Wednesday, November 5, 2008

Perkahwinan sah


KUALA LUMPUR: Perkahwinan Aziz M Osman, 46, dan Nor Radhiah Ramli, 22, adalah sah kerana perkahwinan pertamanya sudah diputuskan tidak sah mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Syariah menyebabkan wanita itu tidak perlu menjalani tempoh edah.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata tempoh edah hanya diwajibkan kepada wanita yang bercerai selepas berkahwin secara sah, tetapi dalam kes Nor Radhiah, perkahwinan pertamanya tidak disahkan mahkamah yang membawa maksud perkahwinan pertama itu tidak pernah berlaku.

Justeru, katanya, Nor Radhiah bebas untuk bernikah dengan sesiapa tanpa perlu menjalani tempoh edah kerana dia bukan bercerai dan tidak mempunyai ikatan sah dengan bekas ‘suami.’

“Tiada masalah mengenai kesahihan perkahwinannya dengan Aziz. Mereka berkahwin secara sah dan ia tidak perlu dibatalkan atau mereka berpisah atau bercerai.


“Namun jika suaminya berasa tertipu disebabkan tidak dimaklumkan wanita itu pernah berkahwin, maka suami ada sebab kukuh menceraikannya,” katanya, semalam.


Beliau berkata, tidak ada sebab untuk Aziz berasa sangsi atau ragu-ragu mengenai status perkahwinannya kerana Nor Radhiah sudah disahkan tidak mempunyai ikatan dengan ‘suami’ pertama dan tidak perlu menjalani tempoh edah.

“Ini bermakna Nor Radhiah sama statusnya dengan wanita bujang lain yang boleh berkahwin dengan sesiapa,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20081104095027/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...