PELAJAR SMK Rantau Panjang mengharungi banjir selepas selesai menduduki kertas SPM semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Banjir di Kelantan dan Terengganu kembali buruk dengan jumlah korban meningkat apabila seorang kanak-kanak lemas, manakala seorang pelajar pula hilang.
Mayat Nur Amalia Ayob, 11, ditemui selepas dia tergelincir ke dalam tali air berhampiran rumahnya di Kampung Kayu Rendang, Kota Bharu manakala pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Meranti, Salman Hakimi, pula belum ditemui apabila dihanyutkan air di Kampung Kubang Pak Itam, Pasir Mas petang semalam.
Sabtu lalu, Nik Zulkifli Nik Kob, 25, menjadi korban pertama banjir di Kelan- tan setelah terjatuh di Sungai Sokor, Tanah Merah ketika memukat ikan.
Dalam pada itu, keadaan banjir di Kelantan kembali buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,513 berbanding 853 orang kelmarin.
Pasir Mas paling teruk dilanda bencana manakala tiga kawasan lain yang sebelum ini serius iaitu Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai pun mencatatkan penurunan jumlah mangsa dipindahkan.
Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dilapor melebihi paras bahaya, sementara tujuh lagi sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:
Post a Comment