Oleh ZAINI SAMSU HADI
mohdzaini.samsuhadi@kosmo.com.my
Kanchana (dua dari kiri) diberi bantuan oleh anggota penyelamat dengan disaksikan oleh Amiruddin (kanan) sebaik diselamatkan dari hutan di Pandan Indah semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR – Unggun api jadi penyelamat.
Demikian kisah dialami empat sekawan termasuk sepasang suami isteri yang tersesat dan terperangkap selama 18 jam di kawasan hutan simpan berbukit di Taman Saga dekat Pandan Indah di sini kelmarin.
Mereka yang menetap di Subang Jaya dikatakan tersesat selepas terkeluar dari laluan asal semasa dalam perjalanan turun dari bukit tersebut.
Mangsa-mangsa yang tersesat ialah Ng Kuan Seng, 55, Suah Swee Yin, 50, dan pasa- ngan suami isteri iaitu Kanchana Devi, 48, dan V. Murugiah, 50.
Timbalan Ketua Polis Dae- rah Ampang, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, sebelum tersesat empat sahabat itu dikatakan mula memasuki hutan tersebut pukul 9.30 pagi kelmarin.
“Semasa menuruni semula bukit itu pada pukul 3 petang, empat sahabat itu hilang arah kerana mendapati mereka terkeluar dari laluan semasa mendaki,’’ kata beliau.
Berikutan itu katanya, mereka kemudiannya terpaksa berlegar-legar di dalam hutan tersebut untuk mencari jalan keluar.
“Pada pukul 6.30 petang, mereka dapat membuat panggilan telefon kepada salah seorang rakan bagi mendapatkan bantuan,’’ kata beliau.
Menurut Amiruddin, rakan kepada empat sahabat itu kemudiannya membuat laporan polis sebelum pasukan penyelamat melancarkan operasi mencari.
Katanya, dalam usaha mencari mangsa-mangsa, pasukan penyelamat telah menghubungi telefon bimbit salah seorang mangsa bagi mengesan kedudukan mereka.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

No comments:
Post a Comment