Saturday, August 9, 2008

Fifi-Feriz selamat diijabkabul

FERIZ dan Fifi selepas pernikahan mereka di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.

BERTEMU JODOH. Mereka berkenalan sejak dua tahun lalu dan sekadar bersahabat biasa, namun penghujung Mac 2008 cinta mula berputik dan semalam mereka diijabkabul sebagai suami isteri.
Itu perjalanan cinta bekas pengacara program Bersamamu TV3 Fifi atau nama sebenarnya Noor Hafiza Saharuddin, 25, dan Feriz Omar, 37, yang selamat bernikah di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur semalam.
Kedua mempelai dinikahkan bapa Fifi, Saharuddin Othman, 56, di hadapan Imam Besar merangkap Jurunikah masjid, Hazman Hashim, 33, pada pukul 9.30 pagi.
Dengan mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM50,000, Feriz yang merupakan Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris bangsa (Prowaris) itu sah menjadi suami Fifi selepas satu lafaz akad nikah.
Dalam pada itu, pihak pengantin lelaki menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan termasuk sirih junjung, kek coklat, set pewangi, pakaian dan buah-buahan.

http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...