Monday, September 29, 2008

Ayam Percik



Ramuan:

1 ekor ayam
1 mangkuk kecil santan (sebiji kelapa)
1 batang serai

Bahan A - 1 batang serai / 3 ulas bawang putih / 1 cm halia
Bahan B - 1 cm halia / 3 biji cili kering / 1 biji bawang merah

Cara:
Tumbukkan bahan dan gaulkan ayam bersama bahan tadi. Perap ia, sementara itu tumbukkan bahan B. Selepas itu panaskan periuk dan panaskan santan dan masukkan bahan B ke dalam santan. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian bakar ayam yang telah di perap tadi ke dalam ketuhar. Jika ayam tadi kelihatan hampir masak renjiskan bahan B yang telah di masak tadi dengan serai. Selepas kering sedikit renjiskan bahan B tadi sekali lagi. Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik (bahan B) tadi di lumurkan pada ayam yang telah masak.

http://sites.thestar.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...