Qomah bagaikan terkunci tidak dapat melafazkannya.

Lalu rombongan itu pulang bertemu Rasulullah saw dan menceritakan keadaan Al-Qomah. Baginda bertanya kepada Bilal: ¡°Apakah Al-Qomah masih mempunyai kedua ibu bapa?¡±

Jawab Bilal: ¡°Ayahnya meninggal dunia sedang ibunya masih hidup tetapi sudah terlalu tua.¡±

Rasulullah bersabda: ¡°Wahai Bilal, pergi bertemu ibu Al-Qomah dan sampaikan salamku serta katakan kepadanya jika ia mampu, datanglah bertemu denganku, jika tidak aku sendiri yang datang bertemu dengannya.¡±

Apabila disampaikan permintaan Rasulullah itu, lalu ibu Al-Qomah berkata: ¡°Sayalah yang lebih layak bertemu Rasulullah saw.¡± Lalu ibu Al-Qomah mengambil tongkat dan berjalan dan bertemu Rasulullah saw.

Rasulullah saw bersabda: ¡°Beritahuku hal sebenar mengenai Al-Qomah.¡± Jawab ibu Al-Qomah: ¡°Al-Qomah rajin sembahyang, puasa dan banyak bersedekah.¡±

Rasulullah saw bertanya lagi: ¡°Bagaimana hubunganmu dengan Al-Qomah.¡± Jawabnya: ¡°Saya marah kepadanya.¡± Lalu ditanya mengapa? Dia menjawab: ¡°Kerana dia mengutamakan isterinya lebih daripadaku. Ia menurut semua kehendak isterinya dan tidak menghiraukan kehendakku.¡±

Maka Rasulullah saw bersabda: ¡°Murka ibunya mengunci lidah Al-Qomah daripada mengucap.¡±

Kemudian Rasulullah memerintahkan Bilal mengumpul kayu api untuk membakar Al-Qomah hidup-hidup. Lalu berkata ibu Al-Qomah: ¡°Ya Rasulullah saw, anakku, buah hatiku akan engkau bakar di hadapan mataku, bagaimana hati ini dapat menanggungnya?¡±

Baginda menjawab: ¡°Wahai ibu Al-Qomah, sesungguhnya azab Allah lebih dahsyat dan lebih kekal. Oleh itu, jika engkau mahu Allah mengampun dosa anakmu, maka redalah kepadanya.

¡°Demi Allah, Tuhan yang jiwaku di dalam genggamannya sesungguhnya telah berguna baginya sembahyang dan sedekahnya selagi engkau tidak reda padanya.¡±

Lalu ibu Al-Qomah mengangkat kedua tangannya dan berkata: ¡°Ya Rasulullah saw, wahai Rasulullah saw, aku bersaksi dengan Allah dan engkau serta semua yang hadir sesungguhnya aku telah reda kepada Al-Qomah.¡±

Lalu Rasulullah memerintah Bilal meninjau keadaan Al-Qomah apakah sudah mampu mengucapkan kalimah syahadat kerana khuatir kalau-kalau apa yang diucapkan oleh ibu Al-Qomah hanya kerana malukan baginda, bukan datangnya dari hati tulus.

Sebaik sampai di muka pintu rumah Al-Qomah, tiba-tiba kedengaran Al-Qomah mengucap dua kilamah syahadah.

Lalu Bilal masuk dan berkata: ¡°Wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya murka ibu Al-Qomah mengunci lidahnya untuk mengucap dan kini redanya membuka kunci itu.¡±

Maka kembalilah Al-Qomah ke pangkuan Ilahi dengan kesudahan yang baik.

Dalam peristiwa itu, Rasulullah membayangkan kepada kita akibat kemarahan dan keredaan seseorang ibu terhadap anaknya.

Pemuda yang taat beribadat sukar menghadapi mati apabila pada saat kematiannya itu ibunya sendiri masih marah kepadanya, sedangkan peristiwa menghadapi kematian adalah peristiwa terhebat yang dialami manusia.

Ingatlah jika dipanjangkan umur, kita akan mengalami hari tua. Mudah-mudahan dengan amalan baik yang ditunjukkan, maka anak-anak pula akan berbuat baik kepada kita.

Marilah kita merenung firman Allah bermaksud: ¡°Dan Kami mewajibkan manusia berbuat kebaikan kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah, sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan.

¡°Setelah besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah ia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redai, dan jadikanlah sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.

¡°Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku daripada orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).¡± (Surah al-Ahqaf, ayat 15)

Wallahualam ...


ABIH .... SEKIAN .. fikir-fikirlah peranan kita sebagai seorang anak

http://eforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=341431&extra=page%3D1&page=37

Thursday, December 18, 2008

Bakal pengantin diwajib ujian HIV


Dec 18, 08 3:07pm

Mulai tahun depan, semua bakal pengantin di seluruh negara diwajibkan menjalani ujian saringan virus HIV, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS di Parlimen hari ini berkata saringan itu sebahagian daripada kursus praperkahwinan.

Menurut Bernama, langkah itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV terutamanya kepada wanita yang kini menunjukkan trend peningkatan.

"Tahun depan, kita akan mewajibkan semua negeri untuk mewajibkan saringan HIV yang jadi sebahagian daripada kursus praperkahwinan," beliau dipetik berkata.

Sebelum ini, hanya beberapa negeri yang mewajibkan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan menjalani saringan HIV.

Negeri-negeri yang telah mewajibkan saringan HIV termasuklah Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Selangor dan Kelantan.

Najib turut melahirkan kebimbangan berhubung peningkatan jangkitan HIV pada wanita akibat hubungan seks secara biasa.

Tahun 1997 mencatatkan peningkatan sebanyak 5.02 peratus dan jumlah itu terus meningkat kepada 16.3 peratus pada tahun lepas.

Dalam sidang media yang sama, Mohd Najib berkata kadar peratusan jangkitan HIV di negara ini dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus sejak 2003.

Jumlah kes lima tahun yang direkodkan sebanyak 6,756 jangkitan HIV telah menurun kepada 3,452 kes tahun ini.

Beliau menambah, antara faktor terbesar yang menyumbang kepada penurunan jumlah kes itu termasuk Program Pengurangan Mudarat.

Program itu akan diteruskan untuk mencapai sasaran kerajaan iaitu 11 kes bagi 100,000 penduduk menjelang 2015 berbanding 12.8 kes bagi 100,000 penduduk pada masa kini.

Jumlah jangkitan HIV setakat ini sebanyak 83,527 termasuk 14,317 pesakit Aids serta 12,425 orang meninggal dunia, katanya.

Najib berkata Aids masih merupakan ancaman yang serius di negara ini, lapor agensi berita itu lagi.

"Mengikut perangkaan Program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai HIV/Aids (UNAIDS), Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara wabak tertumpu... maknanya dalam kumpulan-kumpulan tertentu, kumpulan berisiko tinggi.

"Terdapat fenomena yang boleh disabitkan dengan wabak tertumpu,"
katanya.

Katanya mesyuarat hari ini turut memberi fokus kepada kumpulan berisiko tinggi dengan Kementerian Kesihatan akan mengambil pendekatan untuk mendekati kumpulan itu dalam usaha mengurangkan Aids.

http://www1.malaysiakini.com/news/95081

Meja bulat PPSMI: Gerakan kesal tidak dijemput

Dec 18, 08 4:50pm

Gerakan - sebuah parti komponen BN - kesal kerana tidak menerima jemputan untuk menghadiri sidang meja bulat Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) Selasa lalu.

Pengerusi Biro Pendidikan dan Masyarakat Pengetahuan Gerakan, Dr Hsu Dar Ren berkata, laporan media menyebut kira-kira 200 wakil dari pelbagai parti politik dan NGO turut dijemput.

"Walaupun tidak menerima jemputan rasmi kepada parti Gerakan, tetapi kami rasa ganjil kerana mengikut maklum balas yang diterima dari peserta lain, ada kerusi yang diperuntukkan untuk parti kami," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Hsu berkata, pihaknya juga mendapat tahu bahawa beberapa parti komponen BN seperti SUPP juga tidak dijemput walaupun mereka disediakan tempat duduk di sidang meja bulat itu.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas laporan mengenai syor mesyuarat meja bulat kelima anjuran kementerian pelajaran untuk membincangkan mengenai pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

"Kami berpendapat, ini akan mewujudkan persepsi negatif kepada parti-parti terbabit. Kami ingin mendesak menteri pelajaran supaya menjalankan siasatan terperinci dan memberi kita satu jawapan berhubung perkara itu.

"Dan kita berharap perkara yang sama tidak berulang pada masa depan,"
tambahnya.

Namun begitu, katanya, Gerakan akan terus menyuarakan pendirian mereka secara terus kepada menteri pelajaran dan juga kepada awam.

Pendirian Gerakan

Mengenai PPSMI, Dr Hsu mengulangi pendirian parti itu bahawa pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah hendaklah diajar dalam bahasa ibunda.

Pada masa yang sama, tegas parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, pengajaran matapelajaran bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah juga perlu dipertingkatkan.

Bagaimanapun, Dr Hsu berkata, bahasa Inggeris boleh digunakan untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah menengan dan peringkat lebih tinggi.

"Pendirian kita sentiasa konsisten sejak 2002. Kita telah menghantar memorandum mengenai pendirian kita itu pada 2002, dan sekali lagi pada 2005 kepada menteri pelajaran sekarang.

"Memandangkan isu ini amat penting sekali, maka kita akan mengemukakan sekali lagi satu lagi memorandum kita mengenai pendirian kita itu,"
katanya dalam satu kenyataan.

Dr Hsu berkata, Gerakan - sebagai sebuah parti berorientasi rakyat - sentiasa melihat pendidikan sebagai salah satu elemen paling penting dalam pembinaan negara.

"Dan kita bersedia untuk menyertai sebarang perbincangan mengenai isu-isu pendidikan serta apa juga isu yang membabitkan kepentingan rakyat Malaysia," tambahnya.

http://www1.malaysiakini.com/news/95096

Pasangan penjenayah langgar, larikan kereta

SUBANG JAYA: Pasangan penjenayah. Itulah gelaran layak diberikan kepada pasangan yang melanggar belakang kereta mangsa sebelum melarikan kenderaan di SS13 di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, pasangan terbabit melanggar belakang sebuah Toyota Wish dipandu seorang lelaki.

Sumber berkata, mangsa kemudian memberhentikan keretanya untuk melihat kerosakan.

“Lelaki berusia 20-an itu turun dari kenderaan untuk melihat kerosakan kesan pelanggaran itu.

“Tiba-tiba seorang lelaki yang berada di dalam Perodua MyVi dipandu pasangannya meluru masuk ke dalam kenderaan mangsa lalu melarikannya,”
katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, wanita yang memandu Perodua MyVi itu turut memecut laju melarikan diri.

Menurutnya, mangsa gagal menghalang suspek daripada melarikan kenderaannya kerana kejadian berlaku dengan pantas.

“Lelaki malang itu membuat laporan polis sejurus kejadian terbabit.

“Siasatan awal polis percaya penjenayah sengaja mencipta kemalangan kecil bagi membolehkan mereka melarikan kenderaan,”
katanya.

Sumber itu berkata, berikutan itu, mangsa kerugian lebih RM100,000 selepas kenderaannya dilarikan penjenayah.

Katanya, mangsa tidak cedera dan polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

“Kami tidak menolak kemungkinan suspek pernah terbabit dalam beberapa kes sama sebelum ini,” katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-89481421 atau balai polis berhampiran.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081218094242/Article/index_html

Bomoh anak dara pencuri

Oleh Shahrul Nizam Mohamad

KUANTAN: Gadis ini baru berusia 20 tahun, tetapi dia sudah menjadi pengamal perubatan tradisional sepenuh masa, termasuk menawarkan rawatan memulihkan penyakit lemah syahwat bagi lelaki.

Malangnya, gadis yang masih bujang itu dikatakan menyalahguna kepercayaan pesakit yang mendapatkan khidmatnya apabila mengambil kesempatan mencuri barang kemas dan wang mereka ketika melakukan rawatan.

Setakat ini, polis menerima aduan tiga bekas pesakit bomoh itu yang mendakwa kerugian wang dan barang kemas bernilai RM11,000 dan mengesyaki ada kaitan dengan gadis dari Beserah, di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata polis menahan reman gadis terbabit selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.


Beliau turut meminta pesakit lain yang kehilangan barangan berharga dan wang tampil membuat laporan.

Katanya, bekas pesakit terbabit menyedari wang dan barang kemas mereka lesap sejurus mendapatkan rawatan daripada gadis itu di rumahnya.

“Polis menerima laporan pada 11 November lalu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan daripada tiga individu yang mendakwa wang dan barangan berharga mereka dicuri gadis terbabit.

“Susulan laporan itu, sepasukan polis membuat serbuan ke rumah gadis itu kira-kira jam 10.30 malam kelmarin (Isnin),”
katanya.

Dalam serbuan itu, polis mendapati lebih 20 pesakit lelaki dan wanita sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan daripada gadis terbabit.

Mohd Haris berkata, siasatan awal mendapati mangsa menyedari kehilangan barang kemas dan wang tunai mereka selepas pulang ke rumah masing-masing.

“Menurut aduan mangsa, gadis itu mengarahkan mereka meletakkan beg duit dan barang kemas di bawah kepala ketika berbaring dalam sebuah bilik yang dikhaskan untuk merawat pesakit.

“Mangsa mendakwa seperti dipukau ketika dibaringkan sebelum dia memulakan rawatannya dari hujung kepala hingga hujung kaki,”
katanya.

Beliau berkata, mangsa turut mendakwa langsung tidak menyedari bagaimana gadis itu mengambil barang kemas dan wang tunai sedangkan diletak di bawah kepala.

“Semua barang berharga dan wang tunai dikatakan ghaib beberapa saat umpama silap mata,” katanya.

Bagaimanapun, kata Mohd Haris, ibu bapa gadis terbabit ketika disoal siasat mengaku tidak tahu menahu kegiatan anak mereka mencuri wang dan barang kemas pesakit.

Polis mendapati gadis itu menyediakan bilik khas untuk menjalankan rawatan mengurut tubuh pesakit di samping memberi minum sejenis air kononnya sudah dijampi dan mampu menghilang kesakitan yang dialami mereka.

Gadis terbabit turut mengenakan bayaran terhadap pesakit dan setiap bayaran berbeza mengikut kaedah rawatan dan jenis penyakit.

Difahamkan, gadis itu menggunakan keayuan wajah untuk memikat lebih ramai pelanggan, terutama lelaki supaya datang ke rumahnya untuk mendapatkan rawatan pelbagai jenis penyakit.

Namun, perkhidmatan memulihkan penyakit lemah syahwat dikatakan paling laris dan kebanyakan pesakit lelaki pertengahan umur.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20081218094131/Article/index_html

Ibu terkilan


Oleh Mohd Amin Jalil dan Nor Azmelia Azahari


SEREMBAN: “Kami tak buang dia tapi terkilan dengan tindakannya membelakangkan kami mengenai perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini,” kata ibu pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Azizah Arshad, 56.

Justeru, dia yang sedih dengan tindakan Mohd Aidil mengharapkan prestasi anaknya dalam bola sepak tidak terjejas kerana sudah menjadi periuk nasinya dan keluarga.

Azizah bagaimanapun menyifatkan perkahwinan itu sebagai takdir kerana rezeki serta jodoh seseorang adalah ketentuan Tuhan.

Apapun, dia kesal dengan perbuatan mereka mengenepikan keluarga untuk mendirikan rumah tangga kerana tidak pernah berbincang atau mendapatkan pandangan, malah sanggup menjalankan pernikahan di selatan Thailand.


“Suka tak suka terpaksa terima kerana itu pilihan yang sudah dia buat walaupun dalam hati kami hanya Tuhan yang tahu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Azizah bersama suami, Abd Radzak Saleh, 59, mengadakan sidang media di rumah anak sulung mereka, Ruziana Abd Radzak, 37, di Taman Coral Height, Sikamat dekat sini.

Hadir sama anak mereka, Mohd Zafran, 34, dan adik kembar Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, 21.

Mohd Aidil melangsungkan pernikahan dengan Rita Rudaini di selatan Thailand pada 25 Februari lalu tanpa pengetahuan ahli keluarganya, termasuk Mohd Zaquan Adha yang sering bersamanya dalam skuad bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan.

Tindakan mereka menyembunyikan pernikahan itu akhirnya dapat dihidu Ruziana yang akhirnya memaksa Mohd Aidil membuka mulut bagi menjelaskan kedudukan sebenarnya.

Perkara itu disahkan Abd Radzak yang mengatakan pihaknya mengetahui pernikahan mereka pada 14 Disember lalu melalui sijil nikah yang ditunjukkan Ruziana.

Mereka sekeluarga terkejut dengan perkara terbabit serta tidak menyangka sama sekali ia boleh berlaku.

Abd Radzak yang juga bekas tentera menjelaskan ahli keluarganya tidak pernah diberitahu mengenai Mohd Aidil mahu berkahwin dengan Rita Rudaini, malah perbincangan kedua-dua keluarga pihak tidak pernah diadakan.

Selain itu, Mohd Aidil sentiasa berada di rumahnya di Sikamat kerana beraksi dalam skuad bola sepak Negeri Sembilan dan sesekali mewakili negara dalam kejohanan bola sepak antarabangsa.

“Sebelum kami mendapat tahu mengenai berita pernikahan itu, Rita Rudaini ada datang ke sini pada 13 Disember untuk mendapatkan pandangan dan tidak pernah menyebut pasal kahwin.

“Tetapi kami tidak menyangka mereka berdua ketika itu sudah bernikah,”
katanya yang kelihatan agak tertekan dan mengakui mengganggu kesihatannya.

Abd Radzak mengakui hubungan intim anaknya dengan artis terbabit pernah didedahkan dalam akhbar beberapa tahun lalu, tetapi sudah membuat penafian.

Dia kini menyerahkan kepada keluarga Rita Rudaini untuk tindakan lanjut, sama ada mengadakan majlis keramaian dan bagi keluarganya tiada sebarang perancangan pada masa ini.

“Kami sekeluarga menyerahkan kepada pihak keluarga perempuan kerana mereka lebih mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan apa yang berlaku sebagai hak peribadi pemain itu.

“Saya harap mereka berdua bahagia,” katanya yang mahu tumpuan Mohd Aidil yang juga pemain pertahanan terhadap bola sepak Negeri Sembilan tidak terjejas.

http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20081218091457/Article

Rahsia terbongkar


Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my




--------------------------------------------------------------------------------


SEPULUH bulan lamanya rahsia mereka tersimpan rapi. Namun, sudah adat menjadi orang terkenal, apatah lagi bergelar aktres, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar atau nama glamornya, Rita Rudaini tidak dapat melarikan diri daripada kenyataan bahawa berita perkahwinannya bersama bintang bola sepak muda yang sedang melakar nama di arena bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Jika Rita dikenali ramai, apa kurangnya Zafuan yang merupakan pemain kebangsaan dan pemain Negeri Sembilan untuk musim akan datang.

Biarpun tidak keluar daripada mulutnya sendiri, kerana Rita memilih untuk berdiam diri dengan tidak menjawab panggilan dan SMS yang dilayangkan oleh Kosmo!, namun setidak-tidaknya sidang media yang dibuat oleh keluarga mentuanya menjadi bukti yang sah, aktres jelita ini sudah bergelar seorang isteri sejak 25 Februari tahun ini.



GARA-GARA merahsiakan perkahwinan mereka di mata umum, keluarga Aidil Zafuan akhirnya tampil membuat pengakuan sebenar kepada media.
--------------------------------------------------------------------------------


Jarak perbezaan umur sebanyak 11 tahun tidak menghalang jalinan cinta yang utuh antara Rita, 32, dan Aidil Zafuan, 21, untuk diikat oleh tali perkahwinan.

Cuma, pernikahan rahsia mereka ini berlangsung secara rahsia di Songkhla, Thailand.

Ironinya, desas-desus mengenai hubungan kedua-dua mereka bukan lagi rahsia kerana sekitar tahun lepas, foto-foto mesra pasangan yang sama cantik sama padan ini tersebar ke pengetahuan pihak media.


AIDIL ZAFUAN
--------------------------------------------------------------------------------


Namun ketika itu Rita yang sudah tujuh tahun hidup solo selepas perkahwinan pertamanya dengan penyampai berita TV3, Akbar Shaari berakhir tanpa dikurniakan cahayamata, hanya membuat pengakuan kepada media bahawa hubungannya dengan Aidil Zafuan itu lebih kepada 'teman tapi mesra'.

Bimbang dengan spekulasi tidak baik mengenai hubungan antara Rita dan Aidil Zafuan, semalam, keluarga mentua Rita akhirnya terpaksa tampil menjelaskan perkara yang sebenar berlaku kepada media menerusi suatu sidang media yang dilakukan di kediaman mereka di Coral Heights, Seremban, Negeri Sembilan.



KECEWA tapi terima. Wajah emosi keluarga Aidil Zafuan, dari kiri kembarnya Aidil Zaquan, bapanya Abdul Radzak dan ibunya Azizah pada sidang media pengesahan pernikahan Aidil Zafuan dan Rita.
--------------------------------------------------------------------------------


Pada sidang media tersebut, hampir semua ahli keluarga Aidil Zafuan hadir. Selain kembar Aidil Zafuan iaitu Aidil Zaquan, 21, yang juga pemain bola sepak skuad kebangsaan dan Negeri Sembilan musim akan datang, turut hadir ialah kedua-dua ibu bapa Zafuan, Abdul Radzak Salleh, 59, dan Azizah Arshat, 56.

Tiga adik-beradik Zafuan iaitu kakak sulungnya, Ruziehana, 37, dan abangnya Mohd. Zafuan, 34 dan Sabanor, 30, tidak ketinggalan hadir memberikan sokongan moral.



KAKAK sulung Aidil Zafuan, Ruziehana (kanan).
--------------------------------------------------------------------------------

Apa yang jelas, Abdul Radzak cukup tenang apabila membutirkan bicara untuk meleraikan segala persoalan berhubung status hubungan anaknya itu bersama Rita.

"Pakcik terima dengan reda cuma ada sikit kecewa dengan perlakuan anak pakcik (Aidil Zafuan). Apa yang sudah berlaku, sudah berlaku, jadi kami sekeluarga berdoa semoga dia bahagia .

"Biarpun kecewa dengan Aidil Zafuan yang membelakangkan keluarga tetapi kami semua tetap berdoa semoga Aidil dan Rita berbahagia dan tidak mahu karier bola sepak Aidil Zafuan jatuh."

Beritahu Abdul Radzak lagi, berita pernikahan anaknya dengan Rita dimaklumkan oleh anak perempuan sulungnya, Ruziehana pada 14 Disember.

Menurutnya, biar sebelum ini Aidil Zafuan tidak menceritakan apa-apa mengenai perkara itu, sebelum anaknya bertemu dengan Ruziehana pada 13 Disember dan menunjukkan sijil nikahnya di Thailand .

"Dia (Aidil Zafuan) meminta kak longnya (Ruziehana) memberitahu perkara itu kepada saya dan isteri, tetapi kak longnya tidak sanggup," ujarnya.

Tambahnya, semua sudah berlaku adalah dengan ketentuan Tuhan, jadi dia sekeluarga menerima segala takdir itu.

Biarpun akur bermenantukan seorang pelakon popular, Abdul Radzak ketika ditanya sama ada dia menerima menantunya, luahnya: "Tuhan yang menentukannya. Pakcik menerima anak pakcik, dia tetap anak pakcik.

"Mereka (Aidil Zafuan dan Rita) yang lakukan perkara ini dan mereka berdua yang faham. persoalan itu (terima menantu) pakcik enggan komen."

Sementara ibu Aidil Zafuan, Azizah pula dalam nada sedih memberitahu, nyata sekali tiada tanda yang menunjukkan anaknya sudah berkahwin dan dia tidak menduga sama sekali perkara itu berlaku.

Azizah melihat apa yang terjadi dan tindakan anaknya benar-benar membuatkan dirinya rasa terkilan dan rasa kehilangan.

Dia mengakui tidak kata suka (pernikahan), kerana memang orang akan kata dia berbohong. Tetapi itulah pilihan anaknya suka atau tidak dia tetap menerimanya.

"Kasih sayang bukan boleh dilakonkan atau dipermainkan. Ia datang sendiri. Mungkin Tuhan hendak tunjukkan sesuatu kepada makcik.

"Mungkin makcik boleh memberikan kasih sayang kepada Aidil, isterinya, Rita dan juga anak-anaknya,"
luahnya.

Bagi abang Aidil Zafuan, Mohd. Zafuan pula, apa yang dilakukan adiknya merupakan salah dari segi undang-undang dan ahli keliara memang tidak tahu bagaimana mereka berdua ke Thailand untuk berkahwin, siapa yang menguruskannya.

Kata Mohd. Zafuan: "Kalau kita panggil dia (Aidil Zafuan) balik tetapi terlalu banyak alasan yang diberikan."

Adik kembarnya, Zaquan Adha yang turut ada di sisi keluarga pula menjelaskan, pihak keluarga langsung tidak mengetahui pernikahan mereka di Thailand dan mahu menjelaskan bahawa seluruh keluarga melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan itu,

"Saya sendiri tidak dimaklumkan perkahwinan itu. Apa pun saya bersyukur kerana bapa dan ibua boleh menerima keputusan itu dengan tabah serta telah ditenteramkan oleh kakak dan abang," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

'Jaringan emas' Aidil


Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my



AIDIL (kiri) mencetuskan kontroversi apabila bernikah dengan Rita di Songkhla pada 25 Februari lalu.
--------------------------------------------------------------------------------


PENYERANG terbaik Chelsea, Nicolas Anelka sukar untuk menembusi benteng pertahanan skuad negara yang dikemudikan oleh Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Ketika itu, kelab Liga Perdana England itu dalam rangka lawatan ke negara ini untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan.

Kelibat Aidil cukup tangkas pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu sehingga barisan penyerang Chelsea mendapati sukar untuk menembusinya.

Namun, kekentalan pemain berusia 21 tahun itu gagal menangkis 'asakan' Rita Rudaini Mokhtar yang mudah melepasi perangkap 'offsaid' sekali gus membawa mereka ke alam pernikahan.

Ia boleh dianggap 'jaringan emas' oleh Aidil musim ini.

Menariknya, cerita pernikahannya dengan pelakon wanita berusia 32 tahun telah menjadi rahsia di antara mereka berdua sahaja.

Pernikahan mereka telah pun berlangsung 25 Februari lalu di Songkhla, Thailand.

Apa yang mengejutkan, pernikahan pasangan ini tidak diketahui oleh kedua ibu bapa Aidil, Abd. Radzak Salleh dan Azizah Arshat sehinggalah 14 Disember lalu.

Aidil yang baru pulang daripada tugasan antarabangsa bersama skuad negara pada Kejohanan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) sebelum ini telah dikaitkan hubungannya dengan Rita sejak setahun yang lalu.

Malah, Rita juga sering kali dilihat hadir memberi sokongan kepada Aidil di bangku penonton dalam perlawanan-perlawanan yang disertai skuad negara di Kuala Lumpur.

Selepas tersebarnya kontroversi ini, maka sahlah Aidil boleh dianggap sebagai 'penjaring emas' dalam sukan bola sepak negara kerana mempunyai isteri di kalangan artis tempatan.

Sebelum ini ada juga beberapa pemain bola sepak yang menjadikan artis sebagai teman hidup mereka termasuk bekas pemain Kuala Lumpur, Subadron Aziz yang memilih Salwa Abd. Rahman, Shahril Arshad dengan Ani Morat dan Azman Adnan yang memilih penyanyi, Haleeda.

Begitupun, difahamkan ramai peminat hiburan dan sukan tanah air yang merestui pernikahan kedua-dua individu yang terkenal dalam bidang profesional masing-masing ini.

Aidil yang lahir pada 3 Ogos 1987 mula mendapat perhatian apabila dia dan kembarnya, Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak beraksi bersama skuad Piala Presiden Negeri Sembilan pada 2004 dan juga skuad Liga Perdana dua tahun kemudian.

Dalam karier antarabangsanya, Aidil dan kembarnya Zaquan juga merupakan pemain skuad bawah 20 negara yang beraksi di Kejohanan Piala AFF Bawah 20 pada 2004.

Dua tahun kemudian Aidil dan Zaquan diserapkan ke dalam skuad bawah 23 di bawah bimbingan jurulatih B. Sathianathan yang memenangi gelaran Pestabola Merdeka edisi ke-40 pada Ogos 2007.

Selepas skuad bawah 23 itu diserapkan ke dalam skuad kebangsaan pada tahun yang sama, karier bola sepak Aidil mula berkembang.

Dia mewakili negara dalam beberapa perlawanan antaranya Kejohanan Kelayakan Piala Dunia 2010 dan temasya Sukan SEA 2007 di Korat.

Selepas itu, Aidil sekali lagi mewakili skuad negara ketika muncul naib juara Pestabola Merdeka edisi ke-41 pada Oktober tahun ini.

Pencapaian terakhirnya bersama skuad negara ialah pada Piala Suzuki AFF bulan ini di Phuket yang mana menyaksikan Malaysia tersingkir awal di peringkat kumpulan.




Aktres terkenal dihukum penjara


SEOUL - Seorang aktres terkenal Korea Selatan, Ok So-Ri (gambar) yang gagal mencabar undang-undang yang mengkategorikan perzinaan sebagai jenayah dihukum penjara oleh sebuah mahkamah dekat Seoul semalam.

So-Ri yang berusia 40 tahun didapati bersalah oleh sebuah mahkamah daerah pada Oktober lalu setelah sebuah mahkamah perlembagaan menolak petisyen menentang undang-undang perzinaan.

Aktres itu mengaku menjalin hubungan sulit dengan seorang penyanyi tetapi mendakwa dia berzina kerana perkahwinannya dengan aktor Park Chul tidak lagi bahagia.

Menurutnya, undang-undang antizina yang digubal pada 1953 itu melanggar haknya sebagai individu untuk mengadakan hubungan seks.

Aktres itu dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara oleh sebuah mahkamah di bandar Goyang, dekat Seoul.

Menurut satu tinjauan yang disiarkan akhbar-akhbar tempatan, pada tahun lalu, hampir 68 peratus lelaki Korea Selatan dan 12 peratus wanita mengaku melakukan perzinaan. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

Pantai hawa dingin pertama dunia


Dubai akan memiliki Hotel Palazzo Versace seperti yang terdapat di Australia ini pada lewat tahun depan.
--------------------------------------------------------------------------------



LAKARAN artis ini menunjukkan Hotel Palazzo Versace di Dubai yang bakal menarik kehadiran kira-kira 800,000 pelancong dari Britain setiap tahun.
--------------------------------------------------------------------------------


DUBAI - Pantai berhawa dingin akan dibina di sebuah hotel mewah di Dubai sekali gus dianggap sebagai yang pertama di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembinaan pantai itu membolehkan golongan kaya yang bercuti di Dubai tidak berasa panas ketika berjalan atau berjemur dalam cuaca panas.

Dubai yang terletak di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memang terkenal dengan cuaca panas dan ledakan bangunan unik seperti hotel tertinggi di dunia.

Pantai berhawa dingin itu bakal terletak berhampiran Hotel Palazzo Versace yang baru dan dilengkapi dengan satu sistem penyedut haba.

Bagi membolehkan pengunjung-pengunjung pantai itu tidak diganggu dengan cuaca panas, paip-paip penyedut haba dibina di bawah pasir.

Beberapa peniup angin gergasi akan turut dibina dan direka bagi memastikan pengunjung-pengunjung pantai itu merasa suasana tidak terlalu panas.

Hotel Palazzo Versace itu bakal dibuka kepada orang ramai pada tahun depan atau awal 2010.

Suhu di pantai itu dikawal oleh termostat yang dihubungkan dengan komputer sekali gus menyejukkan suasana di kolam renang.

Bagaimanapun, rancangan itu mendapat kritikan daripada aktivis-aktivis alam sekitar kerana dibimbangi mampu mencetuskan kesan terhadap perubahan iklim dunia.

Seorang anggota kumpulan itu, Rachel Noble dari Tourism Concern berkata: "Dubai adalah umpama satu buih dunia di mana perkara berhubung perubahan iklim diabaikan menyebabkan orang ramai meneruskan gaya hidup yang memusnahkan alam."

Projek-projek mewah akan meningkatkan daya tarikan Dubai di kalangan selebriti dan golongan kaya di dunia.

Pembinaan projek--projek seumpama itu turut meningkatkan persaingan pelancongan di wilayah tersebut yang turut menempatkan hotel bertaraf tujuh bintang pertama dunia, Burj Al-Arab.

Bandar raya Dubai itu dijangka meningkatkan pengeluaran karbon di angkasa. Setiap individu yang tinggal di Dubai mengeluarkan karbon lebih 44 tan setahun.

Walaupun terdapat kebimbangan berhubung isu alam sekitar, pihak pengurusan Hotel Palazzo Versace memberi jaminan pantai itu mesra alam.

Presiden Hotel Palazzo Versace, Soheil Abedian berkata: "Kami akan menyedut haba panas keluar dari pasir bagi memastikan ia mempunyai suhu dingin yang secukupnya.

"Ini merupakan satu bentuk projek mewah yang orang ramai mahukan."


Satu sumber berkata: "Golongan terlalu kaya mahu kemewahan tulen. Mereka tidak mahu berjalan di pasir yang panas."

Sebuah firma British, Hyder Consulting akan memantau projek itu.

Pembinaan hotel setinggi 10 tingkat itu diharapkan akan dapat menarik kira-kira 800,000 pelancong Britain melawat Dubai pada setiap tahun.

Setakat ini, terdapat sebuah Hotel Palazzo Versace yang beroperasi di pantai Gold Coast, Australia yang berjaya menarik kehadiran golongan kaya dan terkenal. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Cinta sejati kekal


NEW YORK - Sekumpulan saintis yang mengkaji otak manusia mendapati ungkapan popular bahawa cinta sejati tidak luput ditelan masa adalah benar, lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis-saintis Universiti Rutgers dari New Jersey, Amerika Syarikat (AS) yang menganalisis otak sejumlah pasangan suami isteri yang hidup bersama lebih dua dekad, mendapati perasaan saling menyayangi masih wujud sama seperti ketika mereka sedang hangat bercinta.

Kajian itu melibatkan 17 lelaki dan wanita yang mengaku cinta mereka masih membara selepas lebih dua dekad mendirikan rumah tangga.

Kumpulan penyelidik itu yang merakamkan gambar imbasan otak pasangan tersebut mendapati ia menyamai imbasan yang dirakam daripada pasangan yang jatuh cinta dalam tempoh 12 bulan.

Dalam kedua-dua imbasan itu, bahagian otak yang bertanggungjawab mengenai percintaan dan rasa bahagia manusia, iaitu di kawasan ventral tegmental didapati bersinar-sinar.

"Jika anda bertanya di seluruh dunia sama ada cinta romantis akan berkekalan, mereka mungkin akan menyatakan tidak. Namun kami berjaya membuktikan bahawa mereka silap," kata seorang penyelidik itu, Dr. Helen Fisher. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Dibicara di penjara


SEBAHAGIAN penunjuk perasaan memegang kasut dan gambar Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki di Baghdad semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


BAGHDAD - Seorang wartawan Iraq, Muntadar al-Zaidi yang membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dihadapkan di hadapan seorang hakim ketika berada di sebuah penjara semalam dan bukannya di mahkamah.

Abang wartawan tersebut, Dhargam berkata, dia percaya bahawa abangnya mengalami kecederaan teruk sehingga tidak berdaya untuk hadir ke mahkamah.

Keluarga wartawan itu berada di Mahkamah Jenayah Pusat bagi mendengar perbicaraan terhadap tertuduh tetapi mereka diberitahu bahawa hakim berada di penjara untuk melihatnya.

"Situasi itu menunjukkan bahawa adik saya dipukul dengan begitu teruk dan mereka bimbang penampilannya di mahkamah akan mencetuskan kemarahan orang ramai di mahkamah," tambahnya.

Bagaimanapun, pegawai-pegawai Iraq dan seorang lagi abang tertuduh, menafikan bahawa wartawan itu mengalami kecederaan teruk setelah dia dijatuhkan ke lantai oleh anggota-anggota keselamatan kerana membaling kasut ke arah Bush pada satu sidang media pada Ahad lepas.

"Ini merupakan satu ciuman ucapan perpisahan untuk anda, anjing," jerit wartawan itu ketika melemparkan salah satu kasut ke arah Bush.

Tindakan itu menyebabkan dia dilabelkan sebagai hero di kalangan masyarakat Arab yang bencikan Bush kerana menceroboh Iraq pada 2003.

Muntadar kini ditahan atas kesalahan menghina pemimpin negara asing, dakwaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Pelajar mati dibakar - Mayat ditemui dalam kebun getah

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
berita@kosmo.com.my




BAHARUDIN dan Siti Saodah ketika membuat pengecaman mayat anaknya di Hospital Sultanah Bahiyah semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA NERANG - "Selepas separuh hari mencari mangsa, saya hanya temui jasadnya yang tidak bernyawa lagi di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star."

Demikian cerita seorang bapa, Baharudin Omar, 48, selepas anaknya, Mohd. Zubir Baharudin, 19, ditemui mati dengan kesan luka dan terbakar di beberapa anggota badan di sebuah kebun getah di sini pada pukul 6 petang kelmarin.

Menurut Baharudin yang tinggal di Kampung Pangkalan Tok Putih, anak ketiga daripada tujuh beradik itu dipercayai dibunuh memandangkan kesan terbakar di badan serta kesan pukulan di kepala mangsa.

Sebelum kejadian itu, jelasnya, pada Isnin lalu mangsa yang merupakan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad telah keluar ke Pekan Kuala Nerang dengan membawa wang sebanyak RM5 yang diberi ibunya untuk ke kafe Internet di situ.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Perginya zuriat sulung P. Ramlee


Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT, FERIDE HIKMET ATAK dan SOFIATUL SHIMA WAN CHIK
hiburan@kosmo.com.my



WALAUPUN tidak sehebat bapanya, P. Ramlee, Nasir mempunyai bakat tersendiri.
--------------------------------------------------------------------------------

LAGAKNYA sederhana dan irasnya saling tak tumpah seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Kerana bapanya seorang Seniman Agung Negara, nama Nasir P. Ramlee amat signifikan setiap kali kisah seniman-seniman veteran milik seni Malaya menjadi bingkisan untuk tatapan peminatnya yang setia.

Semalam, emosi rakyat Malaysia sekali lagi basah dan hari ini bau tanah merah dan kelopak kemboja di Tanah Perkuburan Danau Kota, Kuala Lumpur likat dalam sendu teman-teman, peminat dan saudara-mara yang mengiringi perjalanan abadi seorang yang boleh digelar seniman, Allahyarham Nasir P. Ramlee.

Biarpun namanya tidak segagah aura yang ditinggalkan Allahyarham bapanya, kehadiran pewaris P. Ramlee ini ada signifikannya terhadap dunia seni tempatan.

Sepanjang hayatnya juga, dia membawa maruah, nama baik dan keagungan yang pernah diraih bapanya. Menjadi anak P. Ramlee juga pernah menjadikan hidup Nasir tidak sama dengan orang lain. Setiap langkahnya dibandingkan dengan P. Ramlee.

Pernah dalam satu wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia sekitar tahun 2007, anak sulung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini ada meluahkan bahawa dia tidak boleh menjadi P. Ramlee.

Memetik kata-kata Allahyarham, 'Tuhan nak jadikan P. Ramlee seorang sahaja. Macam juga Elvis Presley. Saya tak boleh jadi seperti dia. Dulu ketika hayatnya dia nak ajar saya jadi seperti dia. Dia ajak saya ke studio shooting, saya ikut tetapi saya jadi mengantuk sebab tak minat. Minat saya pada muzik. Tetapi kalau suruh berlakon, saya boleh berlakon. Saya banyak berlakon untuk filem cereka. Nak suruh berlawak pun, boleh. Namun saya tidak menjadikan ia kerjaya.

"Memanglah, sepatutnya saya mesti jadi seseorang kalau tak macam dia, dekat-dekat dia pun jadilah. Tapi saya tak juga rasa kesal. Bagi saya, begini pun boleh."

Daripada tulisan itu, Allahyarham kelihatan seperti orang sangat merendah diri walaupun hatinya tersenyum bangga kerana P. Ramlee itu bapanya.

Namun, hari ini, esok dan untuk selama-lamanya, tiada lagi Nasir P. Ramlee. Yang tinggal adalah dua bekas isterinya, balunya Suria Bakar dan tujuh orang zuriatnya yang sekaligus menjadi cucu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Biarpun tidak berjaya menjadi seniman sehebat bapanya, Allahyarham Nasir pernah menyelitkan namanya sebagai pelakon menerusi filem Budak Lapok (2007), Fantasi (93) dan Bujang Lapok Kembali Daa (1986). Sebelum itu, Allahyarham juga pernah berlakon di bawah arahan bapanya sendiri menerusi filem Anak Bapak (1968) serta dua filem arahan Omar Rojik, Panca Indera Harimau Berantai tahun 1970 dan Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1969).



PEMERGIAN Nasir membuatkan industri seni kehilangan orang kuat dalam mengembangkan muzik tempatan.
--------------------------------------------------------------------------------


Allahyarham sebenarnya tidak begitu meminati filem sebaliknya lebih cenderung terhadap muzik. Sebelum mula berkhidmat sebagai Penyelaras Muzik Kombo di Istana Budaya sejak 2006, bermacam kerja muzik pernah menjadi 'makanan harian' Nasir P. Ramlee.

Kariernya memuncak dengan lagu Rindu Bayangan yang dipopularkan oleh kumpulan Carefree sekitar tahun 70-an. Lagu yang liriknya ditulis oleh Omar Taib itu menjadi malar segar yang menjadi siulan sehingga kini.

Masih ingat dengan kumpulan Panca Sitara? Allahyarham kini mengikuti jejak seniman dan seniwati sezaman bapanya iaitu Allahyarham Aziz Jaafar, Allahyarham Normadiah, Allahyarham Datuk Ahmad Daud ke rahmatullah. Satu-satunya kumpulan itu yang masih tinggal ialah Datuk Aziz Sattar, yang baru-baru ini terlantar sakit.

Ketika bekerja di syarikat rakaman EMI, Nasir pernah bekerjasama dengan ramai penyanyi terdahulu antaranya Herman Tino, Rosmaria dan Aman Shah.

Banyak lagi karya Nasir yang masih menjadi tiada tandingan sehingga ke hari ini.

Jangan tidak tahu, atas keringat yang ditumpahkannya dalam bidang muzik ketika itu, Allahyarham pernah dijulang sebagai 'Produser of the Year' hasil daripada kejayaan pembikinan album pertama penyanyi dangdut, Herman Tino yang mencipta nama hasil bimbingannya.

Di IB, selain menjadi Pengarah Muzik Kombo, generasi baru pencinta muzik juga pernah menikmati hasil sentuhan Allahyarham yang menyumbang sentuhan sebagai Pengarah Muzik menerusi pementasan muzikal Suzana 60 yang mendapat perhatian ramai semasa dipersembahkan pada tahun 2006.

Sebagai tanda cinta dan kenangan hidupnya sebagai anak P. Ramlee, Allahyarham sendiri telah menulis sebuah buku bertajuk Bapaku P. Ramlee. Itu rakaman istimewa tanda kenangan Allahyarham pernah hidup dan membesar sebagai anak P. Ramlee.

Tanggal 17 Disember 2008 menjadi detik akhir kembara seorang anak seni bernama Mohamad Nasir Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh. Ketika jasadnya kini kaku menuju perjalanan yang abadi, ada hati yang tersentuh akan kehilangan beliau.

Selain sanak-saudara terdekat, ada insan-insan seni yang pernah seperjuangan, mengenali, bersapa dan berjabat tangan dengannya. Mereka berkongsi belahan jiwa, mendefinisikan siapa Nasir P. Ramlee yang pernah hadir ke ruang mata dan seni yang sama-sama mereka cintai.



Nasir Tan Sri P. Ramlee dalam kenangan


Khamis Disember 18, 2008

Oleh ZIEMAN


KUALA LUMPUR: Anak seniman agung Tan Sri P. Ramlee, Mohamad Nasir Ramlee, yang meninggal dunia akibat komlikasi jantung, kencing manis dan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam akan disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang sebelum Zohor hari ini.


Allahyarham Nasir, 55, satu-satunya waris dan anak kandung P.Ramlee menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.10 petang setelah dimasukkan ke hospital itu pada pukul 3 petang.


Allahyarham merupakan anak tunggal P. Ramlee hasil perkahwinannya dengan seniwati Junaidah.


Jenazah telah dibawa ke Masjid yang berdekatan dengan rumah Allahyarham di Jalan Sempadi, Taman Ibukota, Gombak.


Antara mereka yang datang memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham ialahTun Ahmad Sarji, Datuk Aziz Sattar, S.Attan, Mariani, S.Sahlan, Datuk Mustaffa Maarof dan ramai lagi karyawan tanah air.


Nasir, yang dilahirkan di Singapura, mengadu sakit dada sejak dua hari lepas tetapi enggan mendapat rawatan hospital.


Allahyarham, yang bertugas di Istana Budaya, pernah membintangi sebuah filem bertajuk "Bujang Lapok Kembali Da..." difahamkan mengidap penyakit lelah, jantung dan kencing manis sejak sepuluh tahun yang lalu.


Nasir mewarisi banyak sifat P.Ramlee - suka bergurau dan takut ke hospital


"Nasir seperti anak saya sendiri. Saya pernah jaga dia masa dia usia 2 tahun. Kalau mak dia Junaidah hendak pergi pasar atau tengok wayang dengan P.Ramlee, saya dan Ahmad C akan menjaga Nasir," jelas Aziz Sattar atau lebih mesra dengan panggilan Pak Aziz.


Sementelah pula, keakraban yang terjalin antara bapak dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang merupakan sahabat baik Pak Aziz membuat hubungan beliau dengan Nasir seperti darah dagingnya sendiri.


"Saya tahu dia sakit tetapi dia selalu tak mahu ke hospital walaupun dipujuk. Dia akan ke klinik saja.


"Dia macam P.Ramlee juga. Takut ke hospital dan tak suka menyusahkan orang. Dia tak pernah tunjuk atau mengadu sakitnya pada orang lain.


"Lagi satu sifat bapanya yang ada pada Nasir ialah dia tidak peduli apa orang cakap sama dia. Dia tidak kisah apa orang kata. Dia buat hal dia saja,"
jelas Pak Aziz yang selalu menghabiskan masa bersama Nasir.


"Kami selalu pergi makan sama-sama dan dia akan ceritakan masalahnya pada saya. Itu antara kenangan manis saya dengan dia. Dia akan call saya suruh saya jaga kesihatan. Kali terakhir saya bersama beliau ialah pada bulan lepas di Istana Budaya.


"Kali terakhir itu secara berlawak, dia cakap dengan isteri saya.."Datin dah rampas uncle pada saya," jelas Pak Aziz.


Menurut Pak Aziz, ketika mula-mula Allahyarham menjadi pemuzik di Istana Budaya kira-kira lima tahun yang lalu, Nasir ada mengadu yang dia tidak betah bekerja lama di sana.


"Lepas 2 minggu kerja di Istana Budaya, dia mengadu pada saya gajinya kecil. Dia macam patah harap. Saya nasihatkan supaya buat kerja betul-betul dan jangan putus asa.


"Menteri Penerangan masa itu, Datuk Sheikh Fadzil yang mendapatkan kerja itu untuk Nasir. Sheikh Fadzil memang terkenal dengan sifatnya yang suka membantu seniman-seniman lama,"
kata Pak Aziz.


Kata Pak Aziz, Allahyarham juga pernah mengadu yang P.Ramlee kurang beri kasih sayang padanya.


"Dia selalu cakap mami Saloma yang lebih sayang padanya. Saya terangkan yang P.Ramlee banyak ambil anak angkat jadi dia tidak mahu bersifat pilih kasih," jelas Pak Aziz.


"Saya sungguh terkejut apabila mendengar berita pemergian Allahyarham. Tapi dia seperti sudah tahu yang dia akan pergi meninggalkan kita semua," kata Aziz.


Isteri Allahyarham, Suria Bakar, 40, menyifatkannya sebagai seorang yang kuat bergurau dan tidak suka menceritakan penyakit jantung dan buah pinggang yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu pada keluarga mahupun rakan-rakan.


Kata Suria, Allahyarham mengadu sakit di bahagian jantung pada pukul 3 pagi tadi.


Sejak seminggu yang lepas, Allahyarham juga banyak menghabiskan masa dengan dua ornag anak lelakinya seperti menghilangkan rindu.


Menurutnya lagi, sebelum Allahyarham dibawa ke hospital, beliau muntah dan ada meminta segelas air.


"Ketika dibawa air itu kepadanya, Allahyarham berkata inilah air penghabisan yang dia dapat minum. Saya ingatkan dia bergurau," kata Suria.


"Dia tak bagi saya bawanya ke hospital, katanya 'nanti kau akan menyesal'. Tapi menjelang pagi, dia nampak OK dan pergi bekerja di Istana Budaya (sebagai pengarah muzik) seperti biasa," kata Suria.


Allahyarham Mohd Nasir meninggalkan tujuh orang anak - tiga orang dengan bekas isteri pertama Mariati - Gunina (37), Gunawan (35) dan Gurnarisasca. Dua lagi anak dengan aktres Rashidah Jaafar - Natasya (23) dan Najwa (22).


Dan dua orang lagi dengan Suria iaitu - Zaidi (17) dan Zakaria (16).


"Saya terkilan hajatnya untuk membawa kami sekeluarga bercuti ke Langkawi Khamis depan tidak kesampaian. Dia memang selalu bawa kami berjalan-jalan asalkan sekeluarga gembira," kata Suria.


Bagi seniwati Mariani, hubungan yang terjalin bersama Allahyarham tidak dapat dilupakan memandangkan seniwati itu pernah menjaga dan mengasuh Allahyarham semasa kecilnya.


"Saya jaga dia selama dua tahun. Pernah suapkan dia makan dan mandikan dia. Cuma saya kesal sejak akhir-akhir ni, dia dah tak nak hubungi saya," katanya.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/18/mstar_hiburan/20081218000501&sec=mstar_hiburan

Abby dan Norman bercerai lagi dengan talak satu


Khamis Disember 18, 2008

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN


Pasangan Abby Abadi-Norman Hakim akhirnya bercerai.
KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim hari ini bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.


Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, melafazkan talak kepada Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 31, pada pukul 11.20 pagi ini di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Muhamad.


Semasa hendak melafazkan talak, Norman dilihat gagal mengawal perasaan, sehingga mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 10 minit untuk memberi masa kepada Norman menenangkan diri.


Ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah, Norman mengakui beliau gagal mengawal perasaan semasa mula-mula hendak melafazkan talak.


"Bukan mudah saya nak lafazkan cerai kepada dia (Abby) kerana banyak perkara yang telah dilalui bersamanya.


"Saya teringat kembali di awal perkahwinan kami sehingga mempunyai anak-anak, semua ini membuatkan saya gagal mengawal emosi.


"Namun, Alhamdulillah, setelah saya berjaya menenangkan diri, baru saya dapat lafazkan talak kepada Abby,"
kata Norman dalam nada sedih.


Biarpun sedih dengan perpisahan itu, Norman akur dengan ketentuan takdir dan Ilahi.


"Saya akur dengan ketentuan qada dan qadar. Semoga segalanya berjalan dengan baik selepas ini.


"Saya mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar, kehidupan dapat diteruskan seperti biasa dan anak-anak tetap dapat kasih sayang daripada bapa dia sendiri,"
ujarnya.


Ditanya mengenai bagaimana hubungannya bersama Abby selepas berakhirnya rumah tangga mereka, Norman berkata, dia selalu mengharapkan terbaik untuk bekas isterinya itu.


"Kita mengharapkan segalanya yang terbaik. Kita ambil peluang sekali dalam kehidupan ini jadi kita tak nak memutuskan silaturrahim dan kita fikirkan masa depan untuk anak-anak," katanya yang popular dalam drama bersiri Gerak Khas.


Sementara itu, Abby yang ditemui pemberita menyifatkan keputusan yang dicapai pada hari ini sebagai perkara yang terbaik untuk kedua belah pihak.


"Sebagai manusia saya maafkan dia (Norman), tapi saya tak berani janji saya boleh betul-betul baik dengan dia.


"Saya terpakSa ambil keputusan ini kerana Saya tak nampak ruang untuk kami berbaik semula selepas apa yang terjadi."



"Saya hanya berserah dan harap semua pihak termasuk peminat doakan saya dapat jaga anak saya dengan baik," kata Abby yang pernah menganggotai kumpulan Elite.


Jelas Abby selepas penceraian ini dia mahu menumpukan perhatian kepada karier seni dan anak-anaknya dan melupakan kenangan pahit yang berlaku.


"Saya nak jadi orang baru. Saya nak 'refresh' balik apa yang ada dalam diri. Saya memang kena jadi orang baru dan kuat untuk lalui semua di masa akan datang," ujarnya sayu.


Tegasnya, jika diberi peluang beliau tidak mahu semua pihak terus mensensasikan kisah rumah tangganya yang telah hancur.


"Kalau boleh saya tak nak diberi perhatian kepada cerita-cerita rumah tangga sebab saya berada dalam bidang ini untuk mencari rezeki," katanya.


Ditanya mengenai hak penjagaan anak Abby berkata anak-anak masih berada di bawah penjagaannya.


"Tak timbul soal nak rebut anak-anak sebab mereka masih dengan saya dan saya tak ada halangan untuk dia (Norman) berjumpa dengan anak-anak.


"Tentang tuntutan nafkah dan sebagainya akan dibuat dan akan diuruskan oleh peguam syarie saya, Ahmad Nazib. Saya sendiri payah nak selesaikan masalah ini kerana saya susah nak berbincang dengan Norman,"
ujar Abby yang juga ibu kepada Mohamad Danish Hakim, 5; Marissa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, 3 bulan.


Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang kedudukan sebenar hubungannya dengan pelakon baru Gerak Khas, Zul Ariffin pula, Abby berkata, hubungan mereka tidak ubah seperti 'kawan baik'.


"Bagi dia ruang. Dia macam kawan baik saya. Dia datang hari ini pun sebab nak beri sokongan moral kepada saya sama macam Shasha dan Wan Norhafiza daripada kumpulan Elite dan saya rasa ini bukan satu isu yang perlu dibesar-besarkan," katanya.


Ibu muda ini turut memberitahu, betapa beliau terkejut membaca ruangan gosip dalam sebuah akhbar baru-baru ini mengenai dirinya yang sedang kemurungan disebabkan masalah peribadinya berfoya-foya di pusat hiburan bersama teman lelaki barunya.


Tegas Abby, gambar gandingan mereka berdua yang disebarkan sebelum ini adalah perbuatan mereka yang punya niat tertentu.


"Saya tak rasa ia salah kalau kita ambil gambar dengan lelaki lain. Lagipun bukan saya sahaja semasa bergelar isteri orang ambil gambar dengan lelaki lain, tidak pula menjadi isu. Tapi bila saya kenapa ia dilihat macam pelik sangat.


"Saya rasa ia tak perlu diperbesarkan lagi. Bagi ruang kepada kami untuk mencari rezeki dalam bidang ini,"
katanya.


Tambah Abby apa yang penting dia tahu menjaga batas perhubungannya dan dia tidak pernah minum arak serta tak pernah berfoya-foya seperti yang diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu.


"Pada saya apa yang ditimbulkan itu keterlaluan dan saya harap hentikanlah daripada menyebar fitnah. Lagipun apa yang diperkatakan itu tidak benar," ujarnya.


Beliau pada masa yang sama berharap agar peminat di luar sana tidak salah sangka dengan apa yang berlaku kerana dia percaya ada pihak yang cuba menggeruhkan lagi keadaan.


Zul yang akan berlakon dalam Gerak Khas musim terbaru tiba perkarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi.


Turut hadir memberi sokongan moral kepada Abby adalah teman baiknya, Sasha bersama suaminya Salyo.


Hubungan Abby dengan pelakon kacak berkenaan semakin rancak diperkatakan apabila Zul turut berlakon dalam drama bersiri, Gerak Khas terbitan skop Production itu.


Zul yang ditemui di luar perkarangan mahkamah turut menafikan dia dan Abby mempunyai hubungan istimewa.


"Seperti yang diketahui umum hubungan saya dan dia (Abby) sebagai kawan. Dia banyak bantu saya dan lepas ini kami akan bekerjasama lagi," ujarnya.


Ditanya adakah dia bersedia jika digosipkan dengan Abby selepas penceraian itu berlaku, Zul berkata:


"Itu saya tak tahu lah. Itu hanya gosip. Dan apabila masuk dalam bidang ini saya terpaksa lalui semua benda ini."


Pada 5 Disember, Abby Abadi telah memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Norman Hakim yang baru-baru ini ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru, Memey Suhaiza.


Permohonan tersebut difailkan melalui peguam syarie, Ahmad Nazib Johari di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.


Itu merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan perceraian setelah cubaan kali pertama yang dilakukan sendiri tanpa peguam syarie pada 3 November lalu gagal disebabkan dokumen yang tidak lengkap.


Mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar sebutan kes tersebut untuk mengetahui sama ada Norman yang juga seorang pelakon bersetuju atau sebaliknya terhadap permohonan isterinya.


Jelas beliau, Abby mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 iaitu bercerai dengan persetujuan Norman melalui kebenaran mahkamah.


Dalam permohonan itu, kata Ahmad Nazib, Abby memohon perceraian dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka suami isteri.


Abby yang baru menyambut hari jadi yang ke-31 pada 1 Disember lalu sebelum ini pernah menegaskan untuk mengakhiri perkahwinan mereka ekoran krisis yang melanda.


Norman yang juga seorang ahli perniagaan bagaimanapun berharap agar rumah tangga mereka dapat dipertahankan demi kebahagiaan tiga orang anak mereka.


Rumah tangga pasangan artis tersebut dilanda kemelut apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana dekat sini pada awal pagi 30 Oktober lalu.


Pada 3 November lalu, Abby dinasihatkan oleh pihak mahkamah supaya berbincang dengan Norman terlebih dahulu supaya dapat bercerai secara baik, setelah dia gagal memfailkan perceraian ekoran dokumen permohonan yang tidak lengkap.


Sejurus selepas itu, Abby bertindak nekad berkunjung ke lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk menemui Norman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.


Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria Danisha Hakim, dua setengah bulan.


Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat.


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/18/mstar_hiburan/20081218113436&sec=mstar_hiburan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...