Saturday, August 9, 2008

Dadah hilang, pegawai junior terlibat – Musa

KUALA LUMPUR – Kehilangan sejumlah dadah di sebuah stor penyimpanan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor Bahru, Khamis lalu melibatkan pegawai polis baru, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam.
Bagaimanapun Musa enggan mendedahkan berapa jumlah pegawai polis baru yang terbabit dalam kes tersebut.
“Setakat ini kita telah menahan tiga anggota polis dan saya memandang serius kes ini dan yakin akan memberkas dalang yang terlibat tidak lama lagi.
“Saya selalu katakan, kita tidak mahu pegawai yang macam ini. Sepatutnya dia amanah dan berintegriti,” katanya selepas menghadiri majlis penutupan program Sarjana Sains Sosial dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan semalam.
Rabu lalu, polis Johor mengesahkan kehilangan sebahagian dadah rampasan jenis syabu yang menjadi bahan bukti kes rampasan dadah bernilai RM48 juta, Mac lepas.

http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...