Wednesday, November 5, 2008

Hilang cari rakan mangsa dera


JOHOR BAHRU - Dua beradik berusia 13 dan 14 tahun dilaporkan tidak pulang ke rumah mereka di Susur Empat, Jalan Tun Razak sejak mereka keluar pukul 7.30 pagi Ahad lalu.

Song Jia Oi dan Song Koh Sim yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Utara gagal dihubungi selepas menghantar pesanan melalui telefon bimbit agar ibu mereka, Gan Gek Heok, 43 tidak risau.

"Saya bimbangkan keselamatan mereka berdua, tambahan pula mereka tidak pernah bertindak sebegini sebelum ini," ujar Gek Heok.

Katanya lagi, dalam pesanan tersebut, kedua-dua anaknya memberitahu telah pergi ke Pulau Pinang bersama seorang lagi rakan mereka bagi menyelamatkan rakannya yang didakwa didera.

"Saya bimbang sesuatu yang buruk menimpa mereka dan berharap supaya mereka berdua selamat pulang ke rumah.

"Saya mohon kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai anak-anak saya itu, tolonglah hubungi talian 019-7713912 dengan kadar segera," ujarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...