RAWAT...anggota JPAM merawat seorang daripada empat
mangsa selepas dibawa keluar dengan helikopter Unit
Udara PDRM, semalam.
AMPANG: Tiga lelaki dan seorang wanita yang tersesat dalam hutan rekreasi Taman Bukit Saga, Cheras, dekat sini nyaris menjadi santapan harimau belang.
Ini berikutan anggota penyelamat yang melakukan operasi mencari mangsa menemui beberapa kesan tapak kaki haiwan liar itu di kawasan yang pernah menjadi laluan mereka.
Dalam kejadian petang kelmarin, mangsa yang memasuki kawasan terbabit tersesat hampir 15 jam dalam hutan tebal dengan hanya bergantung kepada air sungai untuk mengalas perut.
Difahamkan, seorang mangsa wanita, Kanchna Devi Kathivavev, 48, bersama tiga rakan lelakinya, Kuan Sang, 55, Murugiah Valayuthan, 51, dan Siah Swee Yin, 50, mula memasuki kawasan hutan itu sekitar jam 3 petang kelmarin, namun terpaksa meminta bantuan sejurus gagal mencari jalan keluar.
Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis jam 6.50 petang kelmarin, mengenai empat mangsa tersesat di kawasan hutan itu.
Susulan itu, 25 anggota JPAM Wilayah Persekutuan diketuai Leftenan Mohd Hafiz Ismail dikejarkan untuk melakukan tugas mencari dan menyelamatkan.
Menurutnya, operasi bermula jam 9 malam dengan memfokuskan kawasan sekitar laluan denai zon B yang kerap dilalui pengunjung.
“Anggota JPAM sampai ke kawasan perkhemahan di puncak bukit berkenaan, namun gagal mengesan mangsa,” katanya.
Menurutnya, ketika itu anggota JPAM menemui beberapa kesan tapak harimau belang yang masih baru di permukaan tanah.
“Kesan tapak harimau terbabit ditemui di atas tanah berlumpur dan dipercayai ia haiwan dewasa berdasarkan ukur lilit tapak itu,” katanya.
Anggota JPAM meneruskan perjalanan sebelum dihubungi Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) diselenggara Leftenan Muda Shahrul Kamar memaklumkan operasi mencari dan menyelamat akan dibantu dua helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Operasi mencari mangsa berlanjutan sehingga jam 4 pagi, namun mangsa terus gagal dikesan selepas beberapa kali dikesan bergerak tanpa henti.
Namun, helikopter Unit Udara PDRM yang melakukan pemantauan udara bermula jam 10 pagi semalam melalui maklumat sistem GPS yang diselaraskan JPAM akhirnya menemui mangsa di satu puncak bukit menghala Menara Tinjau, Ampang di sini.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20081202094029/Article/index_html

No comments:
Post a Comment