Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my
SYUKUR...Nur Khairunisa dipeluk ibu dan bapanya.
KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah segala kerisauan saya sekeluarga berakhir apabila Nur Khairunisa ditemui semula malam ini (tadi) selepas lebih dua minggu hilang,” kata bapa murid tahun enam yang menghilangkan diri dari rumahnya di Pantai Dalam di sini, baru-baru ini.
Bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Shaari, 40-an, berkata dia bersyukur kerana segala-galanya selesai dan anaknya ditemui dalam keadaan selamat.
Nur Khairunisa Syahidah melarikan diri selepas dipercayai kecewa dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diperolehnya yang kurang memuaskan, ditemui keseorangan di Desa Tasik di sini, minggu lalu.
Dia dijaga satu keluarga sebelum diserahkan kepada polis berikutan berita mengenai kehilangannya tersebar sejak beberapa hari lalu.
Shaari berkata, dia dihubungi anggota Balai Polis Sungai Besi, kira-kira jam 8 malam memberitahu anaknya berada di situ.
“Saya bersama isteri bergegas ke sana untuk melihat anak dan bersyukur kerana dia berada dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sungai Besi di sini, malam tadi.
Suasana pilu menyelubungi perkarangan balai polis itu apabila ibu bapa mangsa tidak dapat menahan sebak dan saling berpelukan.
Sementara itu, seorang wanita dikenali sebagai Azah, 47, berkata Nur Khairunisa ditemui anaknya seorang diri di sekitar Desa Tasik seminggu lalu.
“Anak saya yang kasihan melihat keadaannya mempelawa dia ke rumah di Sungai Besi kerana bimbang dia ditimpa masalah.
“Saya beberapa kali bertanyakan mengenai ibu bapanya, namun dia memberitahu kedua-dua penjaganya mengetahui dia berada bersama saya sekeluarga,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, sepanjang berada dengannya, remaja itu tidak pernah menghubungi keluarganya membuatkannya mengesyaki sesuatu.
Katanya, dia terkejut selepas terbaca e-mel mengenai kehilangan kanak-kanak itu yang disebarkan ketika berada di pejabatnya petang semalam.
“Saya terus membawa mangsa ke balai polis sejurus pulang dari tempat kerja,” katanya yang juga seorang setiausaha sebuah syarikat swasta.
Harian Metro Sabtu lalu melaporkan seorang murid tahun enam menghilangkan diri dipercayai kerana kecewa dengan keputusan UPSR yang diperoleh dari rumahnya di Pantai Dalam, 15 November lalu.
Remaja itu kelihatan murung dan berkurung dalam bilik selepas memperoleh keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan berkenaan.
Berikutan itu, satu laporan dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pantai tiga hari selepas kehilangannya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20081202094101/Article/index_html

No comments:
Post a Comment