Monday, September 29, 2008

Koo Stark hilang tempat tinggal

LONDON - Bekas bintang seks, aktres Koo Stark kini hilang tempat tinggal selepas dia diarahkan meninggalkan sebuah flat yang disewa, lapor sebuah akhbar semalam

Berikutan itu, sejak awal bulan ini, Stark yang pernah menjadi kekasih anak Ratu Elizabeth II, Putera Andrew, kini tinggal di sebuah hotel lima bintang di West London bersama anak perempuan berumur 11 tahun, Tatiana.

Dia yang kini berumur 52 tahun menginap di sebuah bilik berharga £229 (RM1,447) satu malam itu dan setakat ini kos penginapannya sudah mencecah £6,000 (RM37,920).

Stark yang baru pulih daripada penyakit kanser payu dara mendaftar masuk tanpa menggunakan kad kredit atau membayar sejumlah wang kerana dia amat dikenali di kalangan pengurusan hotel itu.

Bapa kepada anak perempuan itu yang merupakan seorang jutawan, Warren Walker turut enggan menyelesaikan hutang Stark.

- Agensi

http://www.kosmo.com.my/29092008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...