Wednesday, January 7, 2009

3 beranak disamun, nyaris dirogol


Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Ingatkan betul-betul polis Bukit Aman rupa-rupanya penjenayah dan perogol. Demikian pengalaman dilalui seorang janda dan dua orang anak gadisnya yang kehilangan barang berharga termasuk barangan kemas bernilai RM9,000.

Kejadian tersebut berlaku pukul 6 pagi semalam, apabila tiga beranak itu membenar tiga lelaki yang menyamar sebagai polis memasuki rumah mereka di Batu 4, Jalan Gombak di sini semalam.

Di dalam rumah itu, seorang penjenayah berkenaan cuba bertindak ganas dengan menarik seorang anak gadis janda itu ke dalam sebuah bilik untuk dirogol.

Nasib baik penjenayah itu membatalkan hajatnya selepas anak gadis wanita itu menjerit.

Jurucakap polis itu berkata, sebelum kejadian salah seorang lelaki itu dengan hormat mengetuk pintu rumah ibu tunggal berusia 44 tahun itu yang turut didiami dua orang anak gadisnya yang berusia 25 dan 28 tahun.

“Anak wanita itu yang mendengar ketukan telah membuka pintu rumahnya sebelum dia ternampak tiga lelaki bermisai terpacak dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis Bukit Aman,” kata beliau.

Selepas memperkenalkan diri, salah seorang lelaki itu meminta izin pada wanita itu untuk memeriksa rumah kononnya mereka mendapat maklumat seorang pembantu rumah Indonesia tinggal di rumah tersebut.

“Selepas diberi kebenaran, ketiga-tiga lelaki itu terus masuk ke dalam rumah dan menggeledah semua bilik.

“Wanita itu dan anak-anaknya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah ketiga-tiga lelaki tersebut menyuruh mereka menyerahkan cincin dan gelang emas yang dipakai mereka,” kata beliau lagi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...