Tuesday, December 2, 2008

Venice dilanda banjir


BEBERAPA orang berjalan mengharungi air banjir di Venice semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

VENICE - Paras air di bandar Venice, Itali semalam meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun mengakibatkan kebanyakan kawasan dilanda banjir.

Keadaan itu juga menyebabkan sejumlah penduduk dan juga pelancong terpaksa mengharungi air sedalam paras lutut ke tempat yang lebih selamat.

Seorang jurucakap perbandaran, Enzo Bon berkata, paras air laut meningkat sehingga 156 sentimeter sekali gus melepasi paras amaran banjir setinggi 110 sentimeter.

Keadaan yang berpunca daripada hujan lebat itu juga mencetuskan amaran banjir pada waktu pagi.

Bon memberitahu bahawa pekerja-pekerja gagal menyediakan satu laluan pejalan kaki daripada kayu ketika banjir kerana air terlalu tinggi dan naik terlalu cepat.

Menurutnya, banjir itu juga menyebabkan kebanyakan teksi air terpaksa menghentikan buat sementara perkhidmatan.

Kali terakhir Venice dilanda banjir sebelum ini adalah pada 1986 dan sejarah terburuk adalah pada 1966 apabila air naik setinggi 194 sentimeter. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...