Wednesday, January 7, 2009

‘Kami tidak benarkan’


IBU BAPA boleh menarik nafas lega kerana permintaan pengusaha bas sekolah untuk menaikkan surcaj tambang belum diluluskan kerajaan. – Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR – “Tidak akan ada kenaikan surcaj bas sekolah Mac ini.’’ Demikian tegas Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran apabila diminta mengulas kenyataan Persekutuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia (PPBSSM) yang mahu mengenakan surcaj 30 peratus tambang bas sekolah bermula 1 Mac ini.

Katanya, LPKP tidak akan tunduk dengan permintaan PPBSSM itu kerana ia dianggap boleh membebankan ibu bapa.

“Permintaan mereka tidak logik, kita tak akan layan,’’ katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah Markiman, keputusan itu diambil selepas pihaknya berbincang dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Buat masa ini kita masih mengkaji rasional untuk PPBSSM mengenakan surcaj terhadap tambang bas sekolah, mereka tak boleh paksa LPKP untuk memberi jawapan dalam masa singkat,’’ tegas beliau.

September lalu, PPBSSM telah menyerahkan memorandum kepada LPKP menggesa pihak berkuasa itu menambah subsidi diesel supaya harga belian diturunkan daripada RM1.43 kepada RM1 seliter.

Pengerusinya, Chee Ah Tey dilaporkan berkata, memorandum itu bukan bertujuan untuk mengugut kementerian dan LPKP sebaliknya mahukan pemberian sama rata kerana pengusaha kenderaan awam lain sudah dibenarkan mengenakan surcaj 30 peratus sejak September lalu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...